Sahabat

Halaman

28 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 119 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 28, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 28/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-42

Ramadhan : Hari Ke-5

Hari ni aku kena kerja.. Jadi nak tak nak aku kena juga bangun untuk bersahur. At least ada sesuatu yang masuk ke perut aku.. Kalau tak, mesti kepala aku asyik rasa nak pitam je nanti. Aku pun tak tau apa kaitan antara tak makan dengan nak pitam. Hehe.


Makan roti cicah sup lebihan sup bakso yang aku buat kelmarin. Makan je la apa yang ada. Sup bakso ni memang aku simpan kat bahagian beku kat peti ais tu.. so tahan lama skit kalau simpan.

Makan sambil layan mata yang masih mengantuk. Ye la.. malam tadi susah sangat nak tidur. Entah pukul berapa baru dapat lelap.

Sampai ofis dalam pukul 7.45 pagi.. layan radio sinar jap...

Siapalah yang campak puting susu kat sini... Rasanya kucing2 tu tak hisap poteng.

Toleh kiri, kanan, depan dan belakang. Ok line clear! Selfieeee

Ke Mydin jap cari buah semangka. Kat sana murah sikit kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.


Nak beli semangka jerrrr.. la sangat. Tamak. Yang sebiji aku beli, yang potong pun aku beli. Buah lain aku ada beli buah oren dengan mangga.

Sampai rumah, ada orang edarkan bubur lambuk dengan kurma kat pondok guard rumah aku. Alhamdulillah rezeki.

Menu berbuka aku sorang hari ni...
Bela saka sungguh. Balik keje aku singgah Restoren Ubi Kayu kat Taipan kononnya nak cari kuih tepung pelita. Penyudahnya poketku yang derita.

Mee Jawa

Mangga dan semangka yang aku beli kat Mydin tadi.

Sagu gula melaka X dua

Kole kacang

Onde-onde

Jus mangga

Tamak sangat kan. Penyudahnya bubur lambuk dengan buah je aku abiskan masa berbuka tu. Yang lain tu aku kayuh slow-slow abiskan.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

28/04/2020





27 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 118 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, April 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 27/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-41

Ramadhan : Hari Ke-4

Oleh sebab berbuka puasa semalam aku minum nescafe ais makanya malam tadi aku keresahan sebab mata tak boleh nak lelap. Ye padanlah dengan muka aku... Dah tau kesan kalau minum nescafe nak minum jugak. Kalau minum time sahur tu bertabahlah juga. Ni minum masa berbuka. Selamat lah.. selamat berjaga sepanjang malam...

Aku sahur lebih kurang pukul 3 lebih.. dah tak boleh tidur, perut pun lapar awal laaa... Oleh sebab bakso yang aku masak semalam ada lagi, so panaskan tu jer untuk sahur. Jangan membazir.

Hari ni seharian aku menghadap Candy Crush. Ye la.. dapat nyawa infiniti. Apalagi....

Nasi Ayam Penyet untuk menu berbuka.. Malas nak masak. Order guna apps Foodpanda jer..

Terlupa yang roti papa john aku ada lagi semalam.. dah malam sikit aku bedal. Alhamdulillah.. esok tak payah sahur pun takper.

Eh. Tak boleh. Walau macamana pun esok kena bangun sahur gak.. sebab esok aku keje. Mau aku pitam kalau tak makan nanti.. dah le sekarang ni kepala cepat rasa nak pitam...

Semoga pagi esok aku tak terlajak bangun.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

27/04/2020






( Resepi ) Kueh Maggie Daging

By Dalia Hassan at Isnin, April 27, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku ada belajar satu resepi baru dari Puan Qisnoe, isteri Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya...

Nampak simple, menarik dan sedap. So aku ambil keputusan untuk simpan kat sini resepi ni supaya tak hilang. Ada masa nanti inshallah boleh cuba buat.


Kueh Maggie Daging

1 cawan daging cincang
1cawan daun sup + daun bawang ( cincang)
1 cawan carot ( cincang dadu)
1 cawan bawang besar ( cincang )
1 cawan  lada merah di (cincang buang biji)
5 bungkus maggie kari
Sedikit lada putih
Telor untuk mengoreng


Cara membuatnya :-

Tumis bawang puteh hingga kuning , masukkan daging kisar + lada puteh masukkan sedikit air dan masukkan semua barang cincang hingga empuk dan masukkan maggie yg dipatah 2 dan masukkan rempah maggie tadi + air dan gaul rata sampai empuk ,
Akhir sekali masukkan bahan yg dah siap kedalam loyang dan biarkan mengeras dalam petiais beku, dah keras potong2 dan salutkan dengan telor lalu di goreng .
Kurangkan  lada jika nak kurangkan pedas

Ok selamat mencuba 🌺🌺

26 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 117 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 26/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-40

Ramadhan : Hari Ke-3

Hari ni aku macam tak ada selera nak sahur. Bangun awal dah, kalau nak masak pun memang sempat sangat. Tapi tak tau la kenapa tekak ni macam tak rasa nak makan apa-apa.. Akhirnya aku buat air milo je untuk sahur..

Macam biasa hari tak kerja time PKP ni aku guling2 je kat rumah... Tak tau nak buat apa.. Tetiba teringat kat aplikasi Gerak Malaysia untuk permohonan rentas negeri hari ni dah dibuka. Selesai je mohon tiba2 je ada semangat baru dalam diri. Sekurang2nya harapan aku untuk balik Johor jumpa suami dan anak2 aku itu ada.

Aku bangun dan kemas apa2 yang patut. Kemudian mood aku untuk buat kuih raya datang lagi.. Oleh sebab Yana dengan Nik Nurul ada sebut nak makan tart aku, aku pun buatlah satu adun tart biasa dan satu adun lagi tart blueberry. Cuma kali ni aku tak jumpa pewarna blueberry.. yang aku jumpa pewarna anggur. Bolehlah. Janji purple walaupun rupa tak cantik macam yang aku pernah buat sebelum ni.


Standby dulu peralatan dan juga bahan untuk menge'tart'...



Erm. Nampak gaya aku dah terkenan badi grup fb 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'... Camana ntah aku boleh ter setting api atas jer.. dalam 10minit juga la sebelum aku terperasan yang aku bukak api atas je. Abis tart aku satu tray ni garing. Crunchy orang jawa kata.


Ni tart yang dah siap.
Sebenarnya tart aku ni tak sedap mana pun. Kalau nak jual memang aku tak guna resepi yang ni sebab resepi ni adunan tu aku tak letak gula pun. Memang aku tak nak letak.. dari dulu lagi aku lebih suka resepi ni tapi aku rasa siapa yang biasa makan tart orang jual, memang takkan suka tart aku ni sebab tak manis.
Cuma aku je yang suka macam ni.
(Done meyakinkan kawan2 aku bahawa tart ni memang tak sedap dan diorang tak payah la mintak aku punya ni. Nanti tak cukup. Hahaha ok2 aku gurau. Jangan ambik hati. Tart ni pun aku buat sebab kawan aku teringin nak rasa)

Ni menu berbuka aku tadi. Asalnya aku ingat tak nak masak sebab aku dah order Papa John. Tapi bila mengenangkan semalam Kuih Tepung Pelita yang aku order tak sampai2, terus aku ambil keputusan untuk masak apa yang ada. Buatnya roti john aku tak sampai, apa aku nak  buat makan berbuka nanti. Oleh sebab bahan buat bakso ada lagi, tu la yang jadi menu aku untuk berbuka hari ni.

Sampai juga Papa John ni. Terbanyak pulak menu aku hari ni.
 Tauhu bergedil pun aku ada goreng tadi. 

Mula2 aku ingat nak potong betik ni.. tapi risau kalau dalam dia masih keras. Betik ni Yatz yang bagi aku, hasil tanaman dia kat depan rumah. Aku ni kalau rumah aku kat sini ada tanah, nak gak aku bercucuk tanam. Nak bercucuk tanam kat keliling rumah kat kg, memang krik krik la... Takder sapa nak jaga. Tunggu la nanti aku dapat tukar balik Johor. Memang macam2 aku nak tanam.
#beranganitugratisgais

Bakso aku aku tadi. Lupa la pulak nak potong limau kasturi. Patut rasa macam ada yang kurang selain daun sup.



Tembikai merah sebagai kudap-kudapan aku di malam yang syahdu menahan rindu luka di kalbu, please say no to Ustaz Abu Shafiq.

Ok melalut.
Sekian catatan aku untuk hari ni, sebagai kenang-kenangan untuk hari esok.

Daaaaaaaaaaaaa
….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

26/04/2020





25 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 116 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, April 25, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 25/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-39

Ramadhan : Hari Ke-2

Kalau semalam aku terbangun dah dekat2 waktu imsak sampai tak sempat nak masak, terpaksa makan roti cicah sambal tumis yang aku masak malam sebelum tu, hari ni pulak aku terus terlajak bangun. 6.45am baru aku tersedar... Memang say goodbye la kat sahur. Teruk betul perubahan biological clock aku. Tak boleh jadi ni.. kena buat sesuatu untuk kembalikan waktu yang asal...

Sampai barang aku ni.. cepat betul servis DHL... Efisien pun ya. Ni bahan2 untuk buat air Lai Chee Kang... Anak buah aku yang Nana tu jual. Pastu abang aku baik hati, dia belanja semua adik beradik sorang dua bungkus. Termasuk kos pos pun abang bayarkan. Alhamdulillah. Cuma aku tak tau bila nak buatnya.. satu plastik ni untuk minum 5-6 orang. Aku kat rumah ni ada sorang je.
Takperlah aku simpan dulu kut2 dalam masa terdekat ni boleh balik kampung.

Hari ni nak pergi kedai runcit depan ni jap beli kacang panjang. Tengok2 kat parking kereta aku no parking ada untuk dua rumah. Confuse jap. Aku terus call wakil JMB En. Shaiful untuk mengesahkan mana satu sebenarnya parking kereta aku. Kebetulan budak yang mengecat tu masih ada kat situ lagi.


Siap bukak pelan lagi... Yang tudung hitam tu jiran satu tangga dengan aku. Dia pun confuse sebab parking kereta dia dah bertukar ke no parking aku. Tempat parking aku pulak bertukar ke no jiran sebelah rumah aku.

Lepas tu aku biarkan diorang berbincang kat situ.. aku nak pergi kedai, takut terlewat pulak kacang panjang abis.

Balik dari kedai runcit, tengok dia dah betulkan dah parking aku.
Ok. Dah tak confuse dah..

Lauk berbuka aku hari ni. Sepatutnya ada kuih tepung pelita, aku order kat sorang budak ni, terjumpa iklan dia kat grup fb.

Tunggu punya tungga sampai berbuka tak ada. Katanya sangkut dalam hujan. Takper la.. takder rezeki aku. Tertunggu2 juga kut2 dia hantar lewat ke, tapi tak ada...

Keluar cari kacang panjang tadi nak masak ayam kunyit ni je.. lama dah teringin nak makan..
Satu bekas tu aku makan sorang.

Sekian.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

25/04/2020





24 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 115 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, April 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 24/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-38

Ramadhan : Hari Pertama

Hari pertama berpuasa aku dah terlambat bangun.. Nak masak pun tak sempat dah so aku makan jer la apa yang ada. Semenjak PKP ni, biological clock aku dah berubah... Nampak gaya kena jadikan rutin bangun pagi macam sebelum PKP...

Roti cicah sambal tumis.. pastu makan kek pisang kak mona yang ada sikit lagi tu.

Ni menu berbuka puasa... Tamak kan sampai dua buat. Penyudahnya tak abis pun

Ni jer la cerita aku untuk hari ni. Takder cerita menarik selain dari melayan perasaan yang tak keruan rindukan suami dan anak2 kat kampung.

Huhu
….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

24/04/2020



23 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 114 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 23/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-37

Esok dah mula umat Islam berpuasa. Sedih rasa hati aku ni terpaksa berpuasa sorang2 kat sini. Tapi takperlah.. harap2 aku ada peluang la balik Johor dalam masa terdekat ni untuk jumpa suami dan anak2 aku.

InshaaAllah

Tolong doakan untuk aku ya.
Maceh!

Pagi ni aku sarapan kek pisang kak mona je.. malas nak masak... Kawankan pulak dengan Air Milo Farm Fresh yang dah memang jadi favourite aku sekarang ni...

Cubaan untuk buat biji sagu jadi sebutir sebutir macam kristal gagal lagi. Lepas ni aku buat sagu gula melaka tu guna teknik asal je la yang aku biasa buat sebelum ni. Tak payah gatal2 cuba yang viral2 ni.

Bahan semua ada maka terhasillah puding roti sos kastad aku 

Senang hati tengok dia menjadi dalam oven

Bayangkan ni semua aku makan sorang...

Alhamdulillah... Kenyang makan ni je. Haha

Malam buat stok sambal tumis pulak...

Tengah2 malam makan lempeng cicah sambal.
 Haha

….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


23/04/2020





PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review