Sahabat

Halaman

05 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 218 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 05/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-141



Pagi ni sebelum gerak pergi kerja, aku goreng karipap frozen dulu. Karipap yang Eka bagi aku sebelum raya haji aritu. Sedap karipap dia. Aku suka.

Pergi kantin, tengok ada Garlic Bread dengan Mushroom Soup ni. Beli la 3 ketul untuk makan tengahari nanti.

Makan malam aku goreng donut frozen yang beli kat kak wani tadi. Sedap makan panas2... Lembut jer



04 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 217 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 04/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-140

Malam tadi aku ada rebus tulang yang aku bawak dari Segamat aritu.. tulang qurban. So pagi ni aku bawak tulang tu pergi opis untuk aku masak mee bandung tulang kat opis nanti. Masalahnya perencah aku tu macam tak cukup jer. Mee kuning pun ada setengah kilo je. Memang aku kena menyinggah mana2 kedai runcit untuk tambah bahan yang tak cukup tu.


Aritu ternampak Ina update kat status wasap.. dia jual bayam brazil crispy ni. RM5 je.. aku pun order la dua botol. Tak pernah try lagi... Mesti sedap macam pria crispy.. bila start mengunyah, susah nak berhenti.
Sebelum sampai ofis tadi, aku singgah kedai acheh kat depan sekolah seafield tu. Malangnya... Tutup... So dalam pukul 10 aku ngulor jap pergi Mydin. Sekejap je dalam setengah jam. Ala.. kira macam aku keluar pergi minum jap... Sarapan.


Geram pulak aku tengok ikan salmon ni...

Lepas beli barang kat Mydin tadi, aku balik opis aku terus masak mee bandung tadi. Kejap je siap sebab tulang tu aku dah siap rebus awal2. Perencah pulak memang aku guna perencah segera. Tinggal pecahkan telur dan masukkan sayur jer. So buat keje opis, sambil tu aku masak mee bandung tulang.

Bayam Brazil Crispy yang aku beli kat Ina tadi. Betul tekaan aku. Sekali dah start kunyah, memang tak boleh nak berhenti. So shedappppp... Haha... Aku tabur atas mee bandung aku tu, bertambah-tambah selera makan aku. Ngeeeeee!

Yatz bagi aku ikan pekasam yang mak dia buat dengan mochi kacang merah. Rezeki aku... Dan aku bagi kat dia dan tini mee bandung yang aku masak tadi.

Mochi kacang merah... Sedap hoi!

03 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 216 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 03/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-139




Pagi2 lagi teringin nak makan pasta goreng. Sos sebelum sampai ofis, aku menyimpang jap pergi ke Restoren Nasi Ayam Klasik USJ1 untuk beli spagethi goreng. Alhamdulillah kenyang sampai malam. 

Roti kentang yang wife Sjn Adam buat. Rajin betul... Kami gak yang untung selalu merasa masakan yang dia buat. 

Balik kerja aku singgah Pasaraya Super Seven jap cari barang sikit. Ingat esok aku nak masak mee bandung tulang kat ofis, itupun kalau aku rajin.


Sampai rumah, sambil rebus tulang untuk masak esok, aku buat vietnamese roll guna apa barang yang ada je kat rumah. Alhamdulillah.. kenyang..

02 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 215 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 02/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-138

Hari ni aku akan balik ke alam nyata. Pulang ke pangkal jalan untuk meneruskan perjuangan hidup yang penuh liku ini. Ok aku merepek.

Asben dan anak-anak aku dah gerak balik Kota Tinggi dari Segamat pukul 9pagi tadi. Aku pulak naik bas ke TBS pukul 12tengahari. Beginilah nasib aku... Aku keje kat Selangor... Suami dan anak-anak aku pulak menetap kat Kota Tinggi. 

Sis pasrah walau hati parah...


Mayang Sari jadi pilihan...


Jem gler. Masuk hiway Tangkak je terus jem... Kat RNR dan Hentian Rehat pun penuh jer semua...

Perjalanan dari Segamat biasanya ambil masa dalam 3 jam jer tapi kali ni sampai 6 jam.. lenguh pinggang... Nasib baiklah memang aku dah dapat agak dari awal. Sebab tu aku pilih untuk naik bas je. Sekurang2nya aku boleh rehat sepanjang perjalanan.

Sampai TBS, plan asal aku nak naik LRT sampai Taipan.. kereta aku tinggalkan kat IPD.. tapi memandangkan aku bawak flask mak aku yang aku isikan dengan daging dan tulang qurban termasuk ais bagi mengekalkan kesegaran daging, maka terpaksalah aku ambil Grab dari TBS ke USJ8.. lebih selesa dan paling penting, aku tak perlu berangkut berat2 barang untuk naik LRT. 
Sampai IPD aku terus masuk ofis. Simpan perut lembu yang Yatz minta... Saja simpan kat peti ais ofis terus supaya aku tak terlupa nak bawa esok. Lepas tu aku terus makan bekal yang mak aku bagi tadi. Ikan baung salai masak lemak dengan buah chepu. Ya Allah sedapnya air tangan mak aku. Puas hati dapat makan lauk yang sesedap ni. Bak kata anak aku si Ainul tu, dapat makan kuah yang nenek masak pun dah sedap. Tak payah lauknya.


Malam aku goreng karipap pulak. Karipap frozen Eka bagi. Memang sedap air tangan dia ni.. memang bersyukur lepas dia kawin ni, dia dok Paya Jaras. Dekat dengan rumah aku. Kalau tak, sebelum ni aku balik Segamat baru dapat merasa air tangan dia.

01 Ogos 2020

Ibadah Qurban 1441 Hijrah

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada  Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.  


Gambar kat bawah ni masa qurban dibuat kat rumah mak abah aku kat Segamat.

Qurban, qurban juga. SOP jangan dilupakan. Kena saman boleh dibayar... Kena covid, sendiri mau ingat. 🤣🤣🤣
































PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review