Sahabat

Halaman

20 Februari 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Hiking @ Bukit Gasing, Petaling Jaya

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 20, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...



Semalam, 19/02/2016 sekali lagi IPD Subang Jaya mengadakan Program Gaya Hidup Sihat. Kali ni aktiviti yang dijalankan adalah hiking di Bukit Gasing, Petaling Jaya. Fhewwwww! lebih mencabar dari Bukit Cermin dan Hutan Lipur Ayer Hitam. Turun naik turun naik bukit aku rasa. haha! tapi memang puas hati la, peluh berlumba-lumba keluar, abis basah lencun baju aku... ketiak bau masam. tapi... ada aku kesah!! haha!



Dari IPD kami naik transport yang telah disediakan. Ada van, lori dan juga spanco... Ingat nak drive sendiri, tapi memikirkan yang petang2 confirm jalan jem, baiklah ambil langkah selamat... hehe!

Aku bukan yang berstamina tinggi, maklumla badan berat... ditambah lagi dengan tak sihat dan senggugut... memang nekad la.. apa nak jadi pun jadi la... aku redahhhhh jer...



masa baru sampai... bergerak dari IPD lebih kurang jam 2.50 pm


sebelum mendaki... orang sibuk dengar taklimat aku dengan kak sal sibuk selfie... (aduh.. irengnya muka aku.. haha!)

Awal2 mendaki... tuan ocpd masih dalam radar sebelum hilang, tinggalkan kami yang terhegeh2 ni kat belakang... haha!



beberapa meter terawal... masih lagi ceria...



bertabahlah!!




menara...





aku dengan Diana jer perempuan yang ada... yang lain tak tau kemana... 
dah naik bukit, turun bukit semula, sampai la kat sini... ingatkan dah abis... rupanya ada lagi... hahahah!


masuk Laluan Denai pulak...

ok... sempat selfie dengan Diana sebelum dia tinggalkan aku (aku pancit masa nak daki satu bukit yang curam tu...haha!)

Lepas dengan Diana dan aku pancit kat tempat yang curam tu, ni la geng aku yang sama2 pancit dan beberapa kali berhenti rehat... mintak nyawa.. mintak nyawa... haha!

geng pancit.. haha!

ok. dah mintak nyawa, kita teruskan perjalanan...

ni jer kelibat yang nampak...

Tetiba pakcik pakcik ni potong kami.. mak aih... otai masih berbisa... kagum aku...

nampak tak betapa mengeletar tangan aku... gambar pun bergegar... tapi selfie tetap selfie...

bila sampai dekat bawah, rasa happy lagi sekali. ingatkan dah sampai... riang ria ambil gambar sebab hilangkan rasa semput...



aku : Cik, saya takder geng la nak selfie... jom selfie dengan saya...

hahaha! padahal aku tak pernah berborak pun dengan dia sebelum ni... nama pun tak tau... tapi bila waktu2 macam ni, terus jadi geng!
seronok tengok diorang mandi..

bersemangat waja.. ingatkan dah nak sampai... yerla.. dah jumpa jalan tar.. dengan penuh konfidennya meneruskan perjalanan. Dah jauh jalan, baru sedar yang kami salah jalan keluar.. hahaha! ni kalau keluar terus ke Pantai Dalam. Adoi. terpaksa patah balik.... letih wooooo!
masa patah balik ke sungai tu ternampaklah geng2 yang ni...
jumpa semula diorang kat tepi sungai ni setelah kami terpaksa berpatah balik sebab sesat!  tapi lepas tu terpisah semula... hahah!

dari sungai terpaksa mendaki semula... isk isk.. sedih lor...
ok. aku kena tinggal dengan geng jejaka 4 orang tu... tapi takper... kat bawah masih ada geng baru.. 

masa berhenti ambik nafas, ternampak geng ni (pun aku tak kenal sebenarnya... pernah nampak muka kat IPD tapi tak pernah bertegur pun)
join geng ni pulak... 

muka ada letih.. hahah!

yeayyyyy! jumpa semula Diana setelah dia tinggalkan aku tadi... soalan dia bila nampak aku : eh! akak dari mana tadi??? aku jawab : dari belakang Diana laaaaa.... hahahah!

Akhirnyaaaaa.... sampai jugak ke garisan penamat... masa sampai tu, aku tengok aku wanita ketiga yang dah sampai. Okeylah... takder la teruk sangat stamina aku walaupun aku hampir2 nak tido jer dalam hutan tadi tunggu orang selamatkan sebab kepenatan... ngeeeeeeeee!

Tuan Yahaya dengan Tuan Naser

Selfie dengan OCPD Subang Jaya, Tuan Yahaya Bin Ramli. Masa aku ambik gambar dia, dia masih lagi berjawatan ACP... tapi lebih kurang pukul 6 lebih, nama dia keluar dalam e-siar, dan akan bertukar ke IPK Johor dengan memangku pangkat SAC... sedih sangat sebab dia memang seorang boss yang sangat baik.

yeahhh.. setelah menunggu, akhirnya kumpulan ni tiba di garisan penamat...




masa untuk pulang ke pangkal jalan... 

Selamat tinggal Bukit Gasing... kenangan yang indah, manis, pahit, masam (bau ketiak) 

Van yang kami naik...




hahahah! sori geng! tangan menggeletar, van bergerak, gambar bergegar... muahahahah!




Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia  : Teringat kata kata dari Kopral Din dari cawangan StaRT... "lepas ni kalau nama aku naik lagi memang aku taknak pegi! Aku rela kena double kawad dari panjat bukit!"

Win!

hahahahaha!






19 Februari 2016

Day 6 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 19, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dah masuk hari ke 6 aku dalam induksi diet atkins ni. Lauk lebih kurang macam yang sebelum sebelum ni je, tak ada yang menarik pun. Pastu hari ni diet aku tercalar lagi... 2 biji aku bedal karipap. Bila suapan yang terakhir selamat masuk ke perut, baru aku rasa bersalah yang amat...

Ok. Korang pun jangan kecam aku ya.. ni la menu aku untuk minggu ni. Sama jer... senang...

Yang buatkan aku kecewa skit arini, pagi2 lagi tengok bendera berkibar di angkasa... confirm berat tak turun sepanjang bendera berkibar ni. Adoi. Tu yg aku makan karipap 2 biji tu...



Untuk dinner aku beli kari ayam tanpa kuah je tadi... makan lepas aku turun dari mendaki Bukit Gasing. Semput weh aku mendaki.. tapi seronok!

18 Februari 2016

Day 5 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 18, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni kat tempat kerja aku ada program gaya hidup sihat. Senamrobik start pukul 6.45am... so, memang aku tak masak la untuk bekalan aku kat ofis nanti. Tak larat plak, petang semalam pergi zumba, so malam tadi memang tidur lena la... nak bangun pagi pun rasa malas apatah lagi nak masak.

So... lepas senamrobik tadi bff aku kata OC ajak makan ramai2 kat restoren Maju Maju. Ermm... sarapan kat sana jer la...

Ni la menu sarapan aku hari ni... telur separuh masak... dan ketiga2 gelas kat belakang tu akulah yang empunya... sekali minum je abis 3 gelas air suam. Sedapppp... haha!

Asalnya ikan goreng ni aku beli untuk makan tengahari... tapi tadi tengahari aku tergoda dengan sayur peria goreng yang kantin jual. So aku bedal peria tu walaupun aku tak pasti kandungan carbs dia banyak mana. Pasrah je la. Lagipun aku beli dalam rm1.50 jer... takder la banyak sangat tapi kenyang... akhirnya si ikan goreng 2 ekor ni aku buat menu makan malam...

 Ok. Gambar gambar kat bawah ni gambar aktiviti senamrobik kami pagi tadi... semput mak! Esok IPD SJ anjurkan program hiking pulak kat Bukit Gasing. Harap2 badan aku tak sakit2 la esok.. hehe!



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review