Sahabat

Halaman

10 Mei 2016

Hiking @ Bukit Broga 2.0, Semenyih Selangor

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 10, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...



Aku dah mula rasa gian untuk mendaki. Lama sikit tak mendaki aku mula rasa tak keruan. Tak kisah lah bukit apa, asalkan bukit. Tinggi ke rendah ker waima Bukit Bintang, Bukit Jelutong, Bukit Damansara, Bukit Kerinchi, Bukit Aman pun aku tak kisah asalkan namanya bukit.. haha! (senget)


Ahad malam tiba tiba jer aku dapat ilham nak panjat Broga pada Isnin (9/5/2016) pagi tu. Almaklumlah aku off Isnin tu... daripada tak ada apa nak buat kat rumah, baik aku isi dengan aktiviti kan? Dengan persetujuan housemate aku, Isnin pagi kami gerak ke Semenyih dengan penuh doa dan harapan agar hujan tak turun. Dan Alhamdulillah, cuaca cantik!


Seronoknya hiking week days ni, orang tak ramai tak macam kali pertama aku panjat Broga tempoh hari. Waktu tu, kat atas bukit pun boleh jem dengan orang. Ramai sangat... nak bergambar pun kena pandai2 menyelit untuk cari pemandangan yang cantik.Tapi pergi kali ni memang best la.. umpama Broga itu aku yang punyaaaa!! yeaahhh!



Jom tengok gambar2 aku kat sana...


















Membaca Jambatan Ilmu (hoiiii! agak2 la nak membaca kat atas bukit tu!)


Duhai angin... sampaikan salam rinduku pada si dia yang semakin menyepi....






Mak Bedah adik Mak Jemah...





























Sampai rumah, masing2 tertidur, kepenatan... Zohor pun dah kul 3 lebih.. dalam kul 5 lebih, encik asben ajak keluar pegi makan steamboat kat Big Spoon Steamboat & Grill.. sempena hari ibu katanya... aduiiii... baru jer pagi tadi bakar lemak, petang cover balik lemak yang dah terbakar tu.. Isk..

Camana nak kurus ni????

06 Mei 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 06/05/2016 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 06, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti pagi tadi... program gaya hidup sihat IPD Subang Jaya... memang berpeluh2... almaklum lama dah tak bersukan... hehe!



Wefie beramai2...
Dengan Sue Senget... 

Ye ye aku tahu aku makin gemuk. Naik dekat 8kg dah... takper takper Isnin ni aku start diet balik. Mana tahu raya ni dapat macam badan Zara Zya... hahaha!

*kenapa Zara Zya? - sebab ketinggian kami sama... kelebaran jer berbeza... huk huk!

Trekking @ Santuari Ikan Sungai Chilling 2.0

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 06, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada Sabtu lepas, 30/4 aku dengan beberapa orang geng2 outdoor telah ke Sungai Chiling buat kali kedua. Ini adalah atas permintaa bespren aku, Sue Senget yang tak dapat nak join kami masa kami pergi kali pertama sebelum ni.

Untuk tidak menghampakan permintaan dia, so aku ok kan jer... memang aku tak kisah pun.. kebetulan minggu ni memang aku tak ada kelas. dengan si kecik tu pun aku bawa sekali...



singgah dulu kat empangan ni untuk bergambar... tapi air nampak makin surut.. tak macam masa kali pertama kami datang sini...
bersemangat Sue dengan Najib....
macam biasa, jurugambar mesti jalan kat depan sekali... haha!
si kecik ni ni pun sama bersemangat... dari awal tu dia gerammmmm je bila nampak air.. sampai satu ketika dia taknak bergerak sebab tak sabab nak main air.. haha~
sibuk nak bawak boya dia tu... mama nak tolong bawak kan tapi dia tak bagi... (yerla... masa ni belum penat lagi)
terpaksa meredah kayu kayuan dan balak...
tak ingat lintasan sungai yang ke berapa....
teruja!

selfie sokmo...
masa ni dia dah penat dah.. tapi kejap je papa dukung sebab dia nak berjalan semula bila dah hilang penat...
melalui celahan pepohonan buloh..
suka bila dah sampai air terjun...
mama dengan cik sue senget pun teruja gak nampak air terjun...

acah acah remaja bila buat muka camtu *perasan*
misi menyelamatkan si ikan kelah takut2 diorang kelemasan... *senget*
Jah ngan sue senget.. sibuk basuh kasut... hehe!
Jah ngan Nurra...
masa untuk balik ke pangkal jalan...









dak tecik  seronok dapat bagi ikan makan..




turun dari atas kami main air kat bawah pulak... dak tecik ni seronok sebab dapat mandi puas2 (itupun sebab dia tak nampak ikan.. haha)





PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review