Sahabat

Halaman

09 Disember 2018

Hari Bertemu Pelanggan IPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 09, 2018 0 comments

Assalamualaikum....

Pada 13-15 Disember 2018, JSPT Selangor akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di dalam Negeri Selangor termasuk di IPD Subang Jaya. Dalam tempoh ini, saman bagi kesalahan trafik akan ditawarkan diskaun sebanyak 50% tertakluk kepada terma dan syarat.

Semua saman layak mendapat diskaun keceuali beberapa saman iaitu 

1. Saman kemalangan tahun 2018

2. Saman berstatus NC ( No Compoundable)

3. Saman berstatus waran tahun 2018

4. Saman dalam perbicaraan

5. Saman Ops Selamat tahun 2018

6. Saman berstatus mahkamah 

7. Saman berkaitan lori



Senarai kadar harga diskaun yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: 


1. RM 300.00  >>  RM 150.00

2. RM 250.00  >>  RM 130.00

3. RM 200.00  >>  RM 100.00

4. RM 150.00  >>  RM 80.00

5. RM 130.00  >>  RM 70.00

6. RM 120.00  >>  RM 60.00

7. RM 110.00  >>  RM 60.00

8. RM 100.00  >>  RM 50.00

9. RM 80.00   >>   RM50.00

10. RM 50.00   >>  RM50.00

11. RM 40.00  >>   RM 40.00

12. RM 30.00  >>   RM30.00


04 Disember 2018

Status Blog #113

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 04, 2018 0 comments

Selamat kembali 4 Disember ...

Satu tarikh
yang sering mengusik emosi aku.

Kenangan itu
sering membuat aku rindu.

Lantas melukakanku,
menyakitiku.

Biarlah,
Biar cerita itu
Menjadi sebahagian daripada
Kisah hidup aku...
Walau pedih.


Gambar : Sekadar hiasan

03 Disember 2018

Selamat Menunaikan Umrah

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 03, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Selamat menunaikan umrah buat mak, abah, adik (azhar) dan adik ipar aku (zila). Semoga mendapat umrah yang mabrur.

InshaaAllah... Aminnn...











25 November 2018

Hiking @ Bukit Pemanis, Segamat

By Dalia Hassan at Ahad, November 25, 2018 0 comments




























20 November 2018

Hiking @ Bukit Kepayang

By Dalia Hassan at Selasa, November 20, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sayang, aku mabuk kepayang! 
Ohoiiii!

Ok2.. Kali ni hiking geli2 kat Bukit Kepayang pulak.. Tahun ni memang pilihan bukit2 jer.. kalau gunung pun, gunung yang rendah jer. Boleh bawak bincang.

Bukit Kepayang ni treknya senang sangat. Yang tak senangnya, belum start hiking aku dah tak tahan nak terkucil. Terpaksa la aku menapak dalam 500meter untuk cari tandas. Nasib baik la ada kawasan perumahan Kepayang Height 2 kalau tak salah aku namanya, kat situlah aku tumpang tandas guard house diorang. Nasib baik melayu yang jaga bukan abanglaaa...


Aje teruk muka orang tak cukup tido + takder langsung bedak nak tepek kat muka. 
Kat sini kena guna tali... tapi takder la mencabar sangat... biasa jer so korang jangan risau...
 


Kejap je dah sampai puncak sebenarnya... Dalam beberapa minit jer cuma kami ni kalau boleh setiap tempat nak berhenti untuk bergambar. Itu adalah normal bagi kami.

 haha!

Jadi pengayuh basikal Grab, demi mencari sesuap nasi untuk kesinambungan hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan temberang...

lai lai sapa nak booking basikal grab ni boleh install dulu aplikasi Grab.
Port sesuai untuk membawang bagi makcik-makcik bawang...

Mengenang nasib diri... sendirian di perantauan...









Alah. Yang lain-lain tu semua gambar syok sendiri. Acah-acah anggota kumpulan penyanyi wanita hip hop kpop baru nak naik... bagi chance laaa...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review