Sahabat

Halaman

21 September 2014

Day 21 : Tempat Yang Aku Teringin Pergi

By Dalia Hassan at Ahad, September 21, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Sedar tak sedar masuk hari ke 21 dah cabaran 30 hari ni.. rasa macam tak percaya jer aku mampu buat almaklumlah biasanya aku ni memang yang jenis malas nak menulis, kadang-kadang naik bersawang blog aku ni... hehe!

Ok. Jom tengok tempat yang aku teringin sangat nak pergi dan belum pernah pergi....

ISTANBUL




Sumber Gambar : Pakcik Google


Bestnya kalau dapat pergi Istanbul... memang teringin sangat nak pergi...baru je semalam survey pakej ke sana... aduh mahalnyaaa!!! kena kumpul duit lagi ni... ya! mulai esok aku akan ikat perut! (percayalah!)

Alangkah indahnya kalau ada sesiapa nak sponsor aku pergi Istanbul... sponsor dari A-Z termasuklah duit poket... hahaha! Berangan!!!

ISTANBUL aku datang ! (dalam mimpi)

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
 
30 Days Blogs Challenge





Day 20 : Quote Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 21, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Quote kegemaran aku yer?


Nak tau?

Ni dia...

"Takper.... Hari ni jer...."

Dah 13 tahun dah aku setia dengan quote ni. Makcik aku pun dah hafal dah, apatah lagi mak aku.... Dia pun selalu usik2 aku dengan quote ni...

Masa bila aku gunakan quote ni? 

Masa makan la... Konon2 nak diet kan.. Tapi bila nampak makanan sedap2 depan mata, hilanglah segala diet tu tadi. Bila di tanya, jawapan aku,

"Takper.... Hari ni jer...."

Maksudnya hari2 pun hari ni jer... Ermmmm... Patutlah tak kurus2... He he

Oklah. Tu je...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


30 Days Blogs Challenge


19 September 2014

( Resepi ) Tempe Goreng Dan Sambal Kicap

By Dalia Hassan at Jumaat, September 19, 2014 0 comments

Kalau dah Johor tu Johor lah jugak... Sambal kicap memang tak tinggal..

He he he..

Al kisah petang tadi aku pergi IPK sebab nak settle kan skit perkara... Memandangkan aku pergi pun dah petang, memang aku tak plan pun nak masuk opis semula... Tak sempat...

So dari IPK aku terus je la balik rumah... Dalam perjalanan tu tetiba je rasa macam nak makan tempe goreng cicah sambal kicap. Peh! Lama tu tak makan.... Apalagi.. Singgah la kedai runcit beli tempe...

Sampai rumah, terus bancuh tepung untuk goreng tempe ni...



Goreng tempe ni senang jer...

Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit dan biji ketumbar. Biji ketumbar tu tumbuk dulu tapi jangan sampai hancur. Biar je berbiji biji tu, bila tergigit boleh menambahkan rasa enak tempe tu...

Tak percaya cubalah!

Bagi sambal kicap pula, ada pelbagai versi yang boleh kita ikut. Terpulang pada citarasa masing masing..

Yang ni resepi sambal kicap ikut versi aku..

Resepi 1.

Bawang putih, bawang merah, dan cili api digoreng dulu. Kemudian masukkan dalam blender bersama sama gula dan kicap. Campur air sedikit. Blend. Keluarkan dari blender.. Siap!

Kalau ikut resepi yang ni TIDAK perlu tambah belacan atau air asam jawa atau perahan limau. Dah cukup rasa dah. Tapi kalau korang nak tambah, takde masalah... Ikut citarasa masing2...

Resepi 2.

Tumbuk bawang putih dan cili sampai hancur. Masukkan gula kemudian masukkan kicap.. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian perahkan limau kasturi. Siap!

Aku lebih suka resepi 1. tahan lama sikit kalau simpan..

Sekian...
Daaaaaaaaaa!

Day 19 : Resepi Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 19, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Kalau nak ikutkan hati, memang banyak resepi kegemaran aku, almaklumlah aku ni memang jenis yang kuat makan. Antara favourite aku ialah ikan baung salai masak lemak cili api, daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, ikan pari masak asam pedas dan macam2 lagilah...

#‎cabaran30hari‬ ‪#‎kelabbloggerbenashaari

Tapi hari ni aku nak share resepi daging masak black pepper... Memang terbaik.. Sehingga menjilat kuali jari..


Cuma satu jer, kalau aku masak memang tak ada sukatan yang sebenar... main agak2 jer...

Resepi Daging Masak Blackpepper
  • Daging batang pinang / silverside / topside
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili api
  • Bawang holland
  • Bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis etc) - tak masukkan pun xpe.. ikut suka...
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu serbuk kari
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit sos cili
  • kicap

Cara2 Memasak

  • Tumbuk bawang putih, cili api, halia dan bawang merah... tumiskan bersama bahan penumis tadi...
  • Masukkan cili giling dan serbuk kari.. kemudian masukkan daging...
  • Masukkan sos cili dan kicap.. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi...
  • Akhir sekali, masukkan bawang holland yang dipotong nipis...

Tarrraaaaaaa....
Siappppp!


30 Days Blogs Challenge


Status Blog #22

By Dalia Hassan at Jumaat, September 19, 2014 0 comments
Rasanya dah sampai masa untuk aku pergi bercuti.. lama sungguh tak berjalan2 melihat keindahan alam... tapi nak pergi bercuti kemana ek? kena cari geng ni....

*syoknya kalau ada yang nak sponsor aku pergi Istanbul... He he mimpi la.

18 September 2014

Day 18 : Siri TV Kegemaran

By Dalia Hassan at Khamis, September 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Dalam banyak2 siri tv, aku paling gila cerita ni... MERLIN... memang best la... terbaikkkk..

Kalau cerita melayu, aku layan jugak cerita yang tv3 kul 7 tu.. best jugak drama2 tu.. paling aku ingat ialah 'Rindu Bertamu Di Abu Dhabi' dan 'Teduhan Kasih'..

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Apa pula pilihan korang?








30 Days Blogs Challenge

17 September 2014

Day 17 : 5 Perkara Yang Aku Rindui

By Dalia Hassan at Rabu, September 17, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah masuk hari ke 17 ni nak bercerita pasal perkara yang aku paling rindui pula...

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari


1. Rindu zaman sekolah. Terminat kat sorang cikgu ni. ensem banget. tapi malangnya cikgu ni dah bertunang dengan sorang cikgu perempuan yang mengajar kat sekolah aku jugak. frust. masa diorang kawin, aku sibuk menyanyi lagu "pelamin anganku musnah".. hahaha! sekolah2 lagi dah gatal nak kawin. Tapi yang syahdunya, target cikgu lain, cikgu lain pulak yang sangkut. cikgu tu seminggu dua tiga kali makan kat rumah, siap panggil mak bonda lagi.. adoila. please lah. sapa nak kawin dengan dia? tak sanggup aku kalau bangun tidur pagi2 tengok cikgu disiplin ada kat sebelah.. oh tidakkkk!

2. Rindu masa zaman kat uitm dulu... entah kenapa banyak sangat kenangan manis ketika tu. Paling aku ingat, masa aku wakil Uitm Segamat dalam Karnival Sukan Mahasiswa di Uitm Seri Iskandar, Perak.. masa tu aku main badminton.. rindu pada kawan2 satu kontinjen especially kawan2 satu pasukan badminton. Diorang sangat best especially "him".. hahaha! teeeeettttt! hanya tinggal sejarah...

3. Rindu sangat kat arwah atok dan nenek. ermmm.. kalau sebelah abah, aku langsung tak pernah kenal dan jumpa diorang. Masa aku lahir memang diorang dah tak ada. Yang aku sempat kenal cuma arwah atok dan nenek sebelah mak. Masa kecik2 memang aku rapat dengan arwah lebih2 lagi dengan arwah atok. dalam ramai2 cucu, rasanya aku kut yang dia paling sayang (perasan!).. memang dari kecik arwah atok dan nenek panggil aku 'darling".. sampai sekarang pun ada lagi makcik2 aku yang tersasul panggil aku 'darling'... bisa buat aku malu dong ah! hahaha!

4. Aku rindu kat housemate lama aku masa aku kerja kat Segamat. Teringat aktiviti2 yang kami lakukan setiap kali ada waktu yang terluang. Paling best adalah ketika dapat main badminton kat dewan sekolah convent. Join dengan budak2 pejabat tanah, MDSU, JKR.. lepas berpeluh sakan bakar lemak, kami pergi pekena "kueytiaw goreng basah pedas giler Mak Yam" kat Segamat Baru.. memang terbaikkkk!

5. Aku rindukan saat2 melahirkan anak. Sungguh tak tergambar perasaan itu. Pertama kali melihat wajahnya, hilang semua rasa kesakitan ketika bersalin dan hilang segala keletihan sepanjang mengandungkannya. Rindu saat itu. In Shaa Allah aku nak cuba tambah lagi satu... hehe!



30 Days Blogs Challenge

16 September 2014

Day 16 : Aku Lagi 10 Tahun

By Dalia Hassan at Selasa, September 16, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Untuk cabaran hari ke 16 ni, tajuknya adalah bagaimana aku 10 tahun lagi..


Secara ringkas...

Kalaulah aku panjang umur, mungkin ketika itu aku hidup bahagia disamping keluarga tercinta dan taraf hidup yang jauh lebih baik dari sekarang... berjaya dalam perniagaan.. berjaya dalam kehidupan.... In Shaa Allah. Aminnn.

Namun, andai ketika itu aku telah tiada, sedekahkanlah surahAl Fatihah buat aku.. sesungguhnya aku amat memerlukan...



30 Days Blogs Challenge

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review