Sahabat

Halaman

27 Januari 2016

Langkawi : Riverra Inn

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni la tempat penginapan aku masa kat Langkawi aritu.. Riverra Inn yang terletak di Pekan Kuah. Agak selesa, sesuai la buat kami berdua... bilik pun okay, cantik... sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Dari Riverra Inn ni dekat je kalau korang nak pergi shopping barang2 kat Pekan Kuah tu.. jalan kaki pun boleh. Tapi larat tak larat je la korang nak angkut barang. Yer la.. macam aku, walaupun tak beli pinggan mangkuk semua, tapi beg untuk coklat je dah lebih 10kg. Ajer giler. Ni sebab dah terjanji la dengan anak2 nak belikan diorang coklat banyak. Haha! So better bawak la kereta kalau nak pegi shopping tu..

Ni la gambar gambar yang sempat aku ambil di Riverra Inn tempohari...






















21 Januari 2016

Kelengkapan Majlis Hari Jadi ~ partybuzz by NiezaLysha

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 21, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Hai semua ! Anda ingin mengadakan birthday party untuk si manja yang tersayang? Tak tahu mana nak dapatkan bekalan segala kelengkapan party dan decoration ideas??

Di sini jawapannya....

Partybuzz by NiezaLysha menyediakan perkhidmatan / menjual :


Balloons and decorations for party / event

Balloons delivery

Inflatable bouncer











For more details, feel free to buzz partybuzzbynl at 0133526877 /0166700264

dan juga

Visit / Follow Instagram



Thanks ya!


Dalia : Tolong promote bisness kawan-kawan. 

Semoga maju jaya team partybuzzbynl !

20 Januari 2016

Diet Atkins : Setahun Bersama Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 20, 2016 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar hari ni dah setahun aku mengamalkan diet atkins. Errrr... sebenarnya kalau ikutkan, tiga bulan pertama jer aku betul betul ikut Diet Atkins ni, lepas tu aku kelaut dalam... cuma aku control makan agar berat aku tak naik banyak. Apa yang aku buat, kalau berat aku naik sampai 3-4 kg, aku akan diet semula dalam seminggu, lepas tu confirm turun balik 4kg.. bila dah turun, aku makan semula apa yang aku nak makan... bila berat naik, aku diet semula... dan begitulah seterusnya... teruk kan aku??? awal awal diet je aku bersemangat waja, memang takder nafsu nak makan karbo karbo tu. tapi sekarang, pantang nampak roti, kek, nasi, kuih muih.. rasa nak makan jer semua tu...

Cuma ada sekali tu berat aku naik sampai 7kg.. apa taknya, balik kampung tengah musim buah rambutan, memang aku melantak sungguh sungguh buah rambutan tu. Balik Subang, timbang berat... ya Allah.. 7 kg naik.. dan dan terus diet.. tp seminggu lebih jer. bila dah turun semula 7kg, aku stop diet. Ishhhh.. padahal kalau ikutkan aku masih gemuk lagi ni, belum kurus lagi. 10kg lagi kena turun kalau aku nak dapatkan berat ideal... tapi... entahlah! aku pun tak tahu bila aku nak insaf ni.. alasan yang aku selalu bagi, kalau aku kurus, terpaksa pulak beli baju baru, sebab baju yang sedia ada ni pun dah besar dah.. hahahah! poyo!

Ok azam aku. Balik dari bercuti dari Langkawi minggu depan, aku nak start semula diet atkins ni untuk dapatkan berat badan ideal, sesuai dengan ketinggian aku ( errr... kependekan sebenarnya) Dan semalam aku dah beli stok Konjac... lepas ni kalau rindu nak makan mee ke nasi ker, dah boleh makan dah tanpa perlu menahan nafsu. hehe!



Ni aku sebelum ber Atkins... lepas bersalin anak pertama, memang berat naik mendadak...  macam2 ubat kurus aku makan, termasuk berabis duit kat London Weight Management... tapi poket je yang kurus, badan tetap gemuk...

ni masa walkathon kat IPD aku.. masa ni berat badan aku cecah 90++kg... gemuk giler... aku pun malu nak tengok. haha!
hasil selepas setahun  berdiet atkins. takder la kurus, tapi sekurang kurangnya kecik sikit la dari bentuk badan sebelum... haha! Hujung bulan ni akan cuba start DA semula untuk kurangkan lagi 10kg. In Shaa Allah... Aamin.

(errrrr... gambar ni fefeeling ala ala Kajol dalam filem Dilwale. Sila jangan muntah yer... haha!)

kecik la sikit dari dulu.. walaupun masih bawah kategori overweight.. hahaha!

19 Januari 2016

Lirik Lagu : Januari ~ Glenn Fredly

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 19, 2016 2 comments


Januari
Berat bebankuMeninggalkanmuSeparuh nafas jiwakuSirna...
Bukan salahmuApa dayakuMungkin benar cinta sejatiTak berpihakPada kita
KasihkuSampai disini kisah kitaJangan tangisi keadaannyaBukan karena kita berbeda
DengarkanDengarkan lagu.....lagu iniMelodi rintihan hati iniKisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatikuHooo ....... Pergilah
Oh....KasihkuSampai disini kisah kitaJangan tangisi keadaannyaBukan karena kita berbeda
Wooou ... DengarkanDengarkan lagu.....lagu iniMelodi rintihan hati iniKisah kita berakhir di Januari
Woo..ho wohoho wo...wowohoowo ... yeee..... oh...Dengarkan lagu.....lagu iniMelodi rintihan hati iniKisah kita berakir ... wohoBerakhir.... berakhirBerakhir di JanuariBerakhir di Januari

Status Blog #66

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 19, 2016 3 comments

18 Januari 2016

Status Blog #65

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 18, 2016 0 comments

Tetiba terasa macam nak cakap sesuatu pasal bespren aku ni... nama dia Nursyuhadaa Selamat... aku panggil dia Sue.. aku save nama dia dlm phone, Sue Senget. Apa yang aku suka tentang dia ni, ko marah la dia camana pun, ko hentam la dia camana pun, ko perli la dia camana pun... reaksi dia... "ada aku kesah???"

Dia tak amik hati pun. Dia tak makan hati pun. Kami sama2 tak kisah. Sebab dia pon selalu buat aku macam tu. Hah! Kalau gaduh pun, abis macam tu jer.. pastu gelak2 semula. Korang rasa, ada ke orang lain yang boleh ngam dengan Sue ni? Aku rasa la, aku sorang je yang boleh ngam dan boleh tahan dengan perangai gila dia. Hahahahha!

Sekian sesi membodek untuk hari ini. Harap2 esok dia belanja aku lunch...

17 Januari 2016

Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Selangor 2016

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 17, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada minggu lepas (11/1 - 13/1/2016) telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Selangor 2016. Walaupun aku tak main, tapi aku yang happy kemain.  Bukan apa, IPD Subang Jaya berjaya merebut gelaran johan. Alhamdulillah. Tak sesia aku lari dari dewan peperiksaan terus ke KSL Sport Centre, Puchong Utama untuk support kawan kawan aku ni.











































PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review