Sahabat

Halaman

21 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 234 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 21/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-157

Takder mood pulak nak kerja hari ni. Haha. Yang kelakarnya aku asyik tersasul sebut hari ni hari Isnin. Aduh. Makin menjadi-jadi kadar kenyanyukkan aku ni. Road to four siries katanya .. pasrah jer la.  

Kak Wani bawak pau kacang merah. Percubaan pertama katanya... Walaupun rupa tak berapa nak ada, tapi rasa tu ada. Sedap. Lembut jer. Pastu free plak tu, orang bagi. Bertambah-tambah la kesedapannya.

Tengahari diorang ajak keluar pergi makan kat Mydin. Aku malas pulak keluar sebab balik kerja nanti nak pergi merayap lagi. So sorang2 aku pergi kantin. Ada sup ayam dengan sayur taugeh ni pun dah cukup dah. Cuma masa nak makan baru perasan yang aku lupa nak ambik sambal belacan.

Balik kerja aku singgah Bake With Yen Kota Damansara jap... Cari bahan untuk buat Kek Tapak Kuda yang aku belajar buat melalui online aritu.. bila kita belajar buat sesuatu dengan keluarkan sedikit wang, kita akan lebih menghargai dan cuba buat dengan sebaiknya. 

Balik dari Bake With Yen, pergi basuh kereta jap. Lama betul aku tak basuh kereta ni.

Beli Bun Sambal Bilis ni untuk makan malam.

Pastu bakar otak-otak ni pulak.

Alhamdulillah kenyang.

20 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 233 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 20, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 20/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-156

Hari ni cuti awal Muharram. Aduh... Nape lah aku tak perasan dari awal. Kalau aku perasan awal memang aku mintak cuti start esok sampai 31 Ogos. Barulah berbaloi2 cuti lama balik kampung jumpa suami dengan anak-anak. 

Lagi dan lagi dan lagi pergi ke farmasi. Selagi masalah perut aku tak settle, selagi tu la aku akan sentiasa berulang ke farmasi ni.

Balik dari farmasi singgah tapau laksa dengan cendol dekat Man Laksa. Laksa dia ni memang sedap dan terbaik. Cendol pun sama... Sebab tu pelanggan dia tak putus-putus datang.

Malam aku bakar otak-otak pulak. Sebelum aku balik kg ni memang aku nak abiskan stok otak2 yang aku beli sebelum raya haji aritu...

19 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 232 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 19, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 19/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-155

Sakit perut aku masih tak hilang lagi. Stress betul aku. Paling lama aku pernah kena ni.

Tini bagi aku ni. Nantilah aku try..

Perut lapar... Kirim kat kak Sariha beli mee kari kat Restoren Klasik USJ 1. Biasa aku makan sedap jer tapi tak tau kenapa hari ni terlebih masam kuah karinya. Macam kuah kari ikan jenahak tu pulak. Untuk makan dengan mee tak termasuk kat tekak aku ni.

Petang aku singgah kedai Cik Awang jap kat tingkat 2.. tutup pulak ..

Balik keje singgah 7E beli roti. 

Malam perut mintak makan lagi. Aku goreng keropok lekor pulak.. minum dengan air Bliss.

18 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 231 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 18/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-154

Hari ni aku terlibat dengan program PERKEP sempena dengan Lawatan Kerja Ketua Polis Selangor ke IPD Subang Jaya. Kali ni tak boleh nak elak dah... Kena juga sebab nama aku dah naik sebagai penyambut tetamu... Maka ber krik krik krik lah aku... Bukan aku tak nak join, tapi baju kurung PERKEP aku dah makin mengecil di samping kasut putih aku yang dah reput dan tudung putih aku yang dah tak berapa nak putih akibat daripada jarang pakai.

Pagi masa isi minyak kat Shell, aku ternampak donut ni. Sekarang aku memang ketagih nak makan donut, tak tau kenapa. Pantang tengok donut. So aku beli la satu set ni. Makan dua biji cukup untuk aku alas perut sebagai sarapan.

Aku dan dan beberapa AJK Perkep Tertinggi SJ di tempatkan di bahagian depan ni, bawah tempat parking kereta big bos. Boleh lah aku cuci mata tengok kawan2 buat kawalan kehormatan. Lain-lain ajk Perkep di tugaskan menunggu di rumah Perkep yang terletak di tingkat 2 Kuarters Polis IPD Subang Jaya. 

Abis kawalan kehormatan, aku tak join diorang iring Datin untuk bersarapan di bilik GTR bawah. Kenyang makan donut tadi... So aku dengan kak Sariha terus naik ke rumah Perkep untuk join diorang sambut Datin di atas.


Masa tunggu ketibaan KP Selangor dan isteri masa kat perkarangan IPD tadi, sempat la aku melaram dengan bunga segar yang akan di berikan kepada Datin. Belakang tu Inspektor Najah, suka sangat jadi photobomber. Suka betul menyakat. Hahaha

Ketibaan Dato' KP Selangor dan isteri

SJ Cops Dancer...


Cek suhu dulu. Apa2 kena utamakan SOP dulu yer. .

Cantik jelita Datin ni. Muka lembut jer... Cara bercakap pun lembut. Suka aku tengok 


Ucapan...

Bacaan tahlil dan yasin


Sumbangan kepada kanak2 OKU...


Potluck. Tapi aku tak sumbang apa pun. Tau saat akhir, memang aku tak sempat masak / order apa pun. Tapi syukurlah masing2 sporting. Memang banyak makanan hari ni sampai ada yang bawa balik sebab banyak lebih.

Ni kira makan tengahari aku la... Sebab makan dah pukul 12 lebih.. Alhamdulillah kenyang sangat

Dengan isteri bos trafik aku..
Pn. Qisnoe.. puan ni make-up artist tau. Banyak job dia dengan selebriti terkenal. Dah ada cucu pun muka maintain muda... Jeles aku. Hehe


Sebab tadi aku dah makan banyak, so malam ni aku goreng keropok lekor je.

Alhamdulillah. Kenyang

17 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 230 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 17/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-153

Monday blues!!!
Hari ni sampai ofis, kak wani ajak pergi tapau makan kat tepi IPD ni... aku ok jer sebab naik kereta dia.. haha.. yerla.. aku ni kalau dah sampai ofis, memang malas la nak keluar semula kalau setakat nak beli makanan tu. Baik aku order guna Foodpanda jer.

Nasi lemak... kali pertama dan terakhir aku beli kat gerai tu. Mungkin tak kena kat tekak aku, tapi kena kat tekak orang lain. Memang tak termakan dek tekak aku..

Setakat ni takder lagi aku jumpa nasi lemak sesedap arwah abg Dino yang biasa meniaga petang2 kat tepi Petronas tu. Al- Fatihah buat arwah.

Aduh. Sian tengok diorang ni hari-hari berkawad bawah panas mentari.
Tengahari waktu rehat aku ke Summit jap untuk cari kasut putih, untuk aktiviti Perkep esok.. Alhamdulillah jumpa yang murah dan selesa. Tak nak aku beli yang mahal-mahal.. bukan pakai selalu pun... nanti rosak macam tu jer, macam yang berlaku sebelum-sebelum ni....

Singgah DIY Summit jap beli extension, ganti extension rumah aku yang terbakar aritu...

Singgah Family Mart gak.. cari gula-gula yang sjn Adam kirim..

Balik singgah beli Nasi Kak Wok... baru puas hati... 

16 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 229 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 16, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 16/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-152

Heaven betul time cuti ni kalau tak ada apa program lain. Nak pergi hiking pun macam tak confident dah sekarang.. stamina takder.. nak panjat bukit-bukit yang rendah pun berfikir banyak kali.


Mee tu, mee lebih semalam aku panaskan dan tambah tauge jer... nak buang, sayang pulak.. tak elok membazir.. depan tu, donut tak jadi. First time aku buat donut tak jadi.. mungkin sebab tersilap teknik dan aku buat dalam keadaan nak cepat. Tak gebu jadinya...

Petang pulak aku pergi ke Giant Kota Damansara... asalnya nak pergi beli kasut putih untuk aktiviti Perkep Selasa ni.. malangnya kedai kasut tu dah tutup... dulu aku pernah beli kasut kat kedai tu dan aku pakai memang selesa.. tu yang ingat nak beli lagi... malangnya kali ni takder rezeki aku. Takperlah.. esok aku cuba cari kat Summit USJ...

Pantang tengok kek.. tapi tak beli pun...

Balik dari Giant singgah Uptown Kota Damansara tapau Nasi Tiga Budak Gemuk. 

Erm. RM9 tapi aku dapat tengkuk, kepak part yang hujung tu jer, pastu dua ketul kecil ayam yang daging sikit sangat. Minta extra shot ( tambah RM1 ) tapi macam takder extra jer.. Erm... erm.. erm.. aku rasa macam tak berbaloi jer. Bukan tak bersyukur tapi aku rasa macam... tak puas! hahahah.. pasni kena beli yang extra montel tu la.. baru berbaloi. haha

15 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 228 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 15/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-151

Yes! hari untuk bermalas-malasan! Dok rumah guling-guling macam tenggiling sambil menambahkan lemak-lemak di badan...


Pagi-pagi aku goreng mee je. Kebetulan daging kicap ada lagi aku simpan kat tempat sejuk beku. Aku guna tu jer sebagai perencah...

Pagi ni la baru aku perasan yang peti ais aku tu tak sejuk. Nervous juga dibuatnya.. aku ingatkan rosak, rupanya auto defrost.. agaknya sebab aku sumbat banyak sangat barang dalam tu... sepuluh tahun guna peti ais ni, inilah kali pertama auto defrost. Sebelum ni kalau ada masa aku bersihkan terus. Last-last mana yang dah lama tak masak tu, aku buang jer. 

Pergi Speedmart, beli bun sambal bilis ni dengan aiskrim potong perasa kacang merah. Cuakup dah ni untuk makan malam. Alhamdulillah.

14 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 227 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 14/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-150

Yesss! Jumaat dah... semangat sikit hari ni sebab hari terakhir kerja untuk minggu ni. 


Pagi-pagi sebelum pergi kerja sempat menggoreng cucur ikan bilis adabi... senang je buatnya... tepung tu campur jer dengan air. pastu goreng. siap!!! 

Tengahari makanan yang aku order kat abg jep sampai. Vietnamese Roll dengan Tauhu Bergedil... sedap weh.... vietnamese roll tu sos dia lain dari yang lain. memang sedap.

Petang pulak ada mesyuarat agung Koperasi Polis kat dewan IPD... nama naik, terpaksa jugalah aku pergi. Tak suka sebenarnya sekarang ni kalau ada program macam ni... sebab tak boleh nak membawang masa program.. duduk jauh-jauh... mengantuk wehhhhhh!

Tuan OCPD tengah berucap..

Balik rumah sambung makan lagi. Bihun dan kuih tu aku dapat masa AGM Koperasi Polis tadi.. 

Mangga ada lagi kat rumah, aku pun blend la buat mango milk shake.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review