Sahabat

Halaman

05 Mei 2015

Cuti - Cuti Malaysia : Bukit Tinggi, Bentong Pahang

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 05, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 25 April yang lepas, aku sempat ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Sesuatu yang tak dirancang sebenarnya. Kebetulan minggu tersebut aku memang tak ada kelas, so dengan kebosanan yang melanda aku ajak my encik asben kuar jalan2 pergi Mydin USJ. 

Dalam perjalanan nak ke USJ, tetiba plak terlintas kat fikiran... alangkah bestnya kalau dapat jalan2 cuci mata bawak budak2 ni. Tengok jam dah pukul 2.30pm.. kalau nak pegi pantai memang tak sempat la. Akhirnya kami buat keputusan untuk ke Bukit Tinggi. So, tak jadi la pegi Mydin... hehe..


monyok je dak tecik ni...



                                     























dak tecik malas nak berjalan.. mintak dukung la tu....


























hujan...










*Errrrrr... sila jangan muntah yer sebab banyak sangat selfie... kekeke! Bukan apa.. blog ni la tempat nak tempek gambar2 dalam henfon tu... takut hilang.. hehe!

03 Mei 2015

Status Blog #44

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 03, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni celik2 mata je aku terus teringat pasal kes semalam dimana tiga sekeluarga maut dalam kemalangan akibat dari kecuaian pemandu lain yang menjadikan jalanraya tempat berlumba. Memang aku rasa marah sangat pada pemandu tu malah netizen sendiri mengutuk perbuatan pemandu2 Myvi tersebut.

Sedih bila mengenangkan nasib lagi 2 orang anak2 mangsa yang sekelip mata menjadi yatim piatu. Ya Allah... aku tak dapat bayangkan kalau perkara yang sama terjadi pada aku dan keluarga aku. sedih sangat. Memang mengalir air mata dibuatnya.

Diharapkan pihak berkuasa segera menangkap pemandu2 yang boleh dikira sebagai pembunuh itu dan memberi hukuman yang selayaknya untuk mereka.

Semoga arwah Fairuz Nizam dan isteri ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Dan sudah pasti tempatmu di syurga wahai si kecil. In Shaa Allah. Amin.

Al Fatihah....




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review