Sahabat

Halaman

12 Disember 2009

Terkenang Semasa Dahulu Part 3 : Zaman Remaja

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2009

Dalam banyak-banyak kenangan ketika zaman remaja, aku teringat satu kisah dimana aku mula jatuh cinta dengan seseorang (masa aku form 4, dia form 5)... sebenarnya aku dah kenal dia sejak aku darjah enam dan aku sekelas dengan di sekolah petang (sekolah agama)... tapi pada masa tu, aku takder apa2 perasaan pada dia, lagipun aku kan boleh dikatakan kategori kanak2 lagi... tak tau apa-apa lagi, masih berhingus bak kata orang tua-tua...

Kisahnya bermula begini.... masa aku sekolah agama sekelas dengan R, aku memang rapat dengan dia... semuanya kami buat bersama, tapi kami sekadar kawan baik. Langsung tak terdetik pon kat hati aku yang aku akan jatuh cinta pada R... Masa form 1 sampai form 3, aku dah tak berapa rapat dengan dia. Mungkin disebabkan perasaan malu yang dah mula terbit dari diri aku yang semakin meningkat remaja membataskan perhubungan persahabatan yang terjalin diantara aku dan dia. Semakin lama semakin renggang... Aku tau dia sukakan aku sejak kami sekelas lagi... tapi aku yang selalu mengelak dan buat2 tak faham kerana aku tau perjalanan hidup kami masih terlalu jauh dan itu bukan waktunya untuk jatuh cinta mahupun dicintai.

Dan ketika aku form 4, baru aku sedar yang aku betul-betul cintakan dia. Malam tidur tak lena asyik teringatkan dia... Barulah aku tahu bagaimana perasaan orang bercinta. Betul kata kawan-kawan, cinta itu indah. Tapi aku juga sedar bahawa sakit kerana putus cinta tu lebih parah dari jatuh bangunan... sebab itu aku sentiasa bersedia dan tidak terlalu mengharap diatas perhubungan kami tu... Yang bestnya, walaupun kami bercinta, tapi tak seorang pun kawan2 kami yang tau waima teman baik aku sekali... bukan tak nak bagitau, tapi aku rasa segan pada diorang...  R pun macam tu jugak... hanya surat yang menjadi alat menghubungkan kami berdua... biarlah segalanya rahsia.

Satu kelebihan R yang aku suka ialah suaranya yang sedap. Teringat ketika dia menyanyikan aku lagu Lena Diulit Intan, memang terlena aku dibuatnya.... suara yang memang dari anugerah Allah. Aku betul2 sukakannya... serak2 basah tetapi merdu... macamana tu ya? haha! Satu lagi lagu yang aku rindu nak dengarkannya ialah lagu dari Rahmat, Hanya Setitik Kasih. Lagu ni pun R selalu nyanyikannya, dan aku suka...

Dan sekarang, 15 tahun telah berlalu. Ianya masih segar dalam ingatan aku dan menjadi kenangan terindah apabila sempat mengenali dia. Kerana cinta monyet, aku mula belajar mengenali cinta!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review