Sahabat

Halaman

27 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 362 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 27, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad: 27/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-285


Hari ni aku akan gerak balik ke Subang seorang diri dari Kota Tinggi. Anak-anak aku tinggal kat Kota walaupun cuti sekolah masih berbaki lagi. Nasib baik diorang faham yang mama dia tak dapat hantar dia dah dekat nak naik sekolah nanti.. mama boleh balik hujung bulan jer nanti. Sekali sambut birthday papa.

Pagi2 lagi aku dah menyuluh pokok belimbing sebelah rumah. Nak masak ikan baung yang kak long aku beri semalam, sebelum aku gerak balik ke Subang.

Nak cuci ikan baung ni pun kena pakai belimbing buloh ni.. supaya ikan tak hanyir.

Settle masak lauk, aku siapkan sarapan pula.. buat sandwich sardin je. Senang...

Teman asben aku buat batas untuk tanam pokok2 yang ambil dari rumah mak aku semalam.


Aku gerak dari Kota Tinggi dalam pukul 9pagi... Sambil drive sambil makan keledek yang aku beli kat Cameron Highland kelmarin. Manis dan sedap....

Perjalanan seorang diri memang membosankan dan membuatkan mata cepat mengantuk...

Singgah hentian sekejap untuk mencari kudapan supaya hilang segala rasa mengantuk.

 Sampai rumah, ambil motor, terus ke NSK Subang Avenue jap cari buah..

Beli ni jer...

Balik rumah goreng kerepok lekor yang ada baki lagi sebatang dalam peti ais.. bolehlah... Jap lagi nak buat kek pulak..

Siap!


26 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 361 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 26, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu: 26/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-284


Hari ni aku akan gerak balik ke Kota Tinggi untuk hantar suami dan anak-anak aku balik sana. Sian diorang.. terpaksa balik sana awal... Tapi tak apalah.. untuk kebaikan dioang juga di musim-musim pandemik covid ni...

Pagi ni mak bancuhkan tepung untuk buat cekodok pisang.. so aku tinggal goreng jer... untuk sarapan pagi ni... sebenarnya abah aku ada beli nasi lemak dan bihun goreng, tapi tak sempat nak ambil gambar. 

Lepas sarapan, turun bawah kat tanah mencari pokok-pokok mak aku untuk dibawa balik dan tanam di rumah aku yang kat kota tinggi. Terjumpa satu pokok cili padi mak dalam pasu, apalagi, mengecek la aku kat mak.. Alhamdulillah mak bagi... lagipun kat rumah mak memang ada banyak pokok cili.. tu yang mak tak kisah tu bila aku minta sepokok dua.

haha

Anak dara aku ni bangun lewat.. bangun-bangun terus turun ke tanah menyibuk kat aku... muka tu pun jelas muka baru bangun tidur..

Sebelum gerak balik Kota Tinggi, mak suruh masak dulu so nanti boleh makan dulu sebelum balik..

Goreng ayam ni untuk budak2 jer...

sayur bayam goreng...

Erkkkk Alhamdulillah... nampak simple tapi sedap yakmat...

Si Arissa dan sepupu dia yang sebaya dengan dia darjah satu.. beza sebulan lebih jer diorang ni...

Si Arissa dan sepupu dia darjah 5..
Aku tak taulah si Arissa yang tinggi atau Si Adriana yang rendah.. haha.. tapi aku tak kisah sangat sebab diorang ni masih boleh tinggi lagi.. Kalau Ainul dulu, bukan main masa kecil cepat tinggi, bila dah besar macam tak tinggi-tinggi pulak. Aku pulak yang risau... 

On the way balik Kota Tinggi.
Bertabahlah anak-anak ya...
tak lama... tiga jam lebih jer perjalanan....
ngeeeeee!

Bubur lambuk Kak Long aku bagi tadi.. sedapnya lama betul tak makan bubur lambuk...

Lalu Simpang Renggam singgah beli jagung tepi jalan... topup jagung yang aku beli kat cameron hari tu... 

Dah dapat topup jagung, baru masuk hiway semula...

Jagung Cameron Highland vs Jagung Simpang Renggam
aku pun tak tau yang mana satu tapi yang pasti yang rupa buruk tu dapat dari Cameron... pandai peniaga sana selit2kan plastik yang elok dan tak elok.. dah le aku beli 5 bungkus.
 Frust betul.

Nyesal tak cek dulu.

Manis nenas ni.. beli kat Simpang Renggam...

Petang adik ipar aku buat besday anak dia, Anaqi yang baya Ainul tu...

Alhamdulillah... senang kerja aku.. tak payah nak masak lagi dah...
Syukurrrr..





25 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 360 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 25, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat: 25/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-283


Hari ni kami akan gerak balik ke Johor.. plan asal anak-anak aku akan duduk rumah nenek Segamat dia sampai abis cuti sekolah. Lepas hantar anak-anak aku kat Segamat, sepatutnya aku dan asben akan balik semula ke Subang pada hari Sabtu dan Ahad suami akan balik ke Kota Tinggi dengan menaiki bas.. Bila anak-anak aku dah berkobar nak duduk dengan nenek dan atok dia kat Segamat, dapat berita pula kat FELDA tu ada kes covid. Walaupun sorang yang kena, kerisauan tu agak tinggi juga... Mak aku pun tak kasi diorang duduk sana walaupun pada awalnya mak aku yang minta anak-anak aku balik teman dia kat sana. Tapi apakan daya.. 

Walaupun anak-anak tak jadi tinggal rumah nenek Segamat diorang, tapi aku tetap bawa diorang balik tapi dengan syarat jangan salam nenek dan atok. So pagi ni kami akan gerak balik ke Segamat lepas settle beberapa hal. Hal paling penting, aku nak pergi satu kedai pakaian ni sebab nak belikan Arissa seluar dan baju lagi.. hari tu sebelum pergi cameron aku dah belikan, dan sesuai dengan dia. Kali ni aku nak belikan lagi sebab kebanyakan baju-baju dia dah lusuh dan seluar pula makin hari makin senteng.. cepat betul dia ni memanjang. haha.. lagipun masa beli yang sebelum ni, dapat voucher untuk next pembelian.. 

okla tu dapat kurang sikit harganya nanti...


Asben aku ajak pergi sarapan dulu.. lagipun awal lagi ni, kedai baju pun tak buka lagi.. so kitorang pergi Restoren Mak Uda... aku makan mee kari... lama betul tak makan mee kari kat sini.

Anak-anak aku nak makan nasi ayam lagi padahal petang semalam pun makan nasi ayam.. tapi tak apalah.. biar jer diorang makan kenyang-kenyang sebab nanti dah tak singgah mana2 dah.. terus jer ke Segamat. Ni kiranya terus sekali dengan makan tengahari.

Lepas makan, asben ajak pergi Bukit Subang jap.. rindu katanya nak pergi tempat dia meniaga dulu.. nak jumpa kawan-kawan lama... Dari Bukit Subang, kami terus ke Elmina ikut jalan dari sana.. tak tau pulak Elmina ni boleh tembus Bukit Subang.. haha.. biasa aku dari arah bertentangan.


Arissa.. susah nak senyum depan kamera...


Dari Elmina, singgah kedai basikal jap pam tayar basikal... tayar basikal tu memang aku dah standby siap2 letak kat bonet...

Model tayar basikal..

Lepas pergi kedai basikal baru pergi kedai pakaian untuk belikan baju Arissa. Lupa pula nak ambil gambar...

Settle beli baju, terus gerak ke Shah Alam, hantar jagung dengan keledek yang Sue kirim masa aku pergi Cameron aritu... 

Lepas hantar jagung kat Sue, on the way nak masuk hiway ada orang jual mangga asam boi dekat trafik light ni. Macam biasa la, diorang minta beli.. kesian katanya kat orang yang menjual tu.. ye lah.. papa beli gak la dua bekas....

yummy... meriah asam boi dia.. 

Sampai Segamat, singgah beli cendol Segar Amat dulu kat Taman Yayasan.. cendol dia ni memang sedap dan terkenal kat Segamat tu... banyak cawangan dia.

Sampai rumah abah, tergelak tengok.. tiga-tiga kereta jenis sama, warna jer yang berlainan..
Anak abah sungguh aku dengan kak Ani. 
Semua nak sama dengan abah. Kereta sebelum ni pun beli sebab abah pun beli kereta jenis tu. Ni sekali lagi.

haha






24 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 359 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 24, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis: 24/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-282


Selamat Pagi Cameron Highland!

Happy Anniversary ke-15 buat aku dan suami!

Rasa macam baru semalam jer kami bernikah... eh eh eh! tergatal pulak sikit. quiquiqui


Breakfast kami pagi ni.. seram plak tengok jem strawberry tu.. merah sangat. haha..
Asalnya aku ingat nak buat sandwich sardin jer. Tengok2 lupa nak bawak limau kasturi.. aku kalau sardin ni mesti nak kena perah dengan limau, lain la kalau masak. Kalau tak masak, memang macam lain sikit rasanya. tak lalu kat tekak. Tu yang makan roti dengan jem jer... buah betik tu pulak aku bawak dari rumah semalam. Betik yang aku beli kat NSK kelmarin. Sedap. Manis. Cuma agak terlebih masak sikit. Tapi masih boleh ditelan.

View pagi... Bermalas-malasan dulu kat homestay sebelum checkout jap lagi. Pukul 11pagi baru kami gerak keluar... 

Cari teh jap...

Belikan kaktus untuk mak..

Cantik warna dia...

hasil tangkapan khas untuk mak jer...


Sedap ni. haha

Memang sah la budak2 suka.. mak budak pun sama.. rambang mata tengok kek..



ubat kurus

Yang ini untuk aku. Cari yang murah-murah jer... harap bertahan lama la nanti duduk dengan aku.

terjebak

Dari Cameron sampai Subang, terus cari makan kat restoren favourite aku ni..
Ayam Gepuk Yeop @ Subang Bestari

Nasi Ayam Hainan untuk anak2..

Ayam gepuk untuk mama dan papa

Alhamdulillah...
Kenyang.


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review