Sahabat

Halaman

27 Julai 2025

Jalan Jalan Melaka Bersama Keluarga Tersayang

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 27, 2025 0 comments


Assalamualaikum wbt

Jalan jalan Melaka bersama keluarga... mamcam biasa, simpan sini sebagai kenangan.





Leka tengok kapal dari atas.. (homestaty)
























 

22 Julai 2025

Perlawanan Persahabatan Pingpong : JKMNS vs MPHS

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 22, 2025 0 comments

Assalamualaikum wbt

Perlawanan persahabatan pingpong team JKM Selangor dengan Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang diadakan pada 22 Julai 2025... Maaf lah aku tak dapat nak cerita panjang sebab aku update ni pun setelah lebih sebulan lebih perlawanan persahabatan ini berlangsung. Banyak benda yang aku lupa termasuk point kami.. tapi yang pasti, aku memang kalah lawan diorang. 

Haha.. tapi aku ok je sebenarnya sebab sememangnya aku takder la terror main.. setakat biasa je.. diorang pulak, memang continuos training dan baru beberapa bulan lepas join game besar... nak banding dengan kami yang baru start training ni, seminggu sekali pulak tu, mmg babai la jawabnya... tapi takderlah kami kalah teruk. Ada je set yang kami menang.. ada je yang kalah tapi berentap sampai ke deuce.. 

Ambil pengalaman agar dapat memperbaiki lagi mutu permainan... Dan yang pasti, pelbagai cerita dapat kami jadikan pelajaran dan yang paling penting, kami dapat rakan baru!

Ok tepek gambar kat sini sebagai kenang-kenangan masa hadapan...
























Daaaaaaaaaaa!


12 Mei 2025

Kata Hati Dia ~

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 12, 2025 0 comments


Katanya dia dulu seorang staff yang terpaling dengki dan busuk hati kepada teman sekerja yang tersakiti. Dengki dan busuk hati hanya kerana dia mula berani bersuara setelah berbelas tahun dia menjeruk rasa dan menahan sabar demi sebuah keharmonian yang sebenarnya takkan pernah terjadi.

Thank you Sue.. sekarang ni aku rasa kepala aku ringan sikit sebab ada geng meja sebelah yang sedia dengar potpet aku walau aku tau kekadang bukan dia dengar pun... eh aku tak kisah lah janji aku dapat bercakap.. hahahahah.. harap2 dia akan ada lama lagi kat sini.. jangan lah dia dapat tukar cepat sangat.. 


Meninggalkan organisasi lama yang tak pernah menghargai, dan kini bahagia bersama organisasi baru yang lebih telus dan disekelilingi oleh teman sekerja yang sangat positif. Dan yang paling penting, diketuai oleh seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan dihormati juga disayangi oleh setiap bawahannya.

Alhamdulillah.
Sembilan bulan di sini,
Kesihatan mentalnya kembali pulih.
Dan dia gembira dan sentiasa bersemangat untuk belajar tugas2 yang sebenarnya baru baginya..

Dia itu adalah aku. Dan aku, aku tetap aku.

Updated 12/5/2025 @ 8:02am

Bos update macam ni dalam group whatsapp tak sampai setengah jam aku post entry ni.. camana dia tau eh ada anak buah dia yang tengah bersedih padahal dia tak tau pun kewujudan blog aku ni??? Huwaaaa sis terharuuuu 😭



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review