Sahabat

Halaman

04 Ogos 2016

Hiking @ Bukit Tabur Far East 2.0

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt...




Pada 30/7/16 yang lepas aku bersama 3 lagi rakan aku dari grup Geng Outdoor Subang Jaya telah bersama sama mendaki Bukit Tabur Far East. Ini adalah kali kedua aku naik ke Bukit Tabur bulan ni. Bukan apa, musim musim perayaan macam ni memang la lemak banyak melekat kat badan. So dengan hiking ni la salah satu cara untuk kami singkirkan lemak lemak jahat tu. (Ceh!)




Pemandangan dari bawah... sebelum mula mendaki...


baru panjat sikit peluhnya kemain lagi... berjurai jurai...


Apa yang membuatkan kami sampai lambat adalah, sibuk bergambar kat setiap laluan. haha!


Camerawoman kami yang begitu gigih (dah seminggu dah tapi kami masih tak dapat lagi nak tengok gambar2 tu) haha!


Berhenti jap sementara tunggu giliran kami untuk ke atas.. (kat atas dah ramai sangat pendaki... sesak)


sempat gak posing...


kat sini memang perlukan bantuan tali untuk memanjat...


kat sini pun sama.. terpaksa guna tali..







hamboi... sempat...
















Awang... ikut sama tuannya pergi hiking...


pemandangan dari puncak...




no komen. hahaha


masa untuk turun ke bumi yang nyata...


no komen gak!! haha




Program Gaya Hidup Sihat ( Trafik )

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Aku rasa macam dah lama dah IPD tak buat Program Gaya Hidup Sihat... Ye la.. kali terakhir dulu sebelum puasa. Ni bila trafik yang buat program gaya hidup sihat, aku tak lepaskan peluang la untuk join. Bagus juga buat aku, selain dapat mengurangkan lemak2 raya, dapat jugak la aku tambah stamina sebab esoknya aku dengan geng2 outdoor nak pergi hiking kat Bukit Tabur. Takder la pancit nanti. haha!

Tarikh : 29/7/2016
Lokasi : Tasik Subang Jaya (Berhampiran Hotel Grand Dorsett Subang)

perkara wajib... beraksi depan kamera... ngeeeeeeee!

jalan2 dulu... panas terik weh. bayangkan la masa tu baru pukul 3.30pm...
lari2 anak...

dah jalan2 n lari2 anak baru warm up.. haha!

aksi.. haha








Kopral Marthia : you all buatlah dulu... I sakit perut lah.
haha!


panas terik weh!




Program Keusahawanan Sosial

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...


Bagi mata pelajaran Keusahawanan Sosial yang aku ambil bagi semester ni, kami dikehendaki membuat satu program bagi membantu masyarakat dalam meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, kami juga perlu membantu mereka untuk menyediakan Rancangan Perniagaan dalam usaha mendapat suntikan modal dari Institusi Kewangan yang dipilih.


Setelah dua tiga kali usul team kami di tolak oleh pensyarah, akhirnya idea saat akhir kami diterima. Program Transformasi Komuniti Keusahawanan Sosial, "Product Value Added To Increase Profit" yang dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita KRT Seri Nilam, Ampang dipilih sebagai projek keusahawanan sosial kami.


Dengan disertai oleh lebih kurang 15 orang penduduk Pangsapuri Seri Nilam, program dimulakan dengan ceramah motivasi yang diberi oleh Azri a.k.a Aerick. Selesai ceramah motivasi, setiap seorang peserta di beri peluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara untuk menambah baik tudung yang kami sediakan bersama aksesori yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Dan sebagai ganjaran, kami hadiahkan tudung tersebut kepada mereka sebagai tanda penghargaan.



Dimulakan dengan ceramah motivasi..

pembentangan menggunakan slide...


Demo dilakukan oleh my adik kepoh @ Ziela..








































Seronok bila tengok diorang happy. Dan, kami terlebih happy sebab dah selesai satu tugasan. Lepas ni focus pada Rancangan Perniagaan pulak.




Good Luck team!

26 Julai 2016

Status Blog #99

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 26, 2016 0 comments


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review