Please take note.
Apa2 Aje, Bila2 Aje, Mana2 Aje, Siapa2 Aje, Suka2 Aje
Cuti - Cuti Malaysia : Limastiga Homestay, Melaka
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios
Cuti - Cuti Singapore: Universal Studios 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Langkawi
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi
Cuti - Cuti Malaysia : Port Dickson
Cuti - Cuti Indonesia : Bandung
Cuti - Cuti Indonesia : Jakarta
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios 3.0
Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highland
Cuti - Cuti Malaysia : Kundasang Dan Ranau, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Tuaran, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Manukan, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Kinabalu, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Zoo Dan Pengkalan Balak, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Puteri Harbour Family Theme Park, Johor
Cuti - Cuti Malaysia : Kota A' Famosa Dan Taman Mini Malaysia, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Bharu, Kelantan
Cuti - Cuti Malaysia : Sunway Lagoon, Selangor
Cuti - Cuti Malaysia : Indoor Theme Park, Genting Highland
Cuti - Cuti Malaysia : SnowWorld Genting Highland
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 1)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 2)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 3)
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Langkawi 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Wet World Theme Park, Shah Alam
Assalamualaikum wbt
Khamis : 31/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-289
Hari ni kami datang ofis saja2 jer buat syarat sebab memang kami tak ada kerja pun hari ni. Semalam dah tutup akaun tahunan, so okaylah. Hari ni rilek2 gosip2 makan2 sambil menikmati hari terakhir tahun 2020 ni.
2020 - walaupun aku tak nampak kereta terbang, tapi Alhamdulillah.. dalam Foodpanda aku nampak Gerai Roti Canai Terbang... Dah beberapa kali juga aku order. Sedap.
2020 - walaupun permohonan pertukaran aku dah expired dan aku buat permohonan baru, aku tetap bersabar menanti dan terus menanti agar aku dapat duduk sekali dengan suami dan anak-anak aku di Johor.
2020 - lebih banyak masa aku duduk di rumah disebabkan PKP yang diumumkan kerajaan untuk mencegah pandemik covid dari terus menular, lebih banyak yang aku pelajari tentang diri aku sendiri. Aku ingat aku kuat duduk sini sorang2 tanpa suami dan anak2, padahal aku lemah, teramat lemah. Allah jer yang tau apa yang aku rasa. Mungkin aku tak tunjukkan pada orang lain, tapi perasaan tu. Susah nak gambarkan..
2020 - pencapai tertinggi aku... Berat terberat paling berat dalam sejarah hidup aku. Sampai aku rasa tak sanggup nak naik atas penimbang tu. Takut penimbang tu pun maki aku sebab berat. Haha. Ok. 2021 aku diet. Janji.
Ni aktiviti harian aku hari ni...
![]() |
Sarapan pagi ni Mak Reha belanja Roti Sardin.. Alhamdulillah.. jimat duit untuk sarapan. |
![]() |
Tengahari diorang ajak pergi warung Corona kat Kampung Tengah. Katanya masakan kat sini sedap |
![]() |
Order nasi goreng ikan masin jer .. |
![]() |
Balik kerja aku singgah ST Rosyam Mart yang baru buka kat Taipan. Nak cari bahan untuk masak oden malam ni. |
![]() |
Sorang2 mengoden pun jadi ... Simple tapi puas hati.. |
Assalamualaikum wbt
Rabu : 30/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-288
Meniti hari kedua terakhir berakhirnya tahun 2020...
Dah kurus ke tu???
Memang dah kurus pun... Jari kelingking aku...
![]() |
Takder sarapan.. pukul 11 lebih aku pergi tapau nasi kat kantin. Sambal ikan bilis dan kari ayam seketul. RM10.. betul2 kenyang aku dengan harga ni. Hahaha |
![]() |
Tengahari As ajak keluar lagi pergi makan kat Summit. Aku ok je.. naik kereta baru dia, Honda H-RV.. canggih. Bila la aku nak pakai kereta Honda ni... |
![]() |
Masa tengah makan, abam polis belakang tu saman tauke kedai yang kami makan, sebab tak ikut SOP... Meja tak ada penjarakan.. pelanggan duduk dekat2. |
![]() |
Tadi dah makan nasi, ni makan chicken chop pulak.. |
![]() |
Balik beli roti kek pulak. Makan jer kan.. takper. Tahun depan start diet.. Percayalah |
Assalamualaikum wbt
Selasa : 29/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-287
Dah dekat nak abis dah tahun 2020 ni... Kejap je rasa. Umur aku pun dah capai 40 tahun...
Muda lagi kan?
Kan kan... (Sekadar penyedap hati)
![]() |
Sampai opis, lepak2 dulu dalam kereta .. |
![]() |
Semalam order kat foodpanda dua jenis makanan.. megi celup special dan mee celup. Megi celup aku dah makan malam tadi.. mee celup aku bawa datang ofis pagi ni. Panaskan guna microwave jer. |
![]() |
Petang balik keje singgah tapau Nasi tiga Budak Gemuk. Teringin pulak.. lama dah tak makan... |
![]() |
Sedap... |
![]() |
Malam2 order roti boom guna khidmat abam panda 🐼 a.k.a Foodpanda. Gemuk aku! Alhamdulillah. Haha |
Assalamualaikum wbt
Isnin: 28/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-286
Naik kerja selepas bercuti ni memang agak melemahkan. Melemahkan satu badan ni, otak pun lemah. Malas nak berfikir... Asyik teringat kat kampung jer.. kalau tak teringat kat kampung, asyik teringat ke makanan jer. Perut pula asyik lapar dikala sejuk sejuk ni...
![]() |
Balik kerja, hujan lebat lagi. Abis aku basah lencun. Aduh... Sejuk dan lapar wehhhh. Makan sup sedap2 .. |
![]() |
Order megi celup guna Foodpanda. Alhamdulillah. Masih lapar lagi. Tak kenyang kalau tak dapat nasi. Dasar! Haha |
Assalamualaikum wbt
Ahad: 27/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-285
Hari ni aku akan gerak balik ke Subang seorang diri dari Kota Tinggi. Anak-anak aku tinggal kat Kota walaupun cuti sekolah masih berbaki lagi. Nasib baik diorang faham yang mama dia tak dapat hantar dia dah dekat nak naik sekolah nanti.. mama boleh balik hujung bulan jer nanti. Sekali sambut birthday papa.
![]() |
Pagi2 lagi aku dah menyuluh pokok belimbing sebelah rumah. Nak masak ikan baung yang kak long aku beri semalam, sebelum aku gerak balik ke Subang. |
![]() |
Nak cuci ikan baung ni pun kena pakai belimbing buloh ni.. supaya ikan tak hanyir. |
![]() |
Settle masak lauk, aku siapkan sarapan pula.. buat sandwich sardin je. Senang... |
![]() |
Teman asben aku buat batas untuk tanam pokok2 yang ambil dari rumah mak aku semalam. |
![]() |
Aku gerak dari Kota Tinggi dalam pukul 9pagi... Sambil drive sambil makan keledek yang aku beli kat Cameron Highland kelmarin. Manis dan sedap.... |
![]() |
Perjalanan seorang diri memang membosankan dan membuatkan mata cepat mengantuk... |
![]() |
Singgah hentian sekejap untuk mencari kudapan supaya hilang segala rasa mengantuk. |
![]() |
Sampai rumah, ambil motor, terus ke NSK Subang Avenue jap cari buah.. |
![]() |
Beli ni jer... |
![]() |
Balik rumah goreng kerepok lekor yang ada baki lagi sebatang dalam peti ais.. bolehlah... Jap lagi nak buat kek pulak.. |
![]() |
Siap! |
Assalamualaikum wbt
Sabtu: 26/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-284
Hari ni aku akan gerak balik ke Kota Tinggi untuk hantar suami dan anak-anak aku balik sana. Sian diorang.. terpaksa balik sana awal... Tapi tak apalah.. untuk kebaikan dioang juga di musim-musim pandemik covid ni...
![]() |
Anak dara aku ni bangun lewat.. bangun-bangun terus turun ke tanah menyibuk kat aku... muka tu pun jelas muka baru bangun tidur.. |
![]() |
Sebelum gerak balik Kota Tinggi, mak suruh masak dulu so nanti boleh makan dulu sebelum balik.. |
![]() |
Goreng ayam ni untuk budak2 jer... |
![]() |
sayur bayam goreng... |
![]() |
Erkkkk Alhamdulillah... nampak simple tapi sedap yakmat... |
![]() |
Si Arissa dan sepupu dia yang sebaya dengan dia darjah satu.. beza sebulan lebih jer diorang ni... |
![]() |
On the way balik Kota Tinggi. Bertabahlah anak-anak ya... tak lama... tiga jam lebih jer perjalanan.... ngeeeeee! |
![]() |
Bubur lambuk Kak Long aku bagi tadi.. sedapnya lama betul tak makan bubur lambuk... |
![]() |
Lalu Simpang Renggam singgah beli jagung tepi jalan... topup jagung yang aku beli kat cameron hari tu... |
![]() |
Dah dapat topup jagung, baru masuk hiway semula... |
![]() |
Manis nenas ni.. beli kat Simpang Renggam... |
![]() |
Petang adik ipar aku buat besday anak dia, Anaqi yang baya Ainul tu... Alhamdulillah... senang kerja aku.. tak payah nak masak lagi dah... Syukurrrr.. |
Assalamualaikum wbt
Jumaat: 25/12/2020
PKP / MCO : Hari Ke-283
Hari ni kami akan gerak balik ke Johor.. plan asal anak-anak aku akan duduk rumah nenek Segamat dia sampai abis cuti sekolah. Lepas hantar anak-anak aku kat Segamat, sepatutnya aku dan asben akan balik semula ke Subang pada hari Sabtu dan Ahad suami akan balik ke Kota Tinggi dengan menaiki bas.. Bila anak-anak aku dah berkobar nak duduk dengan nenek dan atok dia kat Segamat, dapat berita pula kat FELDA tu ada kes covid. Walaupun sorang yang kena, kerisauan tu agak tinggi juga... Mak aku pun tak kasi diorang duduk sana walaupun pada awalnya mak aku yang minta anak-anak aku balik teman dia kat sana. Tapi apakan daya..
Walaupun anak-anak tak jadi tinggal rumah nenek Segamat diorang, tapi aku tetap bawa diorang balik tapi dengan syarat jangan salam nenek dan atok. So pagi ni kami akan gerak balik ke Segamat lepas settle beberapa hal. Hal paling penting, aku nak pergi satu kedai pakaian ni sebab nak belikan Arissa seluar dan baju lagi.. hari tu sebelum pergi cameron aku dah belikan, dan sesuai dengan dia. Kali ni aku nak belikan lagi sebab kebanyakan baju-baju dia dah lusuh dan seluar pula makin hari makin senteng.. cepat betul dia ni memanjang. haha.. lagipun masa beli yang sebelum ni, dapat voucher untuk next pembelian..
okla tu dapat kurang sikit harganya nanti...
![]() |
Asben aku ajak pergi sarapan dulu.. lagipun awal lagi ni, kedai baju pun tak buka lagi.. so kitorang pergi Restoren Mak Uda... aku makan mee kari... lama betul tak makan mee kari kat sini. |
![]() |
Arissa.. susah nak senyum depan kamera... |
![]() |
Dari Elmina, singgah kedai basikal jap pam tayar basikal... tayar basikal tu memang aku dah standby siap2 letak kat bonet... |
![]() |
Model tayar basikal.. |
![]() |
Settle beli baju, terus gerak ke Shah Alam, hantar jagung dengan keledek yang Sue kirim masa aku pergi Cameron aritu... |
![]() |
yummy... meriah asam boi dia.. |
![]() |
Sampai Segamat, singgah beli cendol Segar Amat dulu kat Taman Yayasan.. cendol dia ni memang sedap dan terkenal kat Segamat tu... banyak cawangan dia. |
The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review