Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan

15 Oktober 2015

Status Blog #52

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 15, 2015 0 comments


Ada Orang Kata Aku JAHAT MULUT...
Ada Orang Kata Aku BUSUK HATI....
Ada Orang Kata Aku TALAM DUA MUKA...
Ada Orang Kata Aku MENGADA - NGADA...
Ada Orang Kata Aku TAK BOLEH TENGOK ORANG LEBIH...

Tapi Mereka Tidak Tahu...

Aku Bukan Seorang HIPOKRIT...
Apa Yang Terlintas Itulah Yang Aku SUARAKAN,
Mungkin Pada Kau Ianya Satu HINAAN,
Sedangkan Kau Bisa PERBAIKI Kelemahan,
Dari Apa Yang Aku KATAKAN.
Bukan MELENTING Tak tentu Pasal.

Maafkan Kerana Aku MELUAHKAN,
Ku Tak Mahu KEHILANGAN Kawan,
Biar Ku BERSUARA Dari Berdiam,
Kelak Tidak Menghasilkan DENDAM.


*Aku hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, yang semestinya tersentuh bila diri ini di beza-bezakan oleh mereka-mereka yang berkenaan. Mungkin sekali, dua kali, tiga kali, aku tak kisah... tapi kalau dah berkali2?? Robot pun punya perasaan tau! tak percaya tanyalah Doraemon....

*Aku sayang kau, kawan...


05 Oktober 2015

Riang Ria Cuti Sekolah : Kidzania Kuala Lumpur 2.0

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 05, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti kami pada Sabtu lepas.. oleh sebab dah terjanji dengan anak-anak kakak aku yang kat Melaka tu untuk belanja diorang masuk Kidzania, so hari ni je yang ada masa untuk bawak diorang semua...

Aku cadangkan korang kalau nak datang sini siap2 beli tiket secara online.. lebih murah dari beli tiket kat kaunter...




ok. sebelum mulakan aktiviti kena cashkan dulu cek kat CIMB... 




Aktiviti di selang selikan dengan nyanyian lagu tema Kidzania oleh kakitangan Kidzania




Bakal2 doktor gigi...

Cek mata.. diwajibkan sebelum mohon lesen memandu...

lepas cek mata, kena beli insurans kat Allianz Insurans....
Bila dah cek mata dan beli insurans, kena duduki ujian memandu... kalau dah lulus barulah dapat lesen... 

Ok. Lesen dah dapat... Apalagi... masa untuk meronda la.... tapi kesian kat adik.. tengok kakak dapat naik kereta, menjerit2 dia nak naik juga.. hahaha!

Ronda Ronda Kuala Lumpur.... haha!



Adik yang kebosanan...
Kepenatan..,.

Ahli bomba... padamkan kebakaran Hotel...


Tunggu giliran untuk jadi Pilot... peh! sejam kut tunggu giliran... satu sesi 20 minit... mama yang rasa nak terkucil menunggu...

Tu diaaaa... bakal pilot...




Masa untuk membuat burger MarryBrown...

Serius je muka masing2...

Ok.. lepas ni bolehla korang makan burger yang korang buat sendiri tu... mama jugak yang kelaparan.. haha!

Membeli belah di Mini Market...

Masa untuk bayar barang2 yang dibeli...

Sian budak ni.. monyok je muka dia sebab tak dapat join yang lain2 masuk Secret Agent sebab dia tak cukup syarat ketinggian... 


Ok. Kedai make up kat belakang tu yang jadi sasaran Ainul...

dalam proses untuk di make up...

Buat gelang manik sendiri...



Kejohanan Bowling Piala KPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 05, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada Jumaat (2/10) yang lepas telah diadakan Kejohanan 10 Pin Bowling Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid. Walaupun tak berapa pandai main bowling, tapi aku sertai juga kejohanan ni sebab dipaksa oleh Faizah, untuk jadi partner dia... haha!

Apa yang pasti, aku dah mula rasa seronok main bowling ni... yerla.. sebelum ni main suka2 jer takder apa perasaan pun... bila masuk tournament macam ni, semangat menjadi2 walaupun masa tu perut tersangatlah lapar... tekak tersangatlah dahaga... sampai tengok bola bowling yang tersusun cantik tu pun dah nampak macam meatball yang tersusun cantik dalam pinggan.. entah apa2 kan?? ni la padahnya bila tak bersarapan... ngeeeee!

*Gambar tak ikut susunan... nanti kalau aku ada masa aku akan cerita serba sedikit semasa kejohanan haritu..


*Sumber gambar : e- galeri PDRM dan sendiri.

Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid



Team trafik...

Sempat layan henpon dulu tu...




Ada gaya... (Zaihan... geng bola tampar juga)




Amboi cik din.. macam takder perasaan je

team balai Sunway... cer tengok pakcik Abu tu.. dah kenapa begitu?? excited ker? ngeeeeee!

Tuan OCPD

Cik Yazri...

Tuan KBKA dengan gayanya...

Tuan Lail dan partner, Tuan Rahman (Double Lelaki - trafik)

Yusry.. antara yang terror main...

hahahaha! ni la dua orang yang aku tak boleh tengok / jumpa... mesti nak gelak... kalau dua orang ni takde, mesti suram StaRT tu..

Tuan Norazmi yang sentiasa ceria.. (no.2 dari kiri)




Tempat kelima double lelaki..



ni la wajah2 Johan double wanita



Geng trafik... tempat kelima







Johan Single wanita... Ku Is..




Tempat kedua double wanita (balai USJ 8)




Sebenarnya malam sebelum pertandingan aku terpijak kaca.. nak menangis rasa... sakit sangat kaki aku.. tak tahu la siapa yang pecahkan gelas kat rumah tu tapi tak bersihkan lantai betul2.. semua tak mengaku buat.. haishhhlaa... kaki mama yang jadi mangsa.. menabir nabir darah keluar... bisa weh!

Esoknya masa nak keluar rumah, rasa macam tak boleh jijak ke lantai kaki... pedih.. tapi yang peliknya, bila dapat pegang bola bowling sakit tu hilang. entah kemana perginya... dan yang lebih pelik lagi, bila balik sampai rumah terasa sakit semula tapak kaki aku ni... sampai hari ni masih sakit lagi. haha!

Darah!!! Aku cedera parah!!!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review