Sahabat

Halaman

13 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 287 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 13, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 13/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-210

Hari ni sama macam semalam. Pagi-pagi lagi perut dah lapar. Dan macam semalam juga, lepas punch card terus pergi kantin, intai apa makanan yang ada.

Menu biasa. Tak ada yang menarik. Bosan gak selalu sarapan benda yang sama.

Akhirnya ambik nasi lemak dan sosej. Tapi tak tau la kenapa tak boleh lalu kat trkak sangat. Ngada2 betul.

Tengahari aku lari jap pergi pos barang customer kat Parcelhub Mydin USJ...

Petang sebelum balik rumah, aku singgah KK Mart jap... Keluarkan duit kat mesin MEPS... Duit dalam tangan dah tak berala nak ada...

Lepas keluar duit, aku pergi makan dulu. Lama dah tak makan kat sini. So okaylah kan.. aku order nasi goreng ikan masin dengan tomyam daging...

Tapi....

Ya Allah ni tomyam ke apa ni??? Takder rasa tomyam langsung! Macam air cili pastu ada rasa daun ketumbar.  Dulu aku selalu je makan kat sini, dan tomyam dia masa tu memang sedap. Tapi kali ni??? Frust sangat aku...

Tomyam apa macam ni. Memang aku takkan datang kedai ni lagi. Frust


Sampai rumah kudap2 bawang putih goreng ni.....

Dan perabihkan ciskek ni...




12 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 286 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 12, 2020 2 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 12/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-209


Aduh. Pagi-pagi lagi perut dah minta isi. Laparrrr.. rasanya malam tadi aku makan dah bekal yang mak aku bagi tu. Mungkin aku lupa nak baca doa kut.

So pagi2 lagi lepas punch card aku terus pergi kantin. Intai apa yang ada...



Ayam ni nampak menyelerakan, kan. Tapi aku tak beli pun..



Beli ni jer...



Sebelum balik, singgah kedai kek jap cari bahan2 buat kek.

Singgah speedmart sebaris kedai kek tu..


Pembelian panik ke apa ni? 

Jumpa gak apa yang aku cari. 

Kek minggu lepas beli kat Mydin. Malam ni baru sempat makan...


11 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 285 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 11, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 11/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-208

Bestnya dok kat kampung ni. Paling best sebab mak dengan abah aku ada depan mata aku. 

Semalam mak pesan kat aku, supaya bangun awal hari ni... Bawa mak pergi warung tepi jalan besar sana sebab mak nak beli sarapan sebelum anak buah aku, Adib yang tinggal dengan mak abah aku tu pergi sekolah. Tup2 pagi ni mak tak jadi nak beli.. mak goreng bihun dengan tauhu sos... 

Kat kampung, makan simple macam ni pun dah cukup heaven. Sedap betul air tangan mak... Tak pernah tak sedap. Sebab tu la aku ni gemuk sejak lahir. #eh


Lepas sarapan, aku bersiap2 untuk bawa mak ke Pasar Tani Taman Yayasan...




Pastu singgah kedai santan pulak.. mak aku tetap cari kedai orang islam untuk beli santan ni. Eh. Silap. Bukan beli santan tapi beli kelapa parut. Biasa sebelum ni guna kelapa dari pokok belakang rumah je, pastu parut sendiri sebab mesin kelapa memang ada kat rumah... Tapi sebab abah masih tak boleh buat kerja berat untuk tiga bulan ni, maka kena la beli..



Ok fine. Dia berborak pulak dengan orang kat dalam kedai tu. Haha...

Sampai rumah, mak terus ajak ke dapur, masak.

Aku : mak, pegaga ni nak buat masak apa? Goreng je ke?

Mak : Bila masa mak beli pegaga???

Dan... Aku pun dibebelnya sebab umur dah masuk 40 tapi pucuk paku pun tak kenal 🤣🤣🤣 ...

 Ya ampunnnnn!!!!



Melantak pisang kaki dengan rock melon. Gambar rock melon kat bawah ya...


Dalam tengahari makcik aku datang lawat abah... Chik ni la satu2nya adik beradik abah yang tinggal. Memang abah sayang Chik sangat2 walau berlainan ayah. Macam tu juga Chik.. sayang betul dia kat abah, adik bongsu dia.


Hari ni mak masak ikan baung pulak. Sayur tu aku yang masak. Sayur 'pegaga'.. 🤣

Pssttt. Ada sorang bff aku tu, asal aku sebut ikan sungai je mesti dia kata yekkk. Dia tak makan ikan sungai... Hanyir katanya... Dia tak try lagi air tangan mak aku ni. Sekali makan, confirm teringat2. Sedap hingga menjilat jari...

Haha.. 😂

Okey sambung...


Masa tengah guling2 dengan mak... Tetiba mak tanya...

Mak : Dalia... Apa yang ucu masukkan kat facebook mak ni?

Aku : ooooo. Ni ucu cadangkan kat mak untuk join grup kaktus dan sukulen ni kat fb. Agaknya sebab mak minat kaktus, tu yang ucu cadangkan kat mak.

Mak : abis ni mak nak tekan apa ni?

Aku : mak tekan je perkataan JOIN tu... (Then aku pun ajar mak cara nak jawab soalan sebelum diterima masuk grup kaktus tu)

Mak : wow cantiknya kaktus yang orang ni masukkan.. dalia, ko pergi ambik gambar kaktus mak, masukkan dalam ni.

Aku : errrrr... Tak payahlah mak... Mak tengok je yang orang tu masukkan. Sambil2 tu mak boleh belajar cara2 penjagaan kaktus yang betul.

(Mak tengok lagi gambar2 kaktus dan sukulen kat fb tu. Last2 mak bangun, capai tudung lepas tu keluar..)

Aku : Eh. Mak nak pergi mana ni?

Mak : nak pegi ambik gambar kaktus mak.

Aku : hahahahaha ye la ye la.. meh akak ambikkan gambar... Bak henpon mak...

Dan... Beraksilah aku mengambil gambar kaktus2 mak... Dan masukkan terus kat grup facebook tu... Berkali2 mak cakap, kalau aku dok lama kat sana nanti boleh bawak mak pergi beli pokok kaktus lagi. Hahaha









Penat tengok kaktus mak, aku pergi dapur cari makanan lagi. Haha

Sedap nih. Mana ntah mak aku dapat... Abg aku yang beli agaknya...


Manis... Sedap betul...

Petang tu... Dekat pukul 5.30petang baru aku gerak dari kampung. Malas betul nak balik.. 

Masa untuk kembali ke alam nyata...


Tak pernah tak jem kalau kat sini...




10 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 284 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 10, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 10/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-207


Pagi ni pukul 3.30am aku keluar rumah untuk balik ke Segamat. Adik beradik aku yang lain semua dah balik sana semalam... Aku sorang je lambat... Tapi takper lah.. lambat2 pun aku tetap balik.. nak gerak petang semalam tapi rasa penat sangat.. tak larat..

Alamak gelap. Hahaha.. Ni gambar aku ambil masa berhenti rehat kat Hentian Senawang ...

Masa kat Hentian Pedas Linggi tu, mak aku wasap. Dia suruh aku tunggu dia kat rumah Long sebab dia nak ajak aku pergi pasar tani, cari lauk untuk stok kat rumah. Ye lah.. tiga bulan abah aku tak boleh drive ni.. so selagi boleh, simpan stok dulu. Adik beradik yang lain balik nanti baru topup lauk. Tapi tak risau sangat sebab Kak Long aku tinggal kat Segamat juga.. apa2 dia ada kalau mak perlukan apa2 barang.


Ikan Patin, Ikan Baung, Talapia Merah.. semua ikan favourite aku

Segar2... Hidup lagi ikan2 tu..



Bila barang dah penuh kat tangan, aku cakap mak yang aku pergi letak barang kat kereta dulu. Mak kata, takper awak tunggu je mak kat kereta. Aku pun okaylah.. tunggu kat kereta punya lama... Dok fikir, lama sangat ni.. mesti barang dah banyak yang nak dibawa. Aku pun pergi la turut mak semula... Tengok2 mak tengah sedap membawang dengan Ngah Nah...
 Hahaha

Aku biarkan mak berborak ngan Ngah Nah. Sementara tu aku pergi ushar satay kat kakak ni.. this is Johor yawwww! Sarapan satay la kite...


Lepas setel kat Pasar Tani, aku ajak mak pergi J&T jap... Pos barang customer..

Sebelum balik Pemanis, singgah beli lauk jap kat kedai Hajah Naffisah ni.. Kat Taman Yayasan...

Ada jual royal puding ni. Mak aku beli sampai lima bekas. Haha. Manis leting!

Makan mee rebus je katanya.. sedap hoi.

Anak adik aku yang bongsu, Adah. Aku panggil dak tecik ni, Cik Pia. Nama sebenar dia aku tak ingat. Haha

Mak masak ikan patin masak tempoyak. Lazat hingga menjilat jari. Yummy!

Malam order burger kat seberang jalan. Haha.. diet sangat.

Kudapan di tengah malam.. pegaga crispy beli kat Ngah Nah pagi tadi..

Esok mak dah pesan... Nak ajak aku keluar lagi pergi Pasar Tani. Kali ni Pasar Tani Taman Yayasan pulak.

Aku on je!
Apa saja untukmu, mak!

Loveeeee.

 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review