Sahabat

Halaman

26 September 2025

Latihan Bola Jaring Pertama dan Terakhir Kali : Aku Surrender!!

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2025

Assalamualaikum wbt...


Jujur cakap, bola jaring ni bukanlah sukan aku.. mungkin sebab dari sekolah aku dah set kan dalam kepala aku, yang aku takkan main sukan ni. Aku ni cepat stress nyahhh... gerak kaki sikit tak boleh.. kejap wisel preeett kejap preettt.. mak stresss!


Tapi disebabkan kekurangan orang, aku setuju untuk dtg berlatih bagi cukupkan pemain masa sesi latihan. ye la.. 

                                       



Dan esoknya, Teha (Pengurus team bola jaring) datang jumpa aku kat opis. Dia kata dia dah masukkan nama aku sebagai pemain, sebab dia kata dia tengok aku ada potensi.. aku gelak nak menangis je la...

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku turun training sebagai salah sorang nama pemain, dalam beberapaminit pertama aku boleh tergolek dog atas court tu.. ampun nyahhhh... mujur kami2 je yang ada dalam tu.. yang aku pulak, dah tau training indoor, aku boleh guna kasut jogging untuk training padahal dalam kereta tu ada je kasut untuk indoor... tapi tu la kan... benda dah nak jadi... tak noleh kata apa...





Maka dalam beberapa minit selepas aku tergolek tu, bengkaklah kaki aku. Dan tarik diri la aku dari team bola jaring ni.. Sekian wasalam... 

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review