Sahabat

Halaman

27 Januari 2016

Langkawi : Dataran Lang

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016


Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.
Sumber : Wikipedia
Amaran : Sekali lagi post kat sini mengandungi aksi selfie yang boleh membuatkan anda termuntah. Kalau tetap rasa nak muntah, sila ke tandas yang berhampiran anda. terima kasih.



























0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review