Sahabat

Halaman

07 Januari 2016

Kisah Balik Johor

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 07, 2016
Assalamualaikum wbt.....

Ini kisah ketika aku balik Johor tempohari. Jumaat pagi (1/1/2016) aku gerak dari Subang jam 5.30am menuju ke rumah ayahbonda di Segamat dan cabaran bila drive sorang2 ni bila dari Seremban sampai ke Segamat sepanjang jalan hujan tak berhenti. Dua tiga kali juga aku berhenti rehat. Lebih kurang jam 7.45am aku sampai Segamat dan aku terus ke Warung Soto Wageh, Kg Jawa untuk tapau sarapan yang sentiasa menjadi kewajipan aku kalau aku balik sana.

Sampai je rumah, mak dengan abah terkejut tengok aku. Apa taknya, aku memang tak bagitahu diorang pun yang aku nak balik. Bukan apa, aku taknak diorang risau kalau aku bagitahu yang aku balik sensorang seawal pagi. Lebih baik kena bebel kemudian dari buatkan dia risau tunggu aku sampai ke rumah...

Macam biasa, kalau kat rumah parent time sarapan la masa yang sesuai untuk berborak dan bercerita panjang2. Kebetulan kak ani pun ada balik. So rancak la kami bercerita tentang macam2 perkara.

Sebenarnya pun aku balik Segamat sekejap je. Singgah sekejap ambil restu aku nak exam minggu ni sebab aku nak terus balik Kota tinggi rumah mertua aku memandangkan anak2 aku ada kat sana. Lepas berborak kat meja makan, aku masuk bilik dan Zzzzzzzz sampai tengahari (buruk perangai... tapi nak buat camana... kalau aku tak cukup tido nanti mengganggu konsentrasi aku nak memandu - ya! ini adalah alasan)

 Lepas Zohor lebih kurang jam 2.30pm aku gerak menuju ke Kota Tinggi. Tapi sebelum tu aku singgah di Rejinah Segamat untuk beli stok stok baju kurung yang aku kira jauh lebih murah berbanding kalau beli kat rumah aku...

Sampai Kota Tinggi, aku tak terus balik rumah. Aku pergi cuci mata dulu kat pasar malam Kota Jaya, beli apa2 yang patut untuk dibawa balik ke rumah mertuaku...

Sampai rumah mertua lebih kurang jam 7 petang. Hai lah... terubat rindu dendam aku kat Ainul Mardhiah dan Arissa Qaisara...

Esoknya... dari Kota Tinggi aku ke rumah adik aku kat Kluang. Hajat hati nak singgah rumah Mak Ucu aku dengan Pak Uteh. Tapi memandangkan masa tak cukup, aku sempat melawat anak2 ayam ternakan adik aku jer.. dari rumah dia nak ke kebun pun ambik masa dalam 20 minit perjalanan... saja jer nak bawak budak kecik tu tengok ayam.. almaklumla.. biasa kat bandar tak jumpa ayam hidup... yang paling teruja si Arissa la... seronok dia dapat tengok ayam tu... mulut dia pun bising sama macam ayam ayam tu. haha!

*Gambar-gambar dibawah ini mengandungi elemen elemen syok sendiri (Selfie)... diharapkan jangan termuntah. 




ngan Adah...

ingat nak mancing ikan kat kolam belakang tu.. tapi tak bawak joran.. haha!

Anaklah ayam.. yaa auu auuu!




hajat hati nak mandi kolam... apakan daya mama tak bagi...

Selfie dengan ayam... 
peace yo!


Si Arissa menyambut kedatangan lori PPNJ...

Proses memindahkan anak ayam ke dalam lori...





peaceeeeee!

susah betul nak ambik gambar dengan si Arissa ni...
tengok.. kejap je dia dah lari...

Habis melawat ayam, kitorang pun balik Kota Tinggi semula... sampai rumah pun dah dekat jam 7.30pm.. lupa pulak yang budak budak ni nak sekolah esoknya.. haha! Malam tu terus siapkan barang barang sekolah. Yang paling teruja, si Ainul la sebab tahun ni dia masuk sekolah baru. Akan jumpa kawan kawan baru.. dan yang paling penting, cabaran dia untuk bersaing dengan sepupu dia Anaqi Irfan yang sentiasa cemerlang dalam pelajaran.

Yang paling best dan yang tidak dirancang, dak tecik Arissa pun dah mula masuk sekolah tadika. Pada asalnya dia cuma ikut Tok Abah pergi hantar si Anis ke Tadika KEMAS.. penyudahnya dengan dia sekali sekolah terus kat sana. Happy je muka. Tu yang bila mama nak bawak dia balik ke Subang, dia tak nak.. Adik nak pegi school, katanya... Adoilaaa.... penyudahnya mama duduk berdua je la dengan papa kat Subang.

Isnin pagi, aku gerak dari Kota Tinggi untuk balik ke Subang. Sedih gak sebab nak tinggalkan anak-anak.. tapi nak buat macamana... In Shaa Allah dalam masa terdekat akan balik semula ke sana untuk bawak dak tecik tu balik Subang. Mana boleh tinggalkan lama lama kat kampung... nanti mama rindu....











PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review