Sahabat

Halaman

13 Disember 2009

Terkenang Semasa Dahulu Part 5 : Bercinta, Bertunang, Berkahwin

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 13, 2009
Aku kenal suami aku sekarang ni ketika dia melanjutkan pelajarannya IPTS di dalam daerah yang sama tempat aku bekerja. Kali pertama aku ternampak dia, dap dip dup jantung ku... rasa macam nak gugur... serius! aku tak boleh bertentang dengan dia, mesti aku jadik gabra. Untuk pengetahuan korang, asben aku ni lebih muda dua tahun daripada aku... Kiranya awal-awal dulu, untuk menghilangkan rasa gabra aku, aku bahasakan diri aku kakak... So takder la terasa gelabah sangat.

Lagi satu, aku juga berkawan dengan housemate a.k.a classmate dia jugak.. yang bestnya, kawan dia ni jugak suka kat aku dan selalu call dan sms aku hari-hari sampai kadang2 aku sampai tersasul panggil dia sebagai kawan dia. hahaha! kantoi. Nasib baik aku ada alasan kukuh (tak payah cerita lah)... Tapi disebabkan terkantoi tu la, dia cepat hantar rombongan meminang... hahaha! takut terlepas katanya. Padahal masa kami bertunang tu, dia masih lagi berada di semester akhir. Nasib baik parent aku tak kisah. Mak kata, rezeki ada di mana-mana. Walaupun dia belum bekerja lagi (belum abis belajar pun), tapi mak yakin dia mampu bahagiakan aku. Yela, aku pun takut2 juga masa mula2 kenalkan dia pada parent aku, sebab sebelum ni aku pernah bawak sorang kawan lelaki aku jumpa mak, dan mak awal-awal dah reject dia. Tapi asben aku ni, first time bawak jumpa parent, diorang dah suka.

Dan selepas setahun lebih ikat tali pertunangan, kami pun melangsungkan perkahwinan. Dia pun dah ada kerja tetap malah perbelanjaan perkahwinan kami dia sendiri yang bekerja keras selama setahun untuk mengumpulkan duit belanja, tanpa membuat pinjaman bank atau pinjaman dari ibu bapa dia. Aku sendiri tengok kesungguhan dia bekerja dan membuat part time job sehingga malam, membuat bisnes sampingan dan macam-macam yang diusahakan untuk mengumpul duit. Syukur Alhamdulillah, kami tidak perlu menanggung hutang yang entah bila berpenghujung jika membuat pinjaman bank untuk berkahwin.

Dan kini, setelah hampir enam tahun melangsungkan perkahwinan, aku sentiasa merasa bahagia meskipun hidup dalam suasana sederhana.

Sesungguhnya aku amat mencintai dia..... ;)

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review