Sahabat

Halaman

02 Oktober 2013

Badminton

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 02, 2013 0 comments

Puas hati. Seronok. Best sangat dapat main badminton hari ni kat badminton court usj 23.. Aku, Yatz, Shikin, Iema n As... Dapatlah lepaskan rindu dendam yang dah dipendam dekat 2 tahun walaupun aku tak terror mana pun.. hahaha..

Sampai naik berkapok dah beg raket aku.. nak putus dah tali kasut aku... reput dah stokin aku yang tak berbasuh tu.. haissshhhhh!

Harap2 pasni dapatlah berterusan main badminton atau apa2 aktiviti yang menyihatkan selepas waktu kerja.. sekurang kurangnya ada jugak aktiviti sihat yang aku buat.. kalau dulu, seminggu 2-3 kali aku join budak2 ipd main badminton, tapi sejak partner aku si Yana tu mengandung, terus stop lama... apa taknya, pas yana bersalin, aku pulak yang mengandung... heheheh!

Errrrr... yang tak sihatnya cuma, balik dari main badminton terus order mee sup... aci tak? Ngeeeeeeeee!

#lupakanlah niat sucimu untuk kurus yer Dalia!

01 Oktober 2013

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 01, 2013 0 comments

Dikala Kebosanan...

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 01, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Dikala dan ketika ni sebenarnya aku berada didalam dewan serbaguna ipd, mesyuarat bulanan pegawai awam dengan bahagian pengurusan.. bosan dan mengantuk... bosan disebabkan perkara yang sama dibangkitkan setiap bulan.. tu yang jadi mengantuk, dengar benda yang sama jer...

Sementara isi masa terluang ni, aku nak cerita skit tentang si Minah dan anaknya, Totot.. Minah dan Totot ni la yang membuatkan cuti hujung minggu aku tak keruan asyik terfikirkan mrreka berdua ni dah makan ke belum... disebabkan mereka juga aku gagahkan 36km pergi balik dari rumah ke opis pada hari minggu untuk memberi makan, takut kelaparan...

Jomla aku kenalkan si Minah dan Totot...



28 September 2013

Bola Oh Bola!

By Dalia Hassan at Sabtu, September 28, 2013 0 comments

Entah kenapa malam ni aku terpanggil untuk buat entry tentang bola sepak selepas habisnya perlawanan JDT menentang Kelantan sebentar tadi dimana JDT telah menumpaskan Kelantan 4-2...

sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik bola sepak, tapi bolehlah juga mengikut situasi dan keadaan... kalau aku rasa nak tengok, aku tengokla... kalau tak tengok pun tak ada hal... bukanlah aku ni jenis yang tak support sukan kat Malaysia ni tapi aku jenis malas nak jerit jerit depan tv / mamak / stadium.. dari buat sakit dada aku ni jer baik aku layan anak aku sambil menghadap gadget yang memang tak lekang di tangan... macam perlawanan tadi pun, aku dok guling2 jer dalam bilik kat rumah parent aku ni... tak menjengah pun kaca tv...

Berbalik pada asal, sebenarnya aku terpanggil untuk mengulas skit tentang penyokong fanatik, tak kisahlah dari negeri mana sekali pun... aku dan suami warga Johor, semestinya aku akan sokong JDT walaupun aku yakin majoriti peminat bola sepak tanahair selain warga Johor sendiri sangat anti dengan JDT... betul kannnn? Tapi aku tak kisah pun... adat la tu.. kita tak berhak nak tentukan sesiapa pun untuk suka kat kita.. sebab tu biasanya aku tak ambik endah dengan kata2 diorang...

Salah seorang kawan aku yang berasal dari negeri lain, memang aku perasan setiap status update di fb tentang bola kata2nya selalu akan mengguris perasaan aku selaku anak Johor... mungkin dia terlupa kawan2 dia juga terdiri dari pelbagai negeri termasuk Johor malah dia juga menyambung pelajaran di Johor... tapi aku tak pernah membalas sekadar membiarkan dia dengan sakit hatinya sebab aku tak nak simbah minyak kat api yang menyala...

Bukan nak kata peminat negeri lain, peminat JDT sendiri ada yang bermulut laser, semuanya disebabkan fanatik dengan bola... come on la geng... menang kalah kan adat permainan... sokong sokong jugak, tapi janganlah sampai menyakitkan dan menghina orang lain..

Apa yang aku boleh kata, biarlah kita bermusuh di padang, tapi diluar kita adalah saudara, adik beradik dan teman rapat....

Ermmmmmmm....

• Encik Zowwo call aku tadi, dia kata Isnin malam selasa kalau tak mengantuk bukaklah tv3 kul 12.30am tengok dia dalam rancangan scoreboard.. ermmm.. takde maknanya aku nak tengok, silap2 aku dah sampai London.. hahaha!

#walaupun aku warga Johor, aku sentiasa support negeri lain... aku sendiri pernah join aktiviti yang dijalankan oleh kelab TRW Lembah Klang... seronok sama2 berganding bahu dan saling mengenali satu sama lain... ianya satu pengalaman yang sangat berharga... sungguh!

By Dalia Hassan at Sabtu, September 28, 2013 0 comments

27 September 2013

Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Putrajaya

By Dalia Hassan at Jumaat, September 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni aku bersama beberapa ahli PERKEP yang lain membuat 'lawatan' ke KUD Putrajaya... Penat memang penat nak menapak dari satu zon ke zon yang lain tapi memang best walau naik melecet kaki dibuatnya.. 

Meninjau dari satu gerai ke gerai yang lain memang membuatkan mata kami menjadi rambang... bermacam jenis makanan, perhiasan, pakaian, pelbagai tudung yang cantik2 dan hiburan yang pastinya menjadi tarikan pengunjung.. pelbagai aktiviti juga diadakan seperti demo masakan dan bermacam lagi.. 

Jom layan gambar kat bawah ni...


26 September 2013

Sumber Inspirasi @ Daya Penarik

By Dalia Hassan at Khamis, September 26, 2013 1 comments

Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan?  tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain 'daya penarik' supaya aku sentiasa rajin dan bersemangat untuk ke sekolah / kolej / opis...

Dulu masa zaman2 sekolah, aku minat kat sorang cikgu ni... sebenarnya bukan aku je, tapi ramai kawan2 aku pun minat sama kat cikgu ni.. kiranya cikgu ni la daya penarik dan sumber inspirasi kami untuk rajin ke sekolah.. kalau tak, mesti tak bersemangat je datang sekolah kan.. tapi entah kat mana silapnya, minat kat cikgu lain tapi cikgu lain pulak yang sangkut... ya Allah.. nasib baikla lepas SPM aku dapat sambung belajar, kalau tak mesti mak aku suruh kawin dengan cikgu tu yang belum apa2 dah sibuk panggil mak aku 'bonda'.. eweeekkkk!

Masa study kat uitm pulak, daya penarik aku untuk datang ke kelas adalah classmate aku sendiri... entah kenapa aku rasa sejukkkkk je mata kalau tengok dia... baik budi bahasa, bijak, islamik, dan macam2 la lagi... aku rajin datang kelas sebab dia la... walaupun ada beberapa semester yang aku tak dapat sekelas dengan dia (kalau tak silap aku masa part 3-4 sebab dia amik bahasa arab, aku amik mandarin) tapi aku akan tetap rajin ke kelas dengan harapan dapat selisih dengan dia... poyo tak? Memang poyo kan... tapi yang peliknya, walaupun aku suka dia tapi tak bermakna aku simpan rasa dengan dia... betullll tak tipu... dia cuma satu alasan yang aku cuba cipta untuk aku merajinkan diri ke kelas dan menjadikan dia sebagai daya penarik @ sumber inspirasi... buktinya... menjelang tahun akhir, aku dengan sedaya upaya cuba merekemenkan dia dengan sorang lagi kawan aku yang aku fikir sesuai dengan dia.. seorang yang lemah lembut, dan penuh wajah keibuan... (eh.. dengan roomate aku pun aku pernah try nak kenen2kan diorg tapi tak menjadi)

Dan sekarang.... jeng jeng jeng! Walaupun dah berkahwin, tabiat lama masih tak hilang lagi dalam diri... yer la.. bukan betul2 pun kan.. suka2 je untuk bagi kita bersemangat sikit datang kerja... kalau tak bosan gak kan?

Kat opis ni, aku memang ada sorang yang bertindak sebagai daya penarik aku untuk rajin datang kerja.... sejak awal dulu memang dia la satu2nya daya penarik aku dan aku tak pernah ubah lagi setakat ni.. siapa??? Biarlah rahsia dan terus menjadi rahsia... my bff Linie pun tak pernah tau dan aku tak akan mungkin bagitau... biarlah tanggapan diorang silap asalkan ianya kekal tersimpul rapi dalam hati... *wink*

#sekurang2nya aku masih boleh perhatikan dia dari jauh, boleh bergurau dan bertegur sapa macam biasa dengan dia... kalaulah dia dapat tau, mau aku mintak transfer sebab malu! Hahahahha

#dengan encik asben aku selalu bercerita pasal daya penarik  @ sumber inspirasi aku ni... tapi encik asben macam takder perasaan jer, bukannya nak jeles! Adei...

Daaaaaaaaaaaaaaa!

Happy Birthday Ainul..

By Dalia Hassan at Khamis, September 26, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kalau 23/9 besday aku, 24/9 pula besday anakanda sulungku Ainul Mardhiah yang ke 7 tahun (terlambat update skit)... kejap je rasanya masa berlalu.. 7 tahun membesarkannya, pelbagai cabaran dan dugaan yang aku lalui... melayani karenah dan telatahnya tanpa jemu.. 

Kalau tahun sebelum ni aku sambut di tadika strawberry (dia sekolah kat sini dari umur 4 tahun) tapi memandangkan tahun ni dia dah darjah satu, so aku buat sendiri je kat rumah bersama keluarga... jadilah kan dari tak ada... kanak2 ni sebenarnya tak kisah, asalkan kita sambut dengan adanya kek dia dah cukup happy dah..

Kek Aiskrim untuk Ainul...

nyum nyum....
  
Selamat hari lahir yang ke 7 buat anakanda Ainul Mardhiah.. semoga dirimu dan hidupmu sentiasa bahagia, sejahtera dan mendapat redha dariNya... In shaa Allah.. Amin...

25 September 2013

Keropok Lekor Kg Seberang Takir

By Dalia Hassan at Rabu, September 25, 2013 0 comments

Alhamdulillah...

Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... sedap keropok lekor ni ngan sosnya, sehingga menjilat jari.. haha!

Aku sempat goreng sepinggan ni jer, selebihnya nanti tunggu encik asben balik baru goreng semua... nyum nyum.. (makan jer la keje aku semenjak dua menjak ni...)

24 September 2013

Kenapa Lelaki DiLarang Memakai Emas?

By Dalia Hassan at Selasa, September 24, 2013 0 comments

Sharing is caring...

Kenapa didalam Islam lelaki tidak dibenarkan memakai emas walhal perkara ni dibenarkan pada perempuan?

Ini jawapannya...

Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandungi atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah..

"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR.   & Muslim)      
                    
Wallahua'lam.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review