Sahabat

Halaman

15 November 2016

Canopy Walk @ Taman Eco Rimba, KL

By Dalia Hassan at Selasa, November 15, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aktiviti : Canopy Walk
Lokasi : Taman Eco Rimba KL, Hutan Simpan Bukit Nenas.
Tarikh : 13 November 2016
Line Up : 8 Dewasa 2 Kanak-Kanak



























10 November 2016

Status Blog #102

By Dalia Hassan at Khamis, November 10, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aktiviti : Ceramah Agama Oleh Ustaz Amin TV9, Doa Selamat dan Solat Hajat
Lokasi : Surau IPD Subang Jaya
Tarikh : 10 November 2016










29 Oktober 2016

Hiking @ Bukit Broga 4.0, Semenyih Selangor

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 29, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Ada kawan aku kata, kenapa asyik naik Broga jer? tak bosan ker? Aku jawab, selagi namanya hiking, tak kisahla kat mana2 pun asalkan aku dapat melepaskan rindu dan badan aku tak terlalu manja sangat nak banyak rehat. Poyo je kan?


Lagipun kebetulan ada kawan2 aku yang tak pernah panjat Broga lagi... so aku dengan sukarela bawa dan teman diorang naik atas tu.. pakaian pun main sarung jer apa yang ada kat depan mata... tak fikir sangat nak bergambar kat atas tu... dan kali ni memang aku tak banyak amik gambar pun... bagi chance kat diorang pulak. hehe!











Errrr.... sebenarnya kan aku sendiri terasa pelik dan janggal bila aku pakai tudung tu... biru belang2 harimau... ni la akibatnya bila main sarung jer... tangkap muat!


haha!



22 Oktober 2016

Hiking @ Bukit Berekeh, Sungai Siput Perak

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 22, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...




Sebenarnya dah lama juga simpan hasrat nak ke Bukit Berekeh ni semenjak viral dengan awan karpetnya yang ohsem sangat. Akhirnya setelah berbincang dengan Geng Outdoor Subang Jaya, kami sepakat nak pergi pada tarikh 22/10/2016... Sebulan awal dah rancang, dan memandangkan kami ni pun masih tak biasa dengan dunia hiking ni (newbies), so kami minta bantuan adik Chu Amir ni untuk jadi guider kami. RM10 untuk satu kepala. Okla kan???




Semalam kami ikut program Gaya Hidup Sihat anjuran IPD Subang Jaya trekking ke Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.. Balik dari trekking tu memang tak sempat nak tidur walaupun kejap. Sampai rumah pun dah malam, berkemas dan siap2 then jam 12malam kami dah berkumpul untuk sama2 gerak ke Sungai Siput, Perak. Walaupun encik asben yang drive, tapi aku tetap tak boleh tidur sebab temankan dia berborak. Bahaya jugakla nak biarkan dia drive sendiri, buatnya tertidur susah juga. So aku bertabah ajer la tak tidur dan rehat langsung untuk panjat Bukit Berekeh ni.




Sampai Masjid Bawong lebih kurang jam 4 pagi... tapi kami mulakan pendakian lebih kurang jam 5.20am, terlewat sikit dari perancangan atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.




Ermmmm... semput jugak rupanya nak naik tu.. ditambah dengan penat trekking semalam tak hilang lagi, dengan tak tidurnya lagi... memang mendapat la... mendapat sakit kepala... haha!

















































21 Oktober 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Hiking @ Hutan Simpan Ayer Hitam 2.0, Puchong

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 21, 2016 0 comments
Assalamulaikum wbt..

Sebenarnya ni aktiviti Gaya Hidup Sihat kat tempat keje aku. Lama dah tak buat hiking ni, kalau tak salah aku kali terakhir bulan Febuari aritu. Biasanya kalau Gaya Hidup Sihat mesti buat senamrobik ataupun larian 2.4km... tapi ok gak kan... sekali sekala best jugak, sekadar untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama kami.

Ni je gambar2 yang ada. Layannn...

lebih kurang 80 orang yang join aktiviti kali ni...















selfie ngan boss...


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review