Sahabat

Halaman

26 September 2025

Latihan Bola Jaring Pertama dan Terakhir Kali : Aku Surrender!!

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2025 0 comments

Assalamualaikum wbt...


Jujur cakap, bola jaring ni bukanlah sukan aku.. mungkin sebab dari sekolah aku dah set kan dalam kepala aku, yang aku takkan main sukan ni. Aku ni cepat stress nyahhh... gerak kaki sikit tak boleh.. kejap wisel preeett kejap preettt.. mak stresss!


Tapi disebabkan kekurangan orang, aku setuju untuk dtg berlatih bagi cukupkan pemain masa sesi latihan. ye la.. 

                                       



Dan esoknya, Teha (Pengurus team bola jaring) datang jumpa aku kat opis. Dia kata dia dah masukkan nama aku sebagai pemain, sebab dia kata dia tengok aku ada potensi.. aku gelak nak menangis je la...

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku turun training sebagai salah sorang nama pemain, dalam beberapaminit pertama aku boleh tergolek dog atas court tu.. ampun nyahhhh... mujur kami2 je yang ada dalam tu.. yang aku pulak, dah tau training indoor, aku boleh guna kasut jogging untuk training padahal dalam kereta tu ada je kasut untuk indoor... tapi tu la kan... benda dah nak jadi... tak noleh kata apa...





Maka dalam beberapa minit selepas aku tergolek tu, bengkaklah kaki aku. Dan tarik diri la aku dari team bola jaring ni.. Sekian wasalam... 

18 September 2025

Program Literasi Kewangan Penjawat Awam @ IDCC

By Dalia Hassan at Khamis, September 18, 2025 0 comments



Assalamualaikum wbt...

Simpan sini untuk kenangan dan hadir bagi program literasi kewangan kepada penjawat awam.

Memang saja aku bagi nama untuk dapatkan ilmu celik kewangan ni.. maklumlah aku ni sejenis yang kuat berbelanja juga... mana tau lepas hadir program ni, aku dapat kurangkan perangai aku dalam berbelanja ni...


















 

13 September 2025

Kem Cuti Sekolah : Pertama Kali Buat Ica

By Dalia Hassan at Sabtu, September 13, 2025 0 comments

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Kali pertama daftarkan anak yang usia 12 tahun ke kem motivasi cuti sekolah yang dianjurkan oleh penganjur luar.. biasa yang sekolah anjurkan... kali ni biar dia rasa pengalaman yang berbeza...

Sebelum hantar ke kem, suruh dia makan kenyang2 dulu walau aku tau kat kem pun memang sentiasa banyak makanan...


Teringat megi sup yang aku makan masa abis training bola tampar hari tu.. errr tapi yang ni kureng skit...


Tempat pendaftaran sebelum dihantar ke kem menggunakan hilux...







Aku teman dia naik powil sampai kem.. muka cuak, first time join program yang dia tak kenal siapa2






Ok.. sebenarnya mama dia pun cuak jugak nak tinggalkan dia. Tapi setelah tiga hari, nampak gaya dia macam taknak balik dah... siap request cuti sekolah akan datang nak join lagi program mcm ni... harap harap ada la perubahan yaaa....

11 September 2025

Latihan Bola Tampar

By Dalia Hassan at Khamis, September 11, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Latihan bola tampar di Seksyen 19 Shah Alam (Dewan Tanjung)... Kenangan ni sebab tiba-tiba salah seorang dari kami, pengsan. Nasib baik klinik kesihatan kat seberang jalan dewan tu jer...












Status Blog #135

By Dalia Hassan at Khamis, September 11, 2025 0 comments

 


06 September 2025

Kenduri Kawin Anak Sepupu @ Masai

By Dalia Hassan at Sabtu, September 06, 2025 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Aku tak ada nak tulis apa kat sini, sekadar simpan gambar dan kenangan supaya senang nak cari di kemudian hari.

Majlis perkahwinan anak sepupu aku kat Masai, Johor.





 










 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review