Sahabat

Halaman

29 Disember 2015

Reinkarnasi 022 : Masa

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Kau kata kau perlu masa?
Berapa lama lagi kau mahu?
Seratus hari?

Kau kata kau perlu berfikir?
Berapa masa lagi kau perlu?
Seribu hari?

Sudahlah dengan alasan.
Tak mahu kata tak mahu.

Orang kalau betul nak, usaha.
Bukan lengah-lengah masa.

Aku bukannya bodoh.
Bongek.


The Faiz Ibrahim




Reinkarnasi 093 : Sedih

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.

Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.

Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.


The Faiz Ibrahim




Rehabilitasi : Sunyi

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Di ketika aku penuh cerita,
kau sibuk dengan kerja.
Aku punya beribu cerita dari pagi hingga senja,
yang aku mahu hanya cerita dan kongsi ditambah bermanja.

Tapi malangnya kau sibuk.
Dan aku sendirian,
sunyi dengan beribu cerita yang tidak bisa dicerita.

Ah, sedihnya rasa hati aku.
Jahat majikan kau.
Buat kau sibuk, sehingga aku rindu.
Tak apalah, aku tidur dulu,
walau hati aku rasa sayu.
Nanti dah balik,
jangan lupa wish malam dan i love you.
I tunggu you...


The Faiz Ibrahim




Status Blog #63

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments

Aktiviti hari ini :

Program Gaya Hidup Sihat  - Larian 2.4km kat Kompleks Sukan MPSJ.. fhewwww! cukup la untuk bagi kecergasan aku untuk mulakan kerja hari ni... ( Jangan suruh aku lari lebih2 km, tak kerja aku nanti sebab sakit-sakit badan)

haha!



26 Disember 2015

"Darling"

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 26, 2015 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Tetiba jer rasa rindu kat arwah atok dan nenek (sebelah mak).. arwah atok dan nenek sebelah abah pulak, memang aku tak pernah jumpa dia sebab arwah Tok Amat meninggal pada tahun 1972... arwah nenek pulak aku tak pasti meninggal tahun bila. Yang pasti kedua2nya meninggal sebelum aku lahir lagi ke dunia ni... So aku memang takder kenangan langsung dengan arwah atok dan nenek aku sebelah abah.

Tapi dulu aku memang rapat dengan arwah atok dan nenek belah mak aku. Arwah nenek aku meninggal tahun 1991 manakala arwah Tok Kin pulak meninggal tahun 1996... Memang sedih sangat sebab dulu aku memang rapat dengan keduanya... Arwah Tok Kin dan nenek sejak aku kecik lagi panggil aku dengan panggilan 'darling' sampaikan makcik2 dan pakcik2 aku pun panggil aku 'darling'...

Dan dalam ramai2 cucunya, cuma aku yang diberikan seekor lembu masa aku kanak2 (jangan pelik ya.. maklumlah... aku ni orang kampung), dan lembu aku tu diberi gelaran 'lembu darling'.. tapi lembu darling tu dah selamat disembelih waktu bah besar kat kampung aku, Kg Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Ingat lagi kenangan tu... kami mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Rendah Buloh Kasap untuk beberapa hari. Eh! siap masuk tv3 tu.. glamour tau walaupun nampak sipi2 jer.. pastu pembaca berita tv3 tu pulak kakak sepupu aku (kak Mala). hahah! nasib baik wartawan tu tak interview Mak Long aku.. kalau tak anak baca berita, kisah mak dia yang jadi mangsa banjir. hehe!

Eh! Masa banjir tu aku sebenarnya saja je menyibuk kat sana, walhal rumah mak abah aku tak banjir pun... rumah atok ngan nenek jer yang banjir... bukan apa, aku suka sangat makan makanan yang disediakan kat pusat penempatan banjir tu. Biskut tawar pun jadi sedap... Paling best dapat makan nasi dengan lauk sardin dan kicap... wallah! sedapnyaaa.. wow! gituu!  hehe! Tapi kalau cerita pasal banjir ni, dulu, setiap tahun pun kampung aku ni naik air. Maklumlah dekat dengan sungai dan paya. Cuma teruk tak teruk jer la... biasanya kalau banjir biasa, kategori normal, aku dengan abang sepupu aku, Idham pinjam sampan arwah Tok Kin, pergi tangkap ikan guna penapis santan arwah nenek aku (Bila di ingat2kan semula, nasib baik la takder pengalaman sampan terbalik.. aku kecik lagi kut masa tu.. Idham pulak cuma tua setahun jer dari aku)

Ermmm... memang banyak sangat kenangan terindah zaman tu... rindu sangat!

Sekarang, dah bertahun aku tak balik Kg Kuing Patah. Pak Uda dan Mak Uda aku yang rajin ke sana, mengemas apa yang patut. Bersihkan rumah dan kebun. Panggilan 'Darling' pun dah lama aku tak dengar walaupun kadang kadang ada juga sekali sekala makcik2 aku terpanggil aku dengan panggilan tu. Sebenarnya ia agak janggal skit pada pendengaran aku sekarang. hihu!

Tapi yang pasti, bila kenangan zaman kecil tiba2 menjengah, aku jadi rindu... rindu pada arwah Tok Kin dan nenek... dan semuanya yang pernah hadir dalam hidup aku pada masa tu.. termasuklah... si lembu Darling...


Al - Fatihah....




24 Disember 2015

Rehabilitasi : Hati Keras

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 24, 2015 2 comments


Berulang kali kau kata.

Aku hati keras.
Aku heartless.

Ah tipu.

Sebenarnya hati kau lah yang paling penuh rasa.
Tapi kau sorok.
Mungkin kau pernah dipermain,
Mungkin juga kau sudah letih,
dengan segala drama yang dimain.

Ya, sebutlah kau berhati keras berulang kali.
Semua tahu kau sudah terluka dan tersasar,
dan cuba sembunyi dengan berkata besar.


The Faiz Ibrahim



Khasiat Ikan Salmon

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 24, 2015 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan ikan salmon. Sebenarnya sebelum ni aku tak berapa suka sangat dengan encik ikan salmon ni, bukan apa, mungkin masa kali pertama aku makan ikan ni, masakan yang aku makan tu tak sesuai dengan citarasa aku. Then makan kali kedua, pun tak menepati citarasa aku, so aku ambil keputusan untuk tak suka pada salmon ni. Kesian encik ikan salmon...

Beberapa bulan lepas, kebetulan kawan aku ada bagi beberapa ketul ikan salmon ni. Mula2 aku rasa macam tak berapa berminat, tapi disebabkan keinginan nak cuba masak sendiri (maklumlah, yang makan sebelum ni semua orang bagi yang dah siap masak), aku mulalah meminta bantuan dari pakcik google, masakan yang sesuai bagi encik ikan salmon ni...

Hasil yang aku dapat, kebanyakan mereka mereka di luar sana suka grill separuh masak dan dimakan bersama sos lemon. Aku pun ambil keputusan untuk cuba resepi ni. Nampak ringkas dan mudah cuma memandangkan aku dalam proses menurunkan berat badan aku yang terlebih berat ni, so aku ubah skit menu tu ikut suka hati aku. haha!

Ok. First time masak ikan salmon ni, reaksi aku tatkala suapan pertama tu, rasa macam nak menangis jer... Menangis bukan apa, menangis sebab menyesal aku masak sekeping jer... sedap sangat! mana cukup sekeping! menyesal!!

Dan itulah yang aku rasa....



Semenjak tu, ikan salmon ni dah jadi macam kawan baik aku. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua aku akan masak ikan salmon grill ni.. cuma aku tak buat sos, sebab pada aku tu je pun dah cukup sedap. Cuma kadang2 aku pelbagaikan dengan tambahkan sayur2an seperti brokoli, cauliflower, asparagus, capsicum dan lain2... Dan kadang2 juga aku suka cairkan cheddar cheese kat atas salmon yang dah di grill tu. Memang sedap lebih2 lagi makan time panas! Fhewwwww! Ohsem! Tapi terpulanglah pada citarasa anda semua sama ada inginkan masakan secara grill, asam pedas, sup, kari, dan lain-lain... cuma bagi aku, grill ni dah sedang elok la dengan tekak aku... hehe! (Yang sebenarnya malas nak masak.. grill paling cepat dan mudah.. tak sampai 10 minit dah siap)

Okay. Berbalik semula pada kisah khasiat ikan salmon ni. Ikan salmon selain dikenali juga sebagai makanan bagi otak ia juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit agar kulit kelihatan segar dan sihat. Ikan salmon dapat membantu mengurangkan terjadinya kedutan pada kulit wajah dan juga memelihara penampilan kulit agar sentiasa sihat. Oleh itu, bagi adik2 semua, makanlah ikan salmon dari awal lagi, jangan nanti umur dah macam akak baru sibuk nak makan... konon2 taknak berkedut, padahal sana sini dah berkedut. Terlambat plak, tapi masih boleh diperbaiki... hehehe...

Okay. Mengapa ikan salmon? Kerana ikan salmon adalah ikan yang kaya lemak tak jenuh Omega 3 yang dapat mengurangkan penghasilan partikel yang menyebabkan radang dalam tubuh yang masuk melalui kulit. (Lemak tak jenuh adalah sejenis lemak yang molekulnya tersusun dari rangkaian atom-atom karbon yang memiliki satu ikatan ganda. Ikatan ganda ini menyebabkan molekul lemak tersebut tidak jenuh atau masih boleh menambah atom hidrogen. Lemak tak jenuh tunggal biasa disebut lemak baik kerana memilik manfaat bagi kesihatan diantaranya membantu mengurangi penyakit jantung dan menurunkan kadar kolesterol. Beberapa makanan yang mengandung tinggi lemak tak jenuh tunggal selain dari ikan salmon diantaranya adalah minyak zaitun, kacang badam, dan buah avocado) Salmon juga mengandungi protein yang tinggi, coenzim Q-10, dan juga kaya dengan Dimethylaminoetahnol (DMAE).

Secara ringkasnya, khasiat ikan salmon adalah seperti berikut :

1. Mencegah Penyakit Jantung
Ikan salmon mengandung asam lemak omega-3 yang membantu mengurangi kolesterol dan trigliserida, mempertahankan kelenturan pembuluh darah, dan menguatkan otot jantung.


2. Mencegah Hipertensi
 Asid lemak omega-3 membantu mengendalikan tekanan darah sehingga mencegah hipertensi (tekanan darah tinggi).


3. Menjaga Kesihatan Mata
Asid lemak omega-3 dan asid -asid amino membantu menjaga kesihatan mata dan mencegah degenerasi makular, mata kering, dan keletihan mata.


4. Melindungi Tubuh Terhadap Radikal Bebas
 Ikan salmon kaya selenium, suatu mineral yang membantu tubuh melindungi sel-sel tubuh terhadap kerosakan radikal bebas yang dapat melemahkan sel-sel tersebut terhadap serangan penyakit.


5. Melindungi Kulit
Asid lemak omega-3 diketahui memiliki kesan anti inflamasi (anti radang) yang dapat melindungi kulit terhadap sinar matahari dan kanser kulit.


6. Mengurangi Depresi
Asid lemak omega-3 berperan mengurangi depresi dan menjaga mood yang baik.


7. Melindungi Tubuh terhadap Kanser Ginjal
Asid lemak membantu melawan carcinoma sel ginjal yang merupakan bentuk kanser ginjal yang paling umum.


8. Menyihatkan Otak
Asid lemak omega-3 di otak yang membantu fungsi otak dan berperan mencegah penyakit Alzheimer. Asid lemak omega-3 juga membantu mencegah stroke karena mengendalikan kolesterol darah dan menyihatkan pembuluh darah.


9. Mengurangi Risiko Diabetes Type 2
Asid lemak omega-3, vitamin D dan selenium yang terdapat pada salmon membantu kerja insulin yang mengontrol kadar glukosa darah sehingga mengurangi resiko diabetes type 2.


10. Membantu Mengurangkan Berat Badan
 Ikan salmon dikenali sebagai makanan yang mempercepat  kadar metabolisma sehingga dapat mengurangkan penambahan lemak dalam badan.



23 Disember 2015

Status Blog #62

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 23, 2015 2 comments

Apa saja yang kita buat ada sebabnya. Tapi kalau penyebab yang menyebabkan kita buat perkara tu tidak lagi menjadi sebab, rasanya tak perlu lagi kita mengharapkan pada penyebab itu. Sebab apa? Sebab penyebab itu telah menyebabkan mata aku menjadi semakin sembap dan otak aku menjadi semakin lembap.

~ Aku pun tak pasti sebab musabab apa aku post entry ni ~


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review