Sahabat

Halaman

26 Ogos 2018

Hiking @ Bukit Sapu Tangan, Shah Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 26, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt

Lama tersimpan dalam draft. Aku pun tak ingat dah apa yang aku nak tulis. Setahun dah.. haha.. tapi ni lah pengalaman panjat Bukit Sapu Tangan kat Shah Alam. Bukitnya tak teruk sangat, sepanjang jalan melalui jalan tar... memang sesuai untuk nubis kubis macam aku ni.

Macam biasalah, simpan segala gambar yang ada kat sini. Nanti senang nak carik. Ngeeeee!














Aku memang sejenis yang macam ni yer. Selekeh. Janganlah pelik sangat. Kalau aku tak selekeh masa hiking, ia tersangatlah pelik dan jarang2 berlaku. Sebab aku suka benda yang senang. Tudung sarung yang dah kemek memek. haha!






23 Ogos 2018

Pecah Amanah?

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 23, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Dulu masa aku mula-mula kerja sebagai pembantu akauntan kat sebuah company ni, kakak akauntan tu selalu pesan kat aku, apa-apa yang melibatkan duit, jangan percaya kat orang 100% walaupun tu kawan baik kita. Dan itulah yang aku pegang sampai sekarang. Kalau pasal duit ni, bukan nak kata kawan baik la, adik beradik pun boleh bergaduh. Duit punya penangan....

Nak cerita sikit... benda ni berlaku kat tempat kerja aku bilamana ada seorang yang aku rapat telah pecah amanah. Duit yang dia gelapkan adalah dalam RM16ribu... masa mula-mula tau pasal hal ni, bos dia call aku.. tapi masa tu aku keluar jap pergi beli apam balik kat tepi opis ni, so henpon aku tinggalkan.. malas nak bawak. Balik opis tengok ada missed call. Then petang tu aku naik opis atas jap.. kebetulan boss kawan aku tu ada kat opis.. aku pun pegi kat bilik dia n tanya kenapa dia call aku? Masa tu aku ingatkan ada hal KIK yang kena siapkan sebab bos kawan aku ni merangkum ketua kumpulan KIK aku.

"Ha Dalia. Meh masuk jap... tutup pintu! Ada benda saya nak cerita ni..."

Aku pun masuk bilik dia dan dengar dia bercerita. Rupa-rupanya dia baru dapat kesan yang kawan aku ni pecah amanah.  Terlopong mulut aku dengar... macam tak percaya... tapi itulah hakikatnya... dan boss dia pun dah buat report polis pasal perkara ni.

Keesokannya....

Masa bacaan Yasiin kat surau pagi tu, ada sorang SIO Komersil datang kat surau dan cari sorang lagi kawan aku yang sama opis dengan kawan aku yang pecah amanah tu. Aku pulak yang berdebar sebab semua yang ada kaitan dengan budak tu akan dipanggil beri keterangan kat cawangan komersil. Abis bacaan Yasiin aku ke kantin jap sebab nak mintak plastic. Nak bungkus makanan yang terlebih kat surau untuk diagih-agihkan. Masa kat kantin ni la aku terserempak dengan geng-geng komersil tengah makan. Tetiba Tuan Faizal dating kat aku dan cakap : haaa Dalia... karang pukul 1030hrs dating pejabat komersil tau. beri keterangan...




Ah sudah! dengan aku2 dan kawan2 aku pun kena beri keterangan ni... tabah jer la... terus terang jer apa yang berlaku... nasib baiklah kami kat trafik memang ada simpan rekod perjalanan duit kami siap dengan tandatangan pengesahan dan resit. So part kami memang selamat la... Cuma aku kesian kat sorang lagi kawan aku yang satu opis dengan budak yang pecah amanah tu. Aku risau dia pun akan disabitkan kesalahan kerana dia cuai dan kalau ikutkan dari segi integrity, memang dia akan dikenakan tindakan walaupun bukan dia yang ambil duit tu.

Entahlah. aku pun sebenarnya takut nak komen panjang-panjang sebab kes ni masih dalam siasatan. Aku tak tau nak kesian ke nak padankan muka kat budak yang pecah amanah tu. Nak kesian rasa dah tak larat dah nak kesian.

Penat.



 

11 Ogos 2018

Hiking @ Bukit Broga 6.0, Semenyih Selangor

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 11, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt

Tak larat dah nak tulis entry pasal Bukit Broga (poyo). Takpe lah. Aku sekadar nak simpan gambar2 masa hiking kat sini jer.

Serius takder mood bila tengok gambar2 aku ni. Apa hal entah aku semakin membesar. Kalau korang rajin boleh la jengok gambar2 aku masa first time naik Broga dulu dan buat perbandingan dulu dan sekarang.

Ahhhh aku stress!































05 Ogos 2018

Selamat Hari Lahir, Abah

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 05, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Lahir, abah.
Akak sentiasa sayang abah hingga hujung nyawa akak.
Walaupun dalam adik beradik akak yang paling nakal dan banyak beri bebanan pada abah sejak akak kecik lagi, tapi akak tau abah sentiasa sayangkan anak2 abah.

Terima kasih atas susah payah jerit perih abah selama membesarkan akak dan adik beradik lain. Sesuatu yang mungkin tak akan terbalas oleh kami.

Sayang abah!!!







31 Julai 2018

Status Blog #112

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 31, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama dah aku tak update blog ni. Penuh dengan sawang. Teruk gak aku nak 'membersihkan' sawang2 ni. InshaaAllah dalam masa terdekat aku akan keluarkan semua yang tersimpan terperam terjeruk terjerat terpenjara kat dalam draft tu.

Cuma hari ni aku nak cakap sikit pasal tragedi yang berlaku pada pendaki Malaysia di Gunung Rinjani tu. Sedih dengan apa yang telah berlaku, tragedi yang tak dijangka mengakibatkan sorang pendaki rakyat Malaysia terkorban dan beberapa orang lagi cedera. Memang kejadian ni bukan saja membuatkan mereka trauma, bahkan menjadi peluntur semangat kepada mereka2 yang telah menyimpan hasrat untuk mendaki ke Gunung Rinjani macam aku.

Takperlah. Semua yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Dan jangan lupa juga, ia adalah satu peringatan yang Allah turunkan kepada umatnya. Sayangilah bumi kita. Jangan dieksploitasi demi kepentingan dan mengaut keuntungan.

Aku dengar2 cerita sepatutnya bermula 1/8/2018 ni permit untuk mendaki ke Rinjani akan dinaikkan dan dikira mengikut hari.. Dan ramai yang merungut Dan tak puas hari. Tetiba gempa berlaku kat sana. Tapi entahlah. Tak berani aku nak komen lebih2.. Ni semua kuasa Allah dan sama2 lah kita saling ingat mengingati.

InshaaAllah


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review