Sahabat

Halaman

14 Disember 2013

Walk And Say No To Crime

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 14, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sesungguhnya aku baru je selesai menghabiskan walkathon say no to crime anjuran IPD Subang Jaya... lama dah IPD tak ada aktiviti macam ni... kali terakhir aku masuk larian sempena hari polis tahun 2011 tapi masa tu jarak jauh skit iaitu 7km berbanding hari ni hanya 5km...

Yang kelakarnya aku rasa aku dah jalan cukup laju tapi masih lagi kat belakang... mungkin sebab kaki aku pendek kut.. tengok orang lain punya satu langkah sama dua langkah aku... hahahahha! tak sedar diri tu pendek... sepanjang 5km aku cuma berhenti untuk bergambar dengan saiful apek yang sama berikan semangat kat check point tertentu... dah le membazir masa kat situ sebab mintak tolong encik Amran anggota trafik tu ambikkan gambar tapi makan masa skit sebab dia tak berjaya nak tekan coz pakai glove... akhirnya mintak tolong kat budak2 lelaki tu tolong ambikkan gambar....

Bila dalam 1 kilometer terakhir tu rasa macam dapat berjalan laju sikit... terasa laju sebab kebanyakan geng2 yang bergerak awal tadi dah mula kepenatan so bila dapat pintas diorang aku rasa dah cukup laju dah walaupun kelajuan tu sama je dari mula... hahahhaha... cuma frust sebab tak dapat nombor... kalau aku jauh ketinggalan kat belakang tak adalah aku frust sangat... tapi yang membuatkan aku frust sebab budak depan aku dapat nombor dan aku orang pertama yang tak dapat nombor diikuti Yatz orang kedua yang tak dapat nombor... frust kan tapi tak apalah yang penting enjoy dapat lakukan aktiviti macam ni.. hehehhe...

Malam ni nak hadiri majlis makan malam pulak kat IPD... Malam Jasamu Dikenang... harap harap yang melecet kat tapak kaki ni tak berikan masalah kat aku.. Aminnnn...


saiful apek sempat menghiburkan kami dengan telatahnya sebelum majlis perasmian bermula...

aduh... tak tahan aku tengok saiful apek... dengan gayanya yang menggelikan hati... cer tengok tu... konon2 gagah la tu... hahahahha!


Azie dapat tempat kedua...

Puan Lia dapat tempat pertama bagi kategori terbuka wanita


Tempat pertama kategori terbuka lelaki

ni la laluannya...

Aku dan Azie lepas habis walkathon....

Sampai jer rumah, terus ajak asben aku pergi beli barang dapur kat giant shah alam... tapi kami keluar rumah dalam pukul 2 lebih jugak... masa nak mandi tu tetiba je aku rasa perut macam kena cucuk dengan jarum... mungkin sebab dari pagi aku tak makan apa pun... masa walkathon tadi memang ada disediakan makanan tapi aku tak berani makan sebab baru lepas berjalan jauh... takut termuntah semula apa yang dimakan... kalau bersukan biasa aku tak kisah kalau terus makan... tapi yang ni aku tak berani (sebab dulu memang aku ada pengalaman muntah teruk lepas masuk acara merentas desa... zaman2 remaja dulu) Apa2 pun aku harap ianya bukan disebabkan jahitan kat perut aku tuh... huhuhu... tapi rasanya dah 9 bulan selepas operation tak ada masalah kut..... harap2lah!










12 Disember 2013

Tentang Cuti : Cemburukah Aku?

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 12, 2013 0 comments

Tadi sebelum balik aku sempat apply cuti melalui sistem hrmis... aku mintak sehari je, pada 18hb dec sebab aku nak bawa baby Arissa appointment klinik kesihatan... tapi hujung bulan in shaa Allah aku nak ambil cuti lama sikit sampai awal tahun untuk settlekan persekolahan Ainul Mardhiah....

 Bercerita tentang cuti, kadang kadang aku sedikit terguris... bukan niat nak salahkan sesiapa tapi itulah realiti yang aku hadapi sekarang... tengok orang lain macam senang je nak cuti... macam senang je nak half day... macam senang je nak masuk lewat... macam senang je nak balik awal walaupun pagi dah masuk lewat... tapi bila aku? macam macam soalan ditanya... cuma Alhamdulillah sekarang bila kak sariha dah duduk sekali dengan kami, dia lebih bertoleransi la kalau bab emergency ni...Aku ingat lagi ada sekali tu, aku betul2 tak larat bila bangun pagi..  kepala berdenyut2 macam nak pecah... bila sms bagitahu aku nak amik EL, aku dinasihatkan supaya pergi klinik dan dapatkan MC... siap dapat nasihat lagi,lepas ni jangan buat lagi.. ermmm... siapalah agaknya yang mintak didatangkan penyakit ni.. kalau boleh memang taknak pun... tapi masa aku dipersoalkan dengan macam2 soalan, masa tu memang aku cuba bangun untuk bersiap pergi juga ke opis walaupun tak larat dan jam pun dah pukul 8 lebih... bila aku pegi klinik, doktor bagi aku 2 hari mc... legaaaaa walaupun duit melayang pergi klinik swasta... sebab tu seboleh bolehnya aku nak ambil EL, bukan MC... tapi apakan daya...

Dan yang terbaru yang buatkan aku rasa terkilan dan terasa hati sangat2 sampai ke hari ni... 25/10 yang lepas adik aku nikah... 26/10 hari bersanding... aku cuma minta cuti 2 hari jer... iaitu 24 dan 25hb (sebab 26hb tu sabtu memang dah cuti).. so aku minta cuti khamis dan jumaat... malangnya cuti aku diluluskan cuma sehari je, iaitu hari jumaat... alasan: Kontijen Selangor cuti dibekukan start 15 Sept hingga 15 Dis.... ok aku cuba positifkan diri untuk terima hakikat cuti beku.. dapat cuti sehari pun dah syukur... aku bagitahu mak, mak kata tak apa... nak buat macamana tak dapat cuti... tapi bila aku balik kampung teruk aku kena perli dengan makcik2 yang datang rewang kat rumah... hari adik nikah baru nak balik.. aku bukan tak nak balik hari khamis lepas kerja tapi aku tak berani nak drive waktu dah lewat petang... takut berlaku apa2 tengah jalan... dah la bawak baby... asben aku balik naik kereta dia lepas habis keje jumaat tengahari... so aku gerak dulu seawal pagi bersama anak2...

Ok tu cerita aku yang minta 2 hari cuti tapi lulus sehari je tapi aku rasa macam nak nangis bila kawan yang sama2 jawatan dengan aku dapat cuti seminggu sebab adik dia kawin minggu ni... aku tak marah kat dia sebab dia dah cakap hari tu, dia cuba je kut2 lepas... cuma aku rasa sedikit terkilan, kenapa masa aku cuma mintak 2 hari je tapi tak lepas walhal cuti masih lagi beku... mungkin nasib dia baik dan nasib aku kurang baik...mungkin...

 Lepas ni jangan marah kalau aku jeles pada mereka yang senang bolos dan tiada tindakan diambil... jangan bising kalau aku lantang bersuara... juga jangan salahkan aku andai aku pun nanti akan jadi seperti mereka..

 p/s buat Linie : i tak salahkan you tau... hahahahahahh




T A M M A T




















Misteri Kehilangan Si Totot

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 12, 2013 0 comments

Dah beberapa hari kami kehilangan si Totot... dan akhirnya hari ni Si Totot muncul dengan membawa seribu tanda tanya kepada kami... kelihatan tidak bermaya, tak seperti selalu bila nampak kami je dia akan datang ke arah kami...

Kesian Si Tot... rupanya ada seseorang yang bawa dia untuk operation... Kasi dia... siannya dia... kut ya pun nak kasi si Tot, lepas operation tu jagalah dia betul2... at least 2 minggu sementara nak tunggu dia pulih sepenuhnya... ni lepaskan si Tot biarkan dia merayau merata2... tadi aku sempat tahan dia dari terjun dari meja... adoila... kalaulah aku tak sempat tadi, rasanya makin teruk dia...

Bila cerita kat Encik Rafaie cawangan jenayah (dia ni selalu juga bagi Si Tot ni makan), dia sanggup datang ke opis walaupun tengah bercuti untuk bagi sangkar supaya si Tot dapat berehat dalam sangkar tu tanpa merayau...Lepas berbincang dengan kak Sariha, kami bersetuju untuk letak si Tot bawah penjagaan doktor supaya si Tot kembali pulih dan lincah macam biasa....



letak dia dalam kotak terus je dia tido....

berehat dalam sangkar...

tak tau apa dah jadi pada telinga dia sebelah... macam kena guntin sikit kat hujung tu... huhuhuhu sian Si Totot...













11 Disember 2013

11.12.13

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 11, 2013 0 comments
11.12.13

Tak ada apa yang menarik pun berlaku hari ni... cuma... Selangor cuti sempena hari Keputeraan Sultan Selangor.... cuti pun bosan juga sebenarnya... tak ada apa aktiviti yang boleh dibuat sebab encik asben keje... tinggal aku dengan baby Arissa je la kat rumah... Ainul masih kat rumah atok dia kat Johor sempena cuti sekolah ni...

Tapi sepanjang hari aku berwechat dengan bespren aku sejak kecik.. Manek... memang dari dulu tak kering idea kalau berborak dengan dia... penat berborak kami berbalas pantun... penat berpantun kami berdrama... hahahha... pengsan..

Oh... tapi aku sempat buat puding roti dan sos kastad yang ohsem ni... jemput makan...


hebat kan cara kau berdiet Dalia... kalau macam ni, bukan berat makin turun tapi berlumba2 naik... haishhhhhhh!

09 Disember 2013

Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia....

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 09, 2013 0 comments

Tadi, dari siang bawa ke malam aku ber wechat dengan bespren aku dari kecik... Manek.. kelakar rasa bila dia bukak cerita lama... ye la...
banyak gak yang dia tau pasal aku... nama pun bespren.. cuma ada satu rahsia yang memang aku simpan sorang2... tak pernah bagitahu sesiapa termasuk dia...

Tapi.. hari ni aku dah bagitahu dia rahsia aku tu... kalau dulu memang aku segan nak cerita, tapi sekarang tak ada apa yang nak disegankan... semua tu dah jadi kenangan... kenangan manis kalau diingat2kan semula...

Alkisah... dari aku darjah enam sampai tingkatan lima aku minat kat sorang mamat ni...tua setahun dari aku... nama dia RR... dan bila aku cerita kat Manek, dia kata kali terakhir dia jumpa RR kat Subang coz RR ni pun sama macam dia, TUDM... aku dengar je Manek kata RR ada kat Subang.... whattttttttt??? Subanggggg!!!!! hahahhaha aje gila kalau asben aku tau bini dia sewel macam ni... tapi rasanya dia memang dah tau... hahahhaa...

 Nasib baik la asben aku ni sporting... dulu masa Manek masih kat Subang, dia la yang aku bawak lepak2 kat kedai mamak dengan si Manek ni... at least asben aku kenal dengan bespren aku nan seorang ni... hahaha! sama2 sewelllll....




08 Disember 2013

Durian Crepe

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 08, 2013 1 comments
Lama dah rasanya tak buat durian crepe... sebelum ni aku buat kulitnya agak tebal skit, so kali ni aku cuba nipiskan skit kulitnya...

 Dan inilah hasilnya....


 Menjadi... pasni nak buat lebih skit... baru puas ati.. makan sampai muntah... hehehhe!

05 Disember 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Puteri Harbour Family Theme Park, Johor

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 05, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Pada 1/12/2013 yang lepas aku berkesempatan membawa anak anak bercuti ke Puteri Harbour Family Theme Park yang bertempat di Johor... dari Legoland ke sini hanya mengambil masa 10 minit sahaja...

Di Puteri Harbour Family Theme Park ni terdapat Sanrio Hello Kitty Town pertama yang dibuka diluar Jepun dan juga The Little Big Club... juga kita boleh mengunjungi Lat's Place...

Jom la layan gambar yang sempat aku ambik...






























Sebenarnya banyak lagi gambar... tapi memandangkan si kecik Arissa pun sama tolong masukkan gambar. nak tak nak aku pilih mana yg sempat je la... bila2 kalau ada masa terluang aku perincikan lagi tentang gambar kat ata....



04 Disember 2013

Debaran....

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 04, 2013 2 comments

Debaran?

Ceh... debaran la sangat kan... tapi memang mendebarkan pun.. sebab? esok akan berlangsungnya final Pertandingan Bola Tampar piala KPD Subang Jaya... adoila... rasa macam nak gugur jantung ni bila mengenangkan... yang pasti esok final bola tampar wanita team aku ( team D) akan menentang team C manakala final lelaki team KBKA akan menentang team balai Bukit Puchong..

huhuhu... confirm la malam ni tak dapat tidur memikirkannya... cuma satu harapan aku... janganlah hujan esok.. tak sanggup lagi nak bertangguh... huhu!


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review