Sahabat

Halaman

12 Februari 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Hiking @ Hutan Simpan Ayer Hitam, Selangor

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 12, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt..


Malas nak cakap banyak. Ni program gaya hidup sihat IPD petang tadi.. Badan dah mula rasa sakit sakit. Otak tak berfungsi dengan baik. So apa2 hal aku masukkan gambar je dulu.. keterangan nanti nanti la aku cerita, ya! ngeeee! (pemalas!!)

*Punya la penat, nak ambik gambar pun tangan menggeletar. Dah macam penyakit anxiety disorder pulak... so jangan heran sangat la ya kalau gambar gambar ni semua berada dalam kekaburan...  ni pun dah banyak kena delete...

*gambar gambar ni tak mengikut tertib ya.. ada masa nanti baru aku susun ikut tertib...

* nampak gaya, program panjat Broga pagi esok terpaksa ditunda atas sebab2 tertentu.. ermmmm... aku kiciwa!!! aku dengan Yatz je yang bersemangat waja.... huhu!

*anak2 dan asben aku balik kota tinggi malam ni, so nampak gayanya pagi esok aktiviti aku kuak lentang je la sampai petang... panjat Broga dalam mimpi je.. (eh! Ada plan baru. Berbasikal kat bukit cerakah dengan Sue. Harap2 tak kesiangan pagi esok!)








Perbualan aku dengan brother baju warna putih ni tadi.. Sarjan jenayah kalau tak salah aku...

aku : cik umur berapa ya?
Dia : dah 47 dah...
aku : 47? Betul ker??? (Nada tak percaya)
Dia : betul la....

(Eh! aku bukan nak tau umur dia.. sebenarnya aku nak tanya nama dia.. sebab biasa bertegur sapa kat IPD  tapi tak tau nama... tapi nampaknya sampai kesudah aku tak tau nama dia.. Haha!

sejak bila Tuan Naser jadi duta pokok ni???.. (ke cover sebab sakit pinggang???)
Yatz..




Perasaan bila nampak moto ni ada kat tengah2 hutan dan di kala kepenatan jadi macam ni;

"moto.. moto... aku nak keluar dari sini naik moto!"

hahaha poyo!





Yatz, Aida n Kak Wani
Masa group ni turun dari bukit ni, hati aku berdebar debar... alamak! mana Sue?? tadi Aida kata Sue dengan Kak Sal.. masalahnya Kak Sal dah sampai, tapi.. mana Sue??? matilah aku... dah le aku tinggalkan dia kat belakang, tetiba tengok dia takder... aku bukan apa.. aku risau satu jer..  kalau ikutkan aku tak risau langsung dia hilang, tapi aku risau sebab aku datang sini tumpang kereta dia... kalau dia tak ada, aku nak balik naik apa???? hahaha!

Selepas soal siasat kak Sal, baru aku tau yang Sue dah patah balik... ikut renjer...

fuhhh!!! legaaaaaa mak!






amboi... yang cekak pinggang tu... yang baju ngan seluar line color orange tu...  nampak macam penat je.. tapiii.. bukan main ngelat ker??? ikut short cut.. haha! (yang cekak pinggang baju hijau tu memang sahih panjat bukit..  so aku tau dia memang penat)






posing.. posing...
banyak gambar bergegar.. almaklumlaaaa... penat...



Reaksi pertama kali sampai sini ... Subhanallah... cantiknyaaaaa... excited sangat...  memang rasa nak terjun jer....










aku yang rabun ke apa ni??? haha!






Big Boss, Tuan Yahaya Bin Ramli peratiiiii je anak anak buah dia.... 




Geng trafik... ASP Rahman, Aliff dengan Fikrudin.. hepi yer korang dapat mandi... aku ni meleleh je air liur tahan perasaan... nak mandi tapi segan... kalau ada budak perempuan yang turun berendam tadi, memang aku join sama berendam...


































eleh... masing masing poyo jer berlari... lebih lebih lagi yang depan baju hijau tu... propa semata.. mentang mentang le dah nak sampai...  hehe!
menghampiri ke garisan penamat..

Lepas bakar kalori, kita tambah semula kalori... punah! hahaha (dah abis makan baru teringat nak ambik gambar)

Sebenarnya, aku sangat berpuas hati dengan aktiviti petang ni. Kalau boleh buat setiap minggu pun aku rela. Dan kalau boleh, buat program ni untuk pompuan jer... lelaki dilarang sama sekali. sebab kami nak mandi kat blue lagoon tu... hehe!

Cuti - Cuti Malaysia : Wet World Theme Park, Shah Alam

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 12, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam, 11/02/2016 aku sempat bawa anak anak bercuti ker Wet World Theme Park, Shah Alam. Sebenarnya aku ingat nak bawa diorang pergi ke Sunway Lagoon sebab si Anaqi, anak buah aku belum pernah lagi ke sana. Memandangkan ni adalah perancangan saat akhir, dan aku tak sempat nak minta tolong kawan aku untuk dapatkan harga staff, so aku tukar plan ke Wet World.

First time masuk sini, aku rasa ianya sangat berbaloi dan jimat. Tak dinafikan Sunway Lagoon jauh lebih menarik, lebih banyak tarikan tetapi sesuailah dengan harga Wet World ni, RM95 untuk 3 dewasa dan seorang kanak2 (kanak2 dengan ketinggian 130cm keatas dikira dewasa).. maknanya dewasa dengan MyKad RM25 seorang dan kanak2 90cm - 130cm RM20.. murah kan???











































09 Februari 2016

Reinkarnasi 089 : Pelakon Terbaik

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 09, 2016 1 comments

Kau pelakon.
Yang bermulut manis.
Yang janjinya tiada penghujung.
Yang bijak atur kata dan pandai mengagung.

Kau memang hebat.
Jika ada anugerah pelakon terbaik,
kau paling layak.
Anugerah kau paling banyak.

Aku malang.
Anggap cerita kau itu cerita benar.
Walhal aku juga dalam lakonan.
Pandai kau buat aku rasa.

Syaitan.
Mahu sahaja aku rejam kau.


The Faiz Ibrahim





06 Februari 2016

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 06, 2016 1 comments

Idea.. idea... masa untuk memerah idea macamana nak menghasilkan satu pengubahsuaian ataupun penambahbaikan dalam sistem kerja yang sedia ada agar menjadi lebih baik.

Masalahnya, aku ni tak kreatif pun...

Hai lah! Bersedialah untuk menempuhi minggu minggu yang mencabar dan sibuk lepas Tahun Baru Cina ni...

Chayok Chayokkkkk Dalia!!!!

05 Februari 2016

Status Blog #70

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 05, 2016 0 comments

Kenapa mimpi aku malam tadi lain dari biasa?
Kau datang dalam tujuan lain.
Seakan mengingatkan aku tentang sesuatu.
Sesuatu yang aku hampir terlupa.

Aku doakan semoga perjuangan kau menyebarkan dakwah Islam beroleh kejayaan.
In Shaa Allah..

Sepuluh tahun tak jumpa,
Aku rindu kau, sahabat! 

Status Blog #69

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 05, 2016 0 comments

2 bulan yang cukup bermakna. Penuh warna warni. Terima kasih sahabat. Akan aku simpan kenangan2 itu.. rapi.

Status Blog #68

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 05, 2016 0 comments

Entah kenapa hari ni rasa tak sedap hati.. kata hati kuat mengatakan apa yang aku rasa itu betul. Kalau betul kata hati aku, rasanya tak ada apa lagi yang perlu dibaiki.

Hati ini perlu dijaga. Nak pakai lama.  

Hati-hati, wahai sang hati.
Moga tidak lagi disakiti.

Status Blog #67

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 05, 2016 0 comments

Terkadang aku rasa nak je untuk jadi seorang yang anti sosial.. Takder facebook, takder whatsapp, takder wechat, kurang bergaul dengan rakan2, kurang hadiri aktiviti2 luar dan yang seangkatan dengannya... Kenapa? Sebab aku nak jaga hati aku sendiri, yang nampak gayanya semenjak dua menjak ni selalu saja terguris, terhiris, terluka dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. Tapi boleh ke aku hidup dalam dunia aku sendiri demi untuk menjaga kesihatan hati aku?

Macam tak boleh je.

Haha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review