Sahabat

Halaman

03 April 2016

Malam Selingkar Kasih Sekalung Budi Cawangan Trafik IPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Ahad, April 03, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang Jaya yang bertukar dan yang bersara. Malam Selingkar Kasih Sekalung Budi diadakan di Skypark One City dihadiri oleh lebih kurang 75 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota dan juga Pegawai Awam dari cawangan trafik IPD Subang Jaya. Majlis juga turut dihadiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Hj. Mohammad Azlin Bin Hj. Sadari bagi menyempurnakan majlis.




Terima kasih pada cik Man boroi sebab sudi teman aku siapkan hadiah untuk cabutan bertuah. Dan juga cik Meow yang sudi menghuru harakan lagi suasana dengan bermain2 dengan riben dan kain aku... (dalam gambar ni cik meoww dah penat.. so dia amik favourite port dia untuk rilek)

Antara menu yang disediakan..



















selfie jap...










Tuan Elias dan isteri... duduk semeja dengan aku...

ucapan dari tuan OCPD..

Ucapan dari ASP Rahman




Tuan KBKA dan Tuan OCPD Subang Jaya


Sambutan hari lahir...





dengan Puan Zura dan Azie

Sesi gedik santai...

terserlah kependekan aku... haha!



Masa awal2 majlis, dia datang kat aku..  dia bisik "karang kita ambik gambar berdua tau..."
Masa aku tengah makan, dia datang kat meja aku.. dia cakap lagi, "jangan lupa amik gambar sama2.."
Akhirnya masa aku tengah ambik makanan kali kedua, kebetulan dia ada kat situ.. terus aku ajak dia selfie... haha!




















penyampaian hadiah utama cabutan bertuah. Tahniah Kopral Zamran!
masa aku bagi beg yang ada no cabutan bertuah kat si fadzli ni, aku dah cakap dengan dia (gurau)... no dia mesti naik.. sebab aku yang bagi... sekali betul2 naik daaaa... benda yang sama aku cakap kat Fauzi, dan no Fauzi pun naik... 
Tuan KBKA dan isteri...
muka2 poyo...
ASP Faris Adli yang akan bertukar ke IPK... (kalau tak salah aku)

Sarjan Aliff
ASP Rahman yang akan bertukar ke IPD Kajang...
Sarjan Meor yang telah bersara pada Febuari 2016.

Kopral Zul yang baru bersara.








inilah hasil tangkapan aku..

Table Lamp : hadiah untuk game malam tu..
Tupperware : hadiah cabutan bertuah
Gelas IKEA : goodies
Majlis berakhir lebih kurang jam 12.15am setelah sesi bersalaman dan bergambar. Sebenarnya aku memang terasa sedih sangat, lebih2 lagi atas pertukaran ASP Rahman ke IPD Kajang. Perasaan sedih ni berbeza dengan perasaan sedih masa pertukaran ASP Naser tempohari. Kali ni aku betul2 sedih, tak tahu nak cakap apa. Kenapa? Susah nak cakap, tapi jawapan tu juga ada pada kawan2 aku yang lain....

Sebelum majlis berakhir, dia pandang aku sambil tersenyum. Dia kata, "Jangan tahan nangis..." uwaaaaaaaaaaaaaaaa! camana dia tahu aku tahan diri dari menangis ni????? Aku tengok kat Jijah, Jijah pun sama dah mengalir airmata.... tapi aku tak berani nak pandang pada kawan2 yang lain... aku takut aku tak dapat tahan air mata aku dari keluar.

Ok ini rahsia.

Masuk jer dalam kereta, aku terus menangis.

Bye!


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review