Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun, sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...
Top 5
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni dimulakan dengan majlis perasmian Persada Inovasi. Jam 8 pagi kami dah berkumpul kat dewan. Mata mengantu...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
05 Oktober 2013
Kerja Di Hari Sabtu
Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun, sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...
04 Oktober 2013
Jumaat Yang Indah
Jumaat yang indah? Betul ker indah? Hahahahha takder maknanya indah... esok aku kena kerja...
Haishhhhhh!
Aku Tetap Aku...
Assalamualaikum wbt...
Serius. Biasanya kita cuba menjaga hati sahabat kita sehabis mampu walaupun kadang kadang ianya memberi kesan kepada kita. Sejak dari sekolah aku bukanlah jenis yang suka ambil tahu hal orang lain. Tak minat. Tak suka. Tak kuasa... dalam kelas aku dan teman sebelahku lebih suka buat hal sendiri dari bergosip tak tentu pasal... tapi dalam masa yang sama aku masih boleh bergaul dengan sesiapa mengikut keadaan. Bersukan. Zapin. Gerko. Lain2.
Walaupun berada dalam kelas yang dikategorikan sebagai kelas terpilih (akademik dan sukan), aku lebih selesa bergaul dengan kawan2 dari kelas2 lain.. kenapa? Sebab aku kurang selesa dengan sikap mereka yang 'macam bagus' 'perasan cantik' 'akulah yang bijak' dll..... aku tak mahu dan tak ingin jadi seperti mereka. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti bersama mereka. Kami tetap kawan. Bergelak ketawa suka duka sama sama.
Aku bercerita bukan sebab nak menunjuk yang aku ni baik. Bukan aku meninggi diri. Aku manusia biasa yang banyak kelemahan. Banyak lakukan kesilapan. Betul. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. walau macamanapun kita cuba elakkan sesuatu itu terjadi, tapi jika ianya sudah tertulis, ianya akan tetap terjadi...
Belajar dari pengalaman membuatkan aku cuba untuk jaga hati dan perasaan aku sendiri daripada menjaga perasaan orang lain. Susah. Sangat susah. Terkadang aku terpaksa mengiyakan sesuatu yang tidak benar demi menjaga air muka seseorang. Bukan sekali tapi kerap kali.. ianya berlaku sejak dulu lagi dan berlarutan sehingga kini... cuma, sekarang aku lebih berani berterus terang walau dihati timbul perasaan risau andai mereka terguris dengan kata2 aku.. sungguh.. mungkin pernah timbul persoalan dan tanda tanya yang mungkin aku panjangkan pada teman rapatku, tapi percayalah ianya setakat berakhir hanya disitu. Sekadar cuba meluahkan apa yang terlintas difikiran. Meleraikan apa yang terbuku diminda..
Buat sahabat2ku... Andai kalian pernah terasa hati dengan segala tutur kataku, segala tingkah laku aku, maafkanlah aku.. walau sejauh mana aku melangkah, walau setinggi mana aku di angkasa, walau sedalam mana aku aku didasar, AKU TETAP AKU YANG DULU... sahabat amat penting dalam hidup aku.. melengkapkan hariku agar lebih ceria...
Sekian.
Mode : Rindu kawan2 lama....
02 Oktober 2013
Badminton
01 Oktober 2013
Dikala Kebosanan...
Assalamualaikum wbt....
Dikala dan ketika ni sebenarnya aku berada didalam dewan serbaguna ipd, mesyuarat bulanan pegawai awam dengan bahagian pengurusan.. bosan dan mengantuk... bosan disebabkan perkara yang sama dibangkitkan setiap bulan.. tu yang jadi mengantuk, dengar benda yang sama jer...
Sementara isi masa terluang ni, aku nak cerita skit tentang si Minah dan anaknya, Totot.. Minah dan Totot ni la yang membuatkan cuti hujung minggu aku tak keruan asyik terfikirkan mrreka berdua ni dah makan ke belum... disebabkan mereka juga aku gagahkan 36km pergi balik dari rumah ke opis pada hari minggu untuk memberi makan, takut kelaparan...
Jomla aku kenalkan si Minah dan Totot...
28 September 2013
Bola Oh Bola!
Entah kenapa malam ni aku terpanggil untuk buat entry tentang bola sepak selepas habisnya perlawanan JDT menentang Kelantan sebentar tadi dimana JDT telah menumpaskan Kelantan 4-2...
sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik bola sepak, tapi bolehlah juga mengikut situasi dan keadaan... kalau aku rasa nak tengok, aku tengokla... kalau tak tengok pun tak ada hal... bukanlah aku ni jenis yang tak support sukan kat Malaysia ni tapi aku jenis malas nak jerit jerit depan tv / mamak / stadium.. dari buat sakit dada aku ni jer baik aku layan anak aku sambil menghadap gadget yang memang tak lekang di tangan... macam perlawanan tadi pun, aku dok guling2 jer dalam bilik kat rumah parent aku ni... tak menjengah pun kaca tv...
Berbalik pada asal, sebenarnya aku terpanggil untuk mengulas skit tentang penyokong fanatik, tak kisahlah dari negeri mana sekali pun... aku dan suami warga Johor, semestinya aku akan sokong JDT walaupun aku yakin majoriti peminat bola sepak tanahair selain warga Johor sendiri sangat anti dengan JDT... betul kannnn? Tapi aku tak kisah pun... adat la tu.. kita tak berhak nak tentukan sesiapa pun untuk suka kat kita.. sebab tu biasanya aku tak ambik endah dengan kata2 diorang...
Salah seorang kawan aku yang berasal dari negeri lain, memang aku perasan setiap status update di fb tentang bola kata2nya selalu akan mengguris perasaan aku selaku anak Johor... mungkin dia terlupa kawan2 dia juga terdiri dari pelbagai negeri termasuk Johor malah dia juga menyambung pelajaran di Johor... tapi aku tak pernah membalas sekadar membiarkan dia dengan sakit hatinya sebab aku tak nak simbah minyak kat api yang menyala...
Bukan nak kata peminat negeri lain, peminat JDT sendiri ada yang bermulut laser, semuanya disebabkan fanatik dengan bola... come on la geng... menang kalah kan adat permainan... sokong sokong jugak, tapi janganlah sampai menyakitkan dan menghina orang lain..
Apa yang aku boleh kata, biarlah kita bermusuh di padang, tapi diluar kita adalah saudara, adik beradik dan teman rapat....
Ermmmmmmm....
• Encik Zowwo call aku tadi, dia kata Isnin malam selasa kalau tak mengantuk bukaklah tv3 kul 12.30am tengok dia dalam rancangan scoreboard.. ermmm.. takde maknanya aku nak tengok, silap2 aku dah sampai London.. hahaha!
#walaupun aku warga Johor, aku sentiasa support negeri lain... aku sendiri pernah join aktiviti yang dijalankan oleh kelab TRW Lembah Klang... seronok sama2 berganding bahu dan saling mengenali satu sama lain... ianya satu pengalaman yang sangat berharga... sungguh!
27 September 2013
Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya
26 September 2013
Sumber Inspirasi @ Daya Penarik
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain 'daya penarik' supaya aku sentiasa rajin dan bersemangat untuk ke sekolah / kolej / opis...
Dulu masa zaman2 sekolah, aku minat kat sorang cikgu ni... sebenarnya bukan aku je, tapi ramai kawan2 aku pun minat sama kat cikgu ni.. kiranya cikgu ni la daya penarik dan sumber inspirasi kami untuk rajin ke sekolah.. kalau tak, mesti tak bersemangat je datang sekolah kan.. tapi entah kat mana silapnya, minat kat cikgu lain tapi cikgu lain pulak yang sangkut... ya Allah.. nasib baikla lepas SPM aku dapat sambung belajar, kalau tak mesti mak aku suruh kawin dengan cikgu tu yang belum apa2 dah sibuk panggil mak aku 'bonda'.. eweeekkkk!
Masa study kat uitm pulak, daya penarik aku untuk datang ke kelas adalah classmate aku sendiri... entah kenapa aku rasa sejukkkkk je mata kalau tengok dia... baik budi bahasa, bijak, islamik, dan macam2 la lagi... aku rajin datang kelas sebab dia la... walaupun ada beberapa semester yang aku tak dapat sekelas dengan dia (kalau tak silap aku masa part 3-4 sebab dia amik bahasa arab, aku amik mandarin) tapi aku akan tetap rajin ke kelas dengan harapan dapat selisih dengan dia... poyo tak? Memang poyo kan... tapi yang peliknya, walaupun aku suka dia tapi tak bermakna aku simpan rasa dengan dia... betullll tak tipu... dia cuma satu alasan yang aku cuba cipta untuk aku merajinkan diri ke kelas dan menjadikan dia sebagai daya penarik @ sumber inspirasi... buktinya... menjelang tahun akhir, aku dengan sedaya upaya cuba merekemenkan dia dengan sorang lagi kawan aku yang aku fikir sesuai dengan dia.. seorang yang lemah lembut, dan penuh wajah keibuan... (eh.. dengan roomate aku pun aku pernah try nak kenen2kan diorg tapi tak menjadi)
Dan sekarang.... jeng jeng jeng! Walaupun dah berkahwin, tabiat lama masih tak hilang lagi dalam diri... yer la.. bukan betul2 pun kan.. suka2 je untuk bagi kita bersemangat sikit datang kerja... kalau tak bosan gak kan?
Kat opis ni, aku memang ada sorang yang bertindak sebagai daya penarik aku untuk rajin datang kerja.... sejak awal dulu memang dia la satu2nya daya penarik aku dan aku tak pernah ubah lagi setakat ni.. siapa??? Biarlah rahsia dan terus menjadi rahsia... my bff Linie pun tak pernah tau dan aku tak akan mungkin bagitau... biarlah tanggapan diorang silap asalkan ianya kekal tersimpul rapi dalam hati... *wink*
#sekurang2nya aku masih boleh perhatikan dia dari jauh, boleh bergurau dan bertegur sapa macam biasa dengan dia... kalaulah dia dapat tau, mau aku mintak transfer sebab malu! Hahahahha
#dengan encik asben aku selalu bercerita pasal daya penarik @ sumber inspirasi aku ni... tapi encik asben macam takder perasaan jer, bukannya nak jeles! Adei...
Daaaaaaaaaaaaaaa!