Sahabat

Halaman

02 Julai 2012

Riadah di pagi Ahad @ Bukit Cherakah

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012
Ya. Ini kisah semalam yang baru dikemaskini hari ini. Aktiviti beriadah di pagi Ahad bersama my BFF, Cik Syuhadaa Senget atau CSS... (harap dia tak baca) hahahahah!... Plan asal nak berbasikal kat Bukit Cherakah, tapi akhirnya kami jalan kaki jer pusing2 kat hutan tu disebabkan ramai sangat yang guna basikal, tak ada lagi untuk kami (sedeyyyyy)



CSS menginterprem di kala aku nak amik gambar peserta skytrex kat belakang tu..
 

Skytrex Adventure... Korang boleh pilih laluan SANGAT SENANG / SENANG/ SUSAH / SANGAT SUSAH.. ikut kemampuan masing-masing.. bagi aku dan CSS, kemampuan kami hanyalah sebagai PENONTON sahaja.. kihkihkih... takper takper.. memang next time kami nak mencuba, tapi bukan sekarang.. Ia perlukan kekuatan stamina dan minda. Ceh! Alasan. Gayat sebenarnya.. ;P
 
Sempat jugak CSS posing dalam bas sementara nak tunggu bas bergerak ke Taman Botani..

 


Taman Cendawan... tetiba teringat cendawan yang kat dalam peti ais rumah aku tu... entah bila la cendawan tu nak jadi sup sayur...

errrrr... lupa plak map apa nih!

CSS menuju ke rumah Empat Musim
CSS lagi... ;p







Sekarang ni Musim Panas... Kalau nak pergi Musim Sejuk, boleh datang hujung tahun nanti hingga Febuari kalau aku tak salah...
Keluar je dari rumah empat musim, aku dan CSS terus order Megi Goreng dari warung tepi jalan tu.. Lapar giler, maklumlah pagi tu kami tak sempat nak bekpes.

Hajat hati nak naik jambatan gantung ni, tapi ianya ditutup buat sementara waktu.
CSS berposing sakan... (errrr... pas dia, dia... pas dia, dia... kamera aku ni pun rasanya dah penuh dengan gambar CSS jer...hahahah! tapi tak kisahlah... ada jugak model untuk blog aku yang tak seberapa ni...kihkih)

Taman Haiwan
Wokeh bebeh... tu je aku nak cerita... apa2 pun next time aku pasti akan selalu ke Bukit Cherakah, Shah Alam... Yehhhaaaaaaaa!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review