Sahabat

Halaman

22 Mei 2011

Terima Kasih

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 22, 2011 1 comments
Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada empunya blog Ink Of Life sebab membantu aku promote kan blog aku ni...


Klik untuk tumbesaran




 Thanks yer Ink Of Life... Lain kali boleh tolong promote kan lagi... hehe!


Kek Lapis Lagi...

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 22, 2011 0 comments
Oleh sebab hari ni aku berada di tahap keboringan yang paling tinggi, so aku buat keputusan untuk isi masa lapang aku dengan membuat kek lapis asam manis untuk kesekian kalinya... hehehe... dan setelah berhempas pulas selama beberapa jam, kek aku berjaya disiapkan dan sebahagiannya telah selamat berada di dalam perutku yang memang bersaiz besar ni...opsss! terlupa pulak yang aku ni tengah diet... tapi takper la... hari ni jer.... ngeh3....


Siap dipotong-potong untuk di bawa ke opis esok...

Koleksi Cerita Lawak

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 22, 2011 1 comments
Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
 
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
 
Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
 
tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
 
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.
 
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.
 
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.
 
Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.
 
hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.
 
Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya...

Punch Card yang hilang...

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 22, 2011 0 comments
Beberapa minggu yang lepas kehilangan kad kehadiran aku (punch card) bulan Febuari menjadi isu di opis kerana ada pihak yang saling menuding jari atas kehilangan punch card tersebut. 5 orang yang hilang punch card, tapi cuma punch card aku yang bernilai sebab hanya aku seorang yang layak untuk buat tuntutan lebih masa dan elaun tuntutan perjalanan (budak kewangan). Yang peliknya, punch card bebudak kewangan yang lain, kak wani dan linie ada jer, aku punya je yang tak ada. Puas mencari tapi tak jumpa juga. Berapa kali aku naik tingkat dua jumpa tatatertib untuk mencari kad yang hilang tu, tapi tak jumpa juga.

Akhirnya setelah puas mencari, aku bagitau Tuan Rahman (Baim Wong) dan Kak Sariha yang punch card aku bulan Febuary tak dapat dikesan. So macamana nak buat tuntutan sedang Pak Engku (Ketua Bahagian Ketenteraman Awam) dah bising-bising sebab kami masih tak hantar lagi borang tuntutan tu kat dia. Hari yang sama Tuan Rahman dan Kak Sariha call Encik Uthaya Kumar cawangan tatatertib untuk cari punch card tu sampai jumpa dan dia cuma bagi masa dua hari untuk cari. Kalau tak jumpa, Tuan suruh aku buat report polis untuk dapatkan semula hak aku yang dah hilang tu.

Sebenarnya aku kesian tengok Encik Kumar tu... dah le baru kuar hospital, buat operation sebab dia tak berapa sihat. Aku pun tak pasti dia menghidap penyakit apa. Sian dia, naik kerja jer terus kena bedal. Then, selepas Tuan Rahman suruh En Kumar cari punch card tu, akhirnya dalam pukul 2pm hari yang sama kad aku berjaya ditemui. Hehehe... sebenarnya punch card aku tu atas meja dia jer, cuma dalam sampul surat.. sebab tu dia tak perasan. Tapi yang pasti, dia memang lega yang amat sebab berjaya jumpa kad aku tu... Kak Suriani pula siap suruh Encik Kumar buat kenduri doa selamat sebab dah jumpa semula kad aku tu. haha bengong betul.

Nak dijadikan cerita, lebih kurang seminggu dua lepas tu, sedang aku breakfast kat mamak, faizah sms aku... Dia kata Encik Kumar cari aku kat opis. Tak tau kenapa... pelik jugak aku tetiba je dia cari aku...ingatkan aku ada kes tatatertib.. hehe tapi tak mungkin la... lepas tu aku lupa pula nak call dia tanya kenapa dia cari aku sebab aku rasa tak penting pun... dua hari selepas tu dia datang lagi kat opis cari aku lagi... aku tanya dia

"hari tu encik cari saya ker? sorry lah lupa nak call semula....."

pastu dia mengiyakan dan dia cakap ngan aku,

"awak ada hutang dengan saya, bila nak bayar?"

dia cakap sambil tersenyum dan aku tau dia tengah bergurau dengan aku pasal isu punch card tu... tapi belum sempat aku menjawab, dia terus pergi.... ermmmm..

Sekarang ni yang merisaukan aku, Khamis lepas (beberapa hari selepas dia datang jumpa aku) aku dapat berita yang dia di masukkan ke ICU di Sunway Medical Centre. Alamak! tetiba jer rasa bersalah dan aku ajak kak wani singgah tingkat dua sekejap (tatatertib) untuk dapatkan kepastian betul ker Encik Kumar masuk ICU... yup! memang betul dan kami sempat berborak sekejap dengan staff2 kat tatatertib tu tentang kondisi kesihatan encik kumar tu. Bila aku cerita kat diorang tentang encik kumar cari aku kat trafik cops dan kata aku ada hutang ngan dia, terus diorang semua takut-takutkan aku.... adoi la... sungguh... aku terasa bersalah yang amat ni...

Sarjan Uthaya Kumar, harap encik cepat sembuh yer....

Gambar terbaru Encik Kumar di ICU yang aku curi (sebenarnya dah minta izin) dari facebook Ady.. thanks Ady..

21 Mei 2011

Jalan - Jalan Cari Makan : Masakan Kampung (Orang Asli)

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 21, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lokasi Jalan - Jalan Cari Makan kali ni bertempat di Kg Orang Asli Bt 28 Jenderam Hilir, Dengkil iaitu di rumah keluarga salah seorang rakan sekerja kami, Ain yang memang berasal dari sana. Kali pertama dapat menjejakkan kaki ke sana, memang satu pengalaman yang menarik... walaupun keadaan kampung tersebut yang serba kekurangan kerana ketiadaan bekalan elektrik, namun keadaan persekitarannya yang dikelilingi pokok-pokok menghijau mewujudkan satu ketenangan, kedamaian sehingga membuatkan anak-anak kak wani ingin terus tinggal di sana. Tidak perlu kipas, mahupun penghawa dingin.... suasana di sana memang mendamaikan...


Zon Orang Asli Jenderam Hilir

Surau

Hidangan masakan kampung... memang best!

Seronok bermain...

Skodeng Si Ayam (mana tau kot2 bleh buat lauk malam...hehe)

Rumah Pakcik Hassan Ali Sekeluarga







Aksi Anjing

Anak Sungai...

Ulat Beluncas...

Burung apa tah... Merpati kot?



Sapa2 nak pinjam menatang atas ni untuk kegunaan Farmville, bolehlah hubungi Ain untuk tempahan..
Anak-anak kucing yang sering menjadi sasaran hero2 kak wani...

 Cettttt.... kot yer pun, cover la skit... ni tempat awam beb... haha

19 Mei 2011

Mengaku sudah....

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 19, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Dalam entry yang sebelum ni, aku ada cerita tentang seorang yang menyamar jadi secret admirer aku sejak seminggu yang lalu. Walaupun naluri aku kuat mengatakan si penghantar sms tu adalah my good friend T~Ni, tapi dia tak nak mengaku jugak... penat aku paksa dia mengaku, tapi di nafikan sekeras-kerasnya... kata dia, semenjak dua menjak ni dia busy sangat dan tak ada masa nak sms aku.... so, bila dia dah cakap macam tu, aku malas nak kata apa walaupun dari lenggok dan bahasa yang digunakan memang aku yakin yang tu dia...

Malam semalam, sempat aku chatting ngan T~Ni kat Facebook... lagi sekali aku tanya dia pasal penghantar sms tu sebab setiap hari aku mesti terima sms dari 'secret admirer' tu... lagi sekali dia nafikan dan dia kata aku ni ada ramai sangat boyfriend sampai tak tau yang mana satu penghantar sms tu... boyfriend? abis tu laki kesayangan aku nak campak kat mana? huhu...

Pagi tadi dalam kul  8.07am dia sms lagi... dan setelah berbalas-balas sms, akhirnya jam 10.07am dia mengaku yang dia tu T~Ni... ermm.. memang poyo... geram pulak aku. geram dia tak nak mengaku awal2 yang dia sebenarnya hantar sms tu walaupun aku memang dah tau yang tu dia.... hampeh!

18 Mei 2011

Suka Atau Cinta?

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 18, 2011 0 comments
Sedar atau tidak, kita kadangkala terkeliru tentang perasaan yang wujud dalam diri kita. Antara cinta, suka dan sayang, sebenarnya mempunyai definasi yang berbeza. Pengalaman aku secara tak langsung banyak mengajar aku tentang erti semua tu...

Ketika zaman sekolah, seawal darjah 5 (11 tahun) aku dah mengenali cinta sedangkan aku pun tak berapa pasti ia boleh dikategorikan sebagai cinta atau tidak, biarlah aku gelarnya sebagai CINTA MONYET. Berutus surat menyatakan perasaan masing-masing, berkirim salam melalui orang tengah, sebenarnya satu pengalaman baru pada usia yang mentah dan ianya sangat mengujakan. Ada perasaan cemburu yang wujud bila diantara kami ada yang rapat dengan kawan2 lelaki/perempuan yang lain... merajuk... dan macam-macam lagilah...Bila diri menginjak ke alam dewasa, baru terfikir bahawa perasaan yang timbul dalam diri masing-masing pada ketika itu sebenarnya adalah perasaan SUKA dan bukannya CINTA.

Ketika zaman remaja,aku juga pernah melalui zaman 'percintaan'... perasaan yang biasa-biasa aje, kawan2 kita yang lain bercinta, kita pun nak bercinta juga... dah jemu bercinta dengan si polan, kemudian putus, dan bercinta dengan si dia yang lain pula... tiada istilah 'frustration' ketika putus... sehinggalah aku belajar di Universiti di selatan tanahair baru aku sedikit faham tentang istilah 'CINTA'..

Seawal semester pertama, aku pernah ter minat dengan seorang senior ni... dia seorang yang baik, pendek kata dia ni seorang yang lebih kearah Islamic... sangat baik... aku gelarkan dia 'Abang C'... aku suka sangat tengok muka dia, kalau terserempak dengan dia, mesti dia senyum dan tegur aku... alahai... sukanya aku... dan bila semakin hari aku semakin rapat dengan dia, aku perasan yang sebenarnya aku cuma suka dengan perwatakan yang ada pada dia... tak lebih dari tu... kat situ sebenarnya aku sendiri dah terkeliru dengan perasaan aku sendiri pada awalnya.

Kisah seterusnya berlaku antara aku dan seorang sahabat aku. Aku gelarkan dia Mr.N... Aku akui, aku sayang yang teramat sangat kat dia, tapi perhubungan kami tak boleh pergi jauh... Aku suka dia, aku sayang dia tapi perasaan kasih dan sayang tu sebenarnya adalah dari seorang sahabat kepada seorang sahabat yang sangat-sangat dikasihinya, tapi bukan dicintai. Sangat rumit, kerana perasaan awal yang wujud (perasaan suka) kadang-kadang mengelirukan kita sendiri dan lama kelamaan baru kita tersedar tentang perasaan sebenar kita. Mr.N juga seorang yang baik dan aku mengenali hampir seluruh ahli keluarganya malah ibunya pernah menelefon aku bertanya khabar... begitu juga adiknya yang selalu bertandang ke tempat kerja lamaku dulu.. katanya dia tiada kakak, so dia anggap aku ni kakak dia... tapi, hubungan kami hanya setakat seorang sahabat yang sangat2 sayang pada sahabatnya.

Cinta pertama aku : yang aku tak kan lupakan sampai sekarang... ARM@I.. Walaupun hubungan kami sekejap cuma, tapi kali ini baru aku dapat merasai perasaan tu. Perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ini walaupun telah beberapa kali melalui cinta monyet (barangkali)... Apa yang pasti, aku tak boleh bertentang mata dengan si dia.. aku jadi gugup, gelabah, gabra semuanya bergabung menjadi satu... kalau boleh aku nak larikan diri setiap kali ternampak dia... Begitu juga dengan dia. Kawan dia yang jadi orang tengah dalam usaha untuk menyatukan kami.... Dan kami sempat ber couple selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan untuk putus secara baik kerana kami sedar perjalanan kami masih jauh dan banyak perkara yang perlu diambil kira jika kami masih meneruskan percintaan kami. Frust juga, tapi bila mengenangkan itu adalah jalan terbaik, aku menerimanya dengan hati yang terbuka.

Meh la aku ambik cerita terakhir aku... kalau ikutkan banyak kisah yang aku nak kongsikan. Yang ni kisah perkenalan aku dan suami aku sekarang... Setelah hampir 4 tahun aku dan ARM@I putus, baru aku temui cinta aku yang memang kuharapkan sampai ke syurga. Walaupun dalam tempoh empat tahun tu sebenarnya ada juga aku kenal dengan dua tiga orang jejaka, tapi hati aku tak terbuka untuk terimanya... Perkenalan pertama dengan suamiku ni, boleh juga dikatakan cinta pandang pertama, sebab kali pertama aku terpandangkan dia, aku jadi tak tentu arah... aku tak boleh pandang mata dia, muka jadi berpeluh-peluh, mental aku tak stabil, aku rasa macam nak lari jer... hahaha! dan kebiasaanya kalau dia datang ke opis aku, aku akan masuk ke dalam bilik aku... sebab aku tak boleh jumpa dia... tapi, bila dia dapat nombor telefon aku daripada kerani yang kerja kat tempat aku, dan hari-hari dia called dan sms aku, aku tau dialah Mr. Right aku... dan aku benar-benar jatuh cinta dengan dia, bukan sekadar suka semata-mata... Alhamdulillah, setelah enam bulan perkenalan kami mengikat tali pertunangan dan melangsungkan perkahwinan setahun selepas itu...


 Kata Orang.....

 1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

17 Mei 2011

Kadar Baru Kompaun Saman

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 17, 2011 0 comments
Sumber : Facebook PDRM

Walaupun aku terlewat sikit untuk masukkan entry tentang kadar kompaun terbaru saman ni, tapi aku masukkan jugalah memandangkan kompaun saman ni memang termasuk dalam bidang kerja aku.... ramai yang bertanya kenapa ada saman yang naik harga seperti tali pinggang keledar, langgar lampu isyarat merah, tak pakai helmet dan pelbagai lagi kesalahan yang terus dikenakan kompaun sebanyak RM300... mungkin di sini ada keterangan dan di harapkan dapat menjawab persoalan ramai pihak....

Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay, The More You Pay'. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

**Sila klik image untuk paparan yang lebih jelas**




Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.


Alia : kita jangan menganggap yang kerajaan memberi bebanan kepada kita kerana terpaksa membayar kompaun saman yang tinggi atas kesalahan trafik yang kita lakukan. Ianya adalah bertujuan untuk mendidik kita secara tak langsung apabila berada di jalanraya... Cuba kita bayangkan jika kompaun untuk kesalahan memandu laju (contoh) hanya RM50/saman... saya pasti kebanyakan pengguna tak ambil endah dan akan sentiasa melebihi had laju kerana mereka merasakan RM50 hanya perkara enteng dan boleh dibayar pada bila~bila masa. 

Dengan ini, kadar kemalangan jalanraya juga akan meningkat dan semakin ramailah yang akan menjadi sebahagian dari statistik kemalangan jalan raya... begitu juga dengan kesalahan~kesalahan trafik yang lain. Saya dah menemui ramai pesalah trafik yang tidak puas hati dengan kompaun trafik yang dikatakan sangat mahal, tapi inilah realiti kehidupan. Salah tetap salah. Dan peraturan dicipta bukan untuk dilanggar, tapi haruslah diikuti kerana ianya dicipta bukan sewenang~wenangnya, kerana pasti ada kebaikan disebaliknya...

Menu hari ini : Nasi Beriyani Darat Pak Ngah

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 17, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Ni la menu aku tengahari sampai malam hari ni. Sebenarnya aku lupa nak ambik gambar lauk beriyani tu, sempat ambik gambar nasi je sebab nasi yang siap masak dulu. Bila lauk dah masak, terus mengadap sampai lupa nak ambik gambar. Ngeh3.

Takpe, lain kali kalau buat lagi aku masukkan gambar lauk beriyani aku dan kari dalca + terung. Kalau tak salah aku ni dah kali ke empat atau ke lima aku buat Beriyani Darat Pak Ngah... Senang, cepat dan lazat. Berbaloi~baloi...



 Dengan periuk nasi sekali aku amik gambar ni... hehe
Ini dia set Beriyani Darat Pak Ngah... semua dah ada dalam ni termasuk beras... tinggal beli ayam/daging jer... dan juga terung/kentang (kalau nak tambahlah, tak tambah pun takper)



Sekian Terima Kasih... ;)



Alia : sebenarnya hari ni aku tak berapa sihat... agaknya sebab cuaca yang tak menentu, kejap panas kejap sejuk... tekak ku terasa sakit, kepalaku pening.... tapi ku gagahkan juga untuk memasak nasi beriyani ni...

errrr... bosku yang baik ati.. boleh tak saya nak sambung lagi cuti lagi sehari?? bos baik.... bos ensem... boleh lah bos... *sambil mengenyitkan mata*


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Mei 2011

Mengunjungi rumah rakan blogger

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 16, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Malam tadi aku bermalam di Kg. Sungai Buntu, Penerok, Pontian kerana menziarahi nenek mertuaku yang sedang terlantar kerana sakit tua... Dan malam semalam aku sempat meronda~ronda sekitar bandar pontian... tak beli apa pun, saja jer jalan~jalan cuci mata bawak anak aku...

Pagi tadi, dalam pukul 10.30am, aku gerak balik ke segamat... sedih jugaklah sebab terpaksa berpisah dengan anak aku disebabkan dia bersekolah di Kota Tinggi... tapi nak buat macamana.. terpaksa juga la... (tp start jun nanti anak aku akan duduk semula dengan aku... yeaaayyyyy)

Balik dari Pontian, singgah sekejap Ayer Hitam untuk beli kerepek untuk mak aku kat segamat dan juga untuk empunya blog Resepi Ibu yang akan aku singgah rumahnya untuk melantak makanan yang dimasak oleh beliau.. haha!

Lebih kurang jam 1:30pm aku selamat sampai kat rumah beliau dengan perut yang tersangat lapar... apalagi, tanpa rasa segan silu aku pun menghadap la juadah yang ada kat depan mata....


Tarrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Nyum nyum.... Sedap sehingga menjilat pinggan..... Terima Kasih Ibu.... lain kali boleh la kita singgah lagi untuk makan masakan ibu yang sedap dan lazat tak hengat!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review