Sahabat

Halaman

20 November 2018

Hiking @ Bukit Kepayang

By Dalia Hassan at Selasa, November 20, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sayang, aku mabuk kepayang! 
Ohoiiii!

Ok2.. Kali ni hiking geli2 kat Bukit Kepayang pulak.. Tahun ni memang pilihan bukit2 jer.. kalau gunung pun, gunung yang rendah jer. Boleh bawak bincang.

Bukit Kepayang ni treknya senang sangat. Yang tak senangnya, belum start hiking aku dah tak tahan nak terkucil. Terpaksa la aku menapak dalam 500meter untuk cari tandas. Nasib baik la ada kawasan perumahan Kepayang Height 2 kalau tak salah aku namanya, kat situlah aku tumpang tandas guard house diorang. Nasib baik melayu yang jaga bukan abanglaaa...


Aje teruk muka orang tak cukup tido + takder langsung bedak nak tepek kat muka. 
Kat sini kena guna tali... tapi takder la mencabar sangat... biasa jer so korang jangan risau...
 


Kejap je dah sampai puncak sebenarnya... Dalam beberapa minit jer cuma kami ni kalau boleh setiap tempat nak berhenti untuk bergambar. Itu adalah normal bagi kami.

 haha!

Jadi pengayuh basikal Grab, demi mencari sesuap nasi untuk kesinambungan hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan temberang...

lai lai sapa nak booking basikal grab ni boleh install dulu aplikasi Grab.
Port sesuai untuk membawang bagi makcik-makcik bawang...

Mengenang nasib diri... sendirian di perantauan...









Alah. Yang lain-lain tu semua gambar syok sendiri. Acah-acah anggota kumpulan penyanyi wanita hip hop kpop baru nak naik... bagi chance laaa...

01 November 2018

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018

By Dalia Hassan at Khamis, November 01, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Baru nak update cerita pasal Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018 yang berlangsung di Shah Alam (walaupun tahun ni penganjur adalah IPD Sepang) pada 28 - 31 Oktober 2018.

Tahniah buat IPD Shah Alam yang sapu bersih dua-dua kategori lelaki dan wanita, serta pembawa sepanduk (pelikat) terbaik.

Ni aku masukkan la sikit-sikit gambar dari training, friendly match dengan hari game sekali dalam satu entry....





Alhamdulillah rezeki aku kali ni... ada orang sponsor aku dua pasang kasut. Syukur... syukur Alhamdulillah...








Kulit hitam terbakar. Entah berapa bulan la nak cerahkan semula ni. Adeh!

30 Oktober 2018

Pertandingan Menembak Piala KPD Subang Jaya 2018

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 30, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Bertempat di lapang sasar Sungai Buloh, dalam sibuk dengan pertandingan bola tampar, sempat juga aku masuk pertandingan menembak Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya...


taklimat urusetia




Aku ke lapang sasar dengan berpakaian sukan supaya habis je pertandingan aku boleh terus ke dewan bola tampar shah alam. Ye laaa.. belah petang pun sebenarnya ada game lagi... sekali pandang nak menembak macam nak pegi hiking plak. Haha

hiking ke kak?


Ok. Sebenarnya aku tak sangka yg pertandingan menembak kali ni habis lambat. Ye la. Biasa kul 2 dah abis, siap penyampaian hadiah. Tapi kali ni dah kul 1 pun masih takder tanda2 nak abis. Penyudahnya, aku sempat masuk acara centre fire je walhal aku lebih suka acara falling plate. Tapi takper la. Yang penting kali ni bola tampar lebih penting. Ngeeee...


So dalam pukul 1.45pm aku mintak kebenaran untuk balik awal. Apelagi.. terus la rempit ke shah alam demi untuk meneruskan perjuangan dalam menampar bola walaupun dah tau dah kemampuan yang takkan mampu kalahkan team juara bertahan.

Alah. Malas la nak cerita lagi. Tak menarik langsung.

Daaaaaaaaaaaaaaa!

14 Oktober 2018

Hiking @ Bukit Taisho, Bahau

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 14, 2018 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Sekarang ni, pantang dengar kalau ada bukit2 yang kita boleh dapat view awan karpet, mesti hati meronta2 nak pergi. Begitulah dengan khabar yang tersebar luas tentang Bukit Taisho yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan ni... Bila dapat je tau, terus kawan aku nan senget tu, Yatz ajak kami ke sana. Dan aku... layankan jer la.. kebetulan minggu tu aku takder kelas atau aktiviti lain. Lagipun, alang2 dah sampai Bahau, bolehlah aku lajakkan sikit ke Segamat... Balik kampung...



Dugaan nak ke Bukit Taisho ni, waze sabotaj kami. Berjam jugalah kami nak cari starting point. Boleh pulak waze bawak kami ikut jalan lain... kawasan perkuburan pulak tu. Seremmmmmm! Dan akhirnya setelah hampir putus asa, kami singgah kat Balai Polis untuk tanya jalan.. rupanya kena masuk simpang balai polis tu jer, tak jauh dari situ. Fhewwww! 

Macam biasa la... semangat itu penting...

Kena susur ikut tepi ni....


Sepanjang trek kita akan lalu kebun sawit orang.. Trek Bukit Taisho ni boleh dikategorikan sebagai sangat senang. Sepak-sepak batu jer dah boleh sampai puncak. Tak percaya trylaaaa.. Dah le senang, view cantik pulak tu. Berbaloi-baloi...






Tak tau camana si Rakun ni boleh terlepas atas bukit tu... siap ada apek nak tembak.. binatang terlepas katanya... (kejam!) hahaha
Kanak-kanak riang ria, membuatkan hari makin ceria..








Nampak aku pulak yang paling over. hahaha



Rakun memang tak boleh jumpa serigala. Rasa nak tembak jer serigala tu... bang bang bang!



Turun dari Bukit Taisho, terus balik Segamat jumpa mak abah. Rinduuuuu... ngeeeeeeeee!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review