Sahabat

Halaman

01 Januari 2016

Promosi : Pakej Percutian Terlajak Murah Ke Krabi, Thailand ( RM349 + RM40 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 01, 2016 2 comments
Makluman

* Pakej RM349 ini adalah terpakai bagi bulan April - Disember manakala bagi Januari hingga Mac, tambahan untuk kos hi-season adalah sebanyak RM40.

Assalamualaikum wbt...

Aduhai.. terkenang-kenang dan teringat-ingat percutian ke Krabi bulan Oktober yang lepas. Kalaulah aku takder kelas setiap hujung minggu, memang aku nak pergi lagi ke sana. Amik pakej kat Pak Su, memang berbaloi - baloi... TERLAJAK MURAH!!!

Sebelum ni aku pernah ke Krabi dengan menaiki flight, tapi pengalaman melalui jalan darat adalah lebih manis dan seronok berbanding dengan perjalanan udara! Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan... haihhhh la rindunyaaaa...Walaupun pada asalnya kami plan nak main redahhhh jer, tapi bila memikirkan masa kami yang ada hanya 3 hari saja kat sana, mungkin ianya akan kelam kabut skit, melainkan kami ada masa seminggu kat sana.. dan syukurlah kami terjumpa pakej TERLAJAK MURAH!!! ni... sekurang-kurangnya percutian kami terancang dan masa dapat diisi dengan sempurna.


Pada korang semua, kalau korang nak pergi ke Krabi dengan harga bajet bolehlah call Pak Su untuk pilih tarikh yang sesuai...


Rizal (Pak Su Krabi) : 012-3421029 
(Call / Whatsapp)


Boleh pilih mana2 tarikh yang bertanda merah ya!
Check It Out !!

Oh ya! Pakej ni bermula di Bukit Kayu Hitam. RM349 (tambahan RM40 bagi bulan Jan -Mac 2016)..

 So?? Apalagi?? Jom la pakat ramai2 bercuti ke Krabi... pakej yang sangat murah, memang berbaloi-baloi..
 
Pakej Krabi 3 Hari 2 malam TERLAJAK MURAH !!!

 CALL/WHATSAPP :RIZAL (PAK SU KRABI)  012-3421029

Pakej termasuk :

- Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam ke Krabi.
- Hotel 3hari 2malam di Aonang.
- Island hopping ( bot pusing 4 pulau)
     *Poda Island
     *Tub Island
     *Chicken Island
     *Pranang Beach
- Snorkeling (sampai puas)
- Free lunch at the beach semasa Island Hopping
- Krabi city tour
    *Black Crab
    *Nok Awk
    *Krabi Walking Street
    *Elephant Trekking
    *Gastropod shell fossil
    *7 Heaven
- Perjalanan pulang singgah di Hatyai
   *floating market

 Super duper murah!!!! Jom join!!! PASTI ANDA BERPUAS HATI!!!

 Jadual Perjalanan:  

Hari Pertama:

8.00 a.m - Berkumpul disempadan Bukit Kayu Hitam
8.30a.m - Cop passport di Malaysia dan Thailand
9.00 a.m – Bergerak ke Krabi
01.00 p.m – Lunch
04.00 p.m – Tiba di Krabi
04.30 p.m – Check-in
06.00 p.m - Shell Fossil (shopping mutiara)
07.00 p.m – Dinner
09.00p.m – Shopping di Krabi Night Market
10.00 pm - Aktiviti bebas

Hari Kedua: 

07.30 am - Breakfast
08.30 am – Bertolak ke Aonang Beach
09.00am-03.30pm – Aktiviti hopping 4 island & Snorkeling
06.00pm - 7 Heaven
08.00pm - Dinner
09.30pm - Shopping di Aonang walking street
10.30pm -- Aktiviti bebas

Hari ketiga: 

07.30a.m - Check-out
08.00a.m – Breakfast
9.30a.m - Elephant trekking
11.30p.m – Lunch n bergerak ke Hatyai
03.30p.m- Tiba di Hatyai Floating Market.
05.00p.m – Bergerak ke sempadan Bukit Kayu Hitam
06.30 p.m - Tamat


Korang boleh intai entry aku pasal percutian ni :

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 1 )

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 2 )






Selamat bercuti !!!

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

30 Disember 2015

Reinkarnasi 037 : Kasar

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 30, 2015 1 comments

Boleh aku tanya,
kenapa kebelakangan ini kau banyak berkasar?

Aku bertanya lembut,
kau jawab seperti tiada mood.

Aku hidangkan lauk,
ketika itulah kau ada work.

Boleh aku tahu kenapa dengan kau?
Jika aku ada tersalah,
bilang terangan dengan aku.

Tolong jangan siksa jiwa raga aku begini.
Rasa itu kurang enak dan aku tahu kau juga mengerti.


The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 026 : Sibuk

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 30, 2015 1 comments

Aku sibuk sebab aku sayang.
Kalau aku tak peduli,
aku tak susahkan hati aku ambil tahu begini.
Cuma kau, tak pernah langsung nak hargai.

Sudahlah.
Aku merajuk.
Cuma,
pastikan esok kau pujuk.



The Faiz Ibrahim

29 Disember 2015

Reinkarnasi 022 : Masa

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Kau kata kau perlu masa?
Berapa lama lagi kau mahu?
Seratus hari?

Kau kata kau perlu berfikir?
Berapa masa lagi kau perlu?
Seribu hari?

Sudahlah dengan alasan.
Tak mahu kata tak mahu.

Orang kalau betul nak, usaha.
Bukan lengah-lengah masa.

Aku bukannya bodoh.
Bongek.


The Faiz Ibrahim




Reinkarnasi 093 : Sedih

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.

Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.

Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.


The Faiz Ibrahim




Rehabilitasi : Sunyi

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Di ketika aku penuh cerita,
kau sibuk dengan kerja.
Aku punya beribu cerita dari pagi hingga senja,
yang aku mahu hanya cerita dan kongsi ditambah bermanja.

Tapi malangnya kau sibuk.
Dan aku sendirian,
sunyi dengan beribu cerita yang tidak bisa dicerita.

Ah, sedihnya rasa hati aku.
Jahat majikan kau.
Buat kau sibuk, sehingga aku rindu.
Tak apalah, aku tidur dulu,
walau hati aku rasa sayu.
Nanti dah balik,
jangan lupa wish malam dan i love you.
I tunggu you...


The Faiz Ibrahim




Status Blog #63

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments

Aktiviti hari ini :

Program Gaya Hidup Sihat  - Larian 2.4km kat Kompleks Sukan MPSJ.. fhewwww! cukup la untuk bagi kecergasan aku untuk mulakan kerja hari ni... ( Jangan suruh aku lari lebih2 km, tak kerja aku nanti sebab sakit-sakit badan)

haha!



26 Disember 2015

"Darling"

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 26, 2015 6 comments

Assalamualaikum wbt...

Tetiba jer rasa rindu kat arwah atok dan nenek (sebelah mak).. arwah atok dan nenek sebelah abah pulak, memang aku tak pernah jumpa dia sebab arwah Tok Amat meninggal pada tahun 1972... arwah nenek pulak aku tak pasti meninggal tahun bila. Yang pasti kedua2nya meninggal sebelum aku lahir lagi ke dunia ni... So aku memang takder kenangan langsung dengan arwah atok dan nenek aku sebelah abah.

Tapi dulu aku memang rapat dengan arwah atok dan nenek belah mak aku. Arwah nenek aku meninggal tahun 1991 manakala arwah Tok Kin pulak meninggal tahun 1996... Memang sedih sangat sebab dulu aku memang rapat dengan keduanya... Arwah Tok Kin dan nenek sejak aku kecik lagi panggil aku dengan panggilan 'darling' sampaikan makcik2 dan pakcik2 aku pun panggil aku 'darling'...

Dan dalam ramai2 cucunya, cuma aku yang diberikan seekor lembu masa aku kanak2 (jangan pelik ya.. maklumlah... aku ni orang kampung), dan lembu aku tu diberi gelaran 'lembu darling'.. tapi lembu darling tu dah selamat disembelih waktu bah besar kat kampung aku, Kg Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Ingat lagi kenangan tu... kami mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Rendah Buloh Kasap untuk beberapa hari. Eh! siap masuk tv3 tu.. glamour tau walaupun nampak sipi2 jer.. pastu pembaca berita tv3 tu pulak kakak sepupu aku (kak Mala). hahah! nasib baik wartawan tu tak interview Mak Long aku.. kalau tak anak baca berita, kisah mak dia yang jadi mangsa banjir. hehe!

Eh! Masa banjir tu aku sebenarnya saja je menyibuk kat sana, walhal rumah mak abah aku tak banjir pun... rumah atok ngan nenek jer yang banjir... bukan apa, aku suka sangat makan makanan yang disediakan kat pusat penempatan banjir tu. Biskut tawar pun jadi sedap... Paling best dapat makan nasi dengan lauk sardin dan kicap... wallah! sedapnyaaa.. wow! gituu!  hehe! Tapi kalau cerita pasal banjir ni, dulu, setiap tahun pun kampung aku ni naik air. Maklumlah dekat dengan sungai dan paya. Cuma teruk tak teruk jer la... biasanya kalau banjir biasa, kategori normal, aku dengan abang sepupu aku, Idham pinjam sampan arwah Tok Kin, pergi tangkap ikan guna penapis santan arwah nenek aku (Bila di ingat2kan semula, nasib baik la takder pengalaman sampan terbalik.. aku kecik lagi kut masa tu.. Idham pulak cuma tua setahun jer dari aku)

Ermmm... memang banyak sangat kenangan terindah zaman tu... rindu sangat!

Sekarang, dah bertahun aku tak balik Kg Kuing Patah. Pak Uda dan Mak Uda aku yang rajin ke sana, mengemas apa yang patut. Bersihkan rumah dan kebun. Panggilan 'Darling' pun dah lama aku tak dengar walaupun kadang kadang ada juga sekali sekala makcik2 aku terpanggil aku dengan panggilan tu. Sebenarnya ia agak janggal skit pada pendengaran aku sekarang. hihu!

Tapi yang pasti, bila kenangan zaman kecil tiba2 menjengah, aku jadi rindu... rindu pada arwah Tok Kin dan nenek... dan semuanya yang pernah hadir dalam hidup aku pada masa tu.. termasuklah... si lembu Darling...


Al - Fatihah....




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review