Sahabat

Halaman

25 Julai 2014

Sakit Pulak Hati Kita

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa... hari ni sepanjang hari aku jadi panas baran....

Entah kenapa... aku rasa semua orang sangat menyakitkan hati....

Entah kenapa... jiwa aku begitu sensitif walau dengan perkara yang remeh....

Entah kenapa... hati aku mendidih dengan setiap kata walau hanya gurauan...

Pertama : Kecewa kerana boss tak benarkan pulang awal sedangkan boss besar dah bagi kelepasan separuh hari... bayangkan perasaan kecewa yang teramat sedangkan perancangan sudah dibuat. Tapi apakan daya, SYMP. Pasrah. Terbantut segala perancangan...

Kedua : Tentang my good friend (biarlah rahsia)

Ketiga : Tersadai tepi jalan disebabkan temperature kereta naik... panas kereta, panas cuaca sepanas rasa hati aku...

Keempat : Perangai si anak yang betul2 mencabar kesabaran aku. Apa yang dia buat betul2 menaikkan kemarahan aku walhal perkara yang sama juga dibuatnya sebelum ni.

Kelima : Yang paling buat aku marah... Sikap pak guard di kawasan rumahku yang sangat menyakitkan hati dari dulu lagi.. dua kali kereta aku bergesel dengan tong konkrit yang tak sepatutnya diletakkan disitu. Di jalan yang sempit dan diletakkan ditepi selekoh. Kali pertama aku dah sembur semula... ni kali kedua rasa nak suruh je dia yg bayar... tak sepatutnya letak tong tu kat situ.. alasan : supaya tiada kereta lain parking kat situ... hello... setiap rumah dah ada parking masing2... setiap rumah punya hanya 1 kad access... kalau ada kereta lain parking kat situ, maksudnya ko la yang tak buat keje benarkan kereta lain suka suki masuk.. apa taknya... asyik bergayut kat telefon... memang hilang sabar aku dibuatnya...

Ke enam : Marah dengan diri aku sendiri.. semenjak dua menjak ni tak tau kenapa sukar untuk aku kawal kemarahan dalam diri... sensitif. Kalau dulu hati kering... katalah apa saja... buatlah sesuka hati... aku langsung tak kisah... sekarang... sangat berbeza... cepat naik angin. Macam tadi, aku cuba kawal kemarahan yang dah bertunas sejak pagi. Penyudahnya.. jam  4pm hingga 4.20pm aku bertapa dalam kereta, menangis. Terperasan ada mata yang memerhati, aku berlalu pergi.. dua minit.. menangis lagi sepanjang jalan pulang. Mungkin itu cara aku meredakan kemarahan. Redakan tekanan. Aku pun tak faham....

Ermmmmmm....

Sakit pulak hati kita....

Spam? Malware? Komen?

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 25, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lepas satu, satu la masalah yang menimpa blog aku ni... sebelum ni aku pernah update pasal entry yang entah sapa2 publish kat blog aku ni.. boleh tengok kat sini dan sini. Dan dah settle pun masalah tu... Puas la aku yang agak tak berapa pandai ni cari macamana nak selesaikan masalah tu, akhirnya berjaya juga... Dan sekarang, masalah baru pulak yang timbul...

Entah kenapa banyak betul komen komen spam yang masuk... tension betul aku... cer tengok ni...



Tu je ada 242 komen... yang aku dah delete je ada beratus... benda ni la yang menyebabkan blog aku dijangkiti virus malware tempohari. Tension kan????

Atas bantuan rakan blogger yang juga merangkap teman seopis dari blog ini, dia mencadangkan agar aku on kan semula Word Verification agar tiada komen2 yang datangnya dari 'bukan manusia'... hahahha!


Dan kini, hidup aku semakin aman dan bahagia tanpa gangguan dari 'bukan manusia' ni... dan aku harap juga korang bersabar la untuk menelek word verification tu sebelum nak post komen.. hamba terpaksa ok! terpaksa meletakkan ia supaya tiada makhluk perosak yang bisa membinasakan blog aku ni...

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

21 Julai 2014

Cerita Sebelum Ramadhan : Office Potluck

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 21, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Ini pun cerita sebelum Ramadhan... Office potluck.. simple jer... makan apa yang ada... buat ni pun sempena nak sambut Ramadhan...

Layankan jer la gambar ni.. kebetulan masa buat potluck ni, mood aku tak berapa stabil sangat. Penat disebabkan Ops Warta, aku keje sampai malam selama dua minggu. Balik rumah nak kena buat puding ni pulak. Esoknya pagi2 dah masuk opis semula... memang sangat penat. Yang bestnya, abis je Ustaz Azhar dari cawangan BAKA bacakan doa, aku terus nyorok belakang rak buku... aku tidur.. nyenyak jugakla... dapat tido kejap, lega rasa... hilang rasa penat.. terus cari makan. Hahahaha!

Ni je yang aku buat...














Sambut besday Seha sekali...

Tu jer la yang nak diceritakan...
Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaa!



Cerita Sebelum Ramadhan : Ceramah Ustaz Kazim Elias

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 21, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ini cerita sebelum Ramadhan.. aku sempat ke IPK Selangor untuk mendengar ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Ceramah yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Barzakh... Memang sangat best dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri agar berubah kearah yang lebih baik....
















Ustaz Kazim Elias... memang terbaikkkkk!

17 Julai 2014

Program Bubur Lambuk

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 17, 2014 0 comments
Alhamdulillah... syukur... murah rezeki hari ni.. seperti tahun tahun yang sebelum ni, Litrak dan SPRINT memberi sumbangan dalam menganjurkan Program Bubur Lambuk bersama PDRM..

Macam tahun lepas jugak, aku dapat 5 bekas bubur lambuk. Nampak macam banyak kan? Tapi sebenarnya sekejap je kami boleh licinkan kesemuanya...

Dan hari ni, tak ada kos untuk aku berbelanja makanan di bazar Ramadhan... makan apa yang ada je.. dah lebih dari cukup.. Alhamdulillah...



14 Julai 2014

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 14, 2014 0 comments

13 Julai 2014

Murtabak Cream Crackers VS Murtabak Maggi

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 13, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... hari ni berkesempatan berbuka puasa dengan encik asben bersama sama.. Ramadhan kali ni, inilah kali kedua dapat berbuka puasa bersama dia... Nak buat camana kan.. dia balik keje dah lewat... terawih pun buat kat rumah jer...

Memandangkan hari ni dia ada, so kami rancang untuk sama sama berduet memasak kat dapur.. tugas aku adalah menyediakan murtabak crackers dan dia pulak perlu buat murtabak maggi..

Ok. Kita tengok murtabak siapa paling laris... 

hahahaha!


Setelah di adili, nampaknya murtabak megi lebih laris berbanding dengan murtabak crackers. 5 keping yang encik asben buat, lima2 habis.. rasanya aku la yang paling banyak makan..

Hahahaha!

12 Julai 2014

Pray For Gaza

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 12, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Gaza dibedil lagi... Ya Allah... selamatkanlah bumi Gaza... Lindungilah mereka dari kekejaman yahudi... Amin Ya Rabbal Alamin...











PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review