Sahabat

Halaman

27 Januari 2016

Langkawi : Restoren Seashells Chenang

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ke Langkawi aku awal2 dah mintak tolong pakcik google untuk carikan tempat makan yang best dan menarik tertarik kau memang da bomb kat sana... dan pakcik google bagitau yang restoren Seashells Chenang yang terletak di Laman Padi ni memang unik dan menarik kerana terletak di tepi sawah bendang dan bersebelahan dengan Muzium Padi.

Cuma kami tak ada rezeki untuk merasai masakan Restoren Seashells tu sebab kebetulan diorang tengah tutup untuk satu function ni dan akan dibuka semula pada jam 7pm. So memang kami tak dapat nak tunggu la memandangkan banyak program lain yang menunggu. Maklumlah.. masa pun terhad...

So, alang alang dah sampai, walaupun tak dapat nak makan, tapi kami sempat bergambar kat sana.. macam biasa la.. kan?

Haha!

Ni la antara pemandangan yang dapat aku rakamkan kat sana. Memang menarik.. dikelilingi oleh kehijauan sawah bendang.

errrrrr.. yang gambar selfie tu, sila jangan muntah yer. Nak buat camana.. hobi syok sendiri. Ngeeeeee!































Langkawi : Riverra Inn

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 27, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni la tempat penginapan aku masa kat Langkawi aritu.. Riverra Inn yang terletak di Pekan Kuah. Agak selesa, sesuai la buat kami berdua... bilik pun okay, cantik... sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Dari Riverra Inn ni dekat je kalau korang nak pergi shopping barang2 kat Pekan Kuah tu.. jalan kaki pun boleh. Tapi larat tak larat je la korang nak angkut barang. Yer la.. macam aku, walaupun tak beli pinggan mangkuk semua, tapi beg untuk coklat je dah lebih 10kg. Ajer giler. Ni sebab dah terjanji la dengan anak2 nak belikan diorang coklat banyak. Haha! So better bawak la kereta kalau nak pegi shopping tu..

Ni la gambar gambar yang sempat aku ambil di Riverra Inn tempohari...






















21 Januari 2016

Kelengkapan Majlis Hari Jadi ~ partybuzz by NiezaLysha

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 21, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Hai semua ! Anda ingin mengadakan birthday party untuk si manja yang tersayang? Tak tahu mana nak dapatkan bekalan segala kelengkapan party dan decoration ideas??

Di sini jawapannya....

Partybuzz by NiezaLysha menyediakan perkhidmatan / menjual :


Balloons and decorations for party / event

Balloons delivery

Inflatable bouncer











For more details, feel free to buzz partybuzzbynl at 0133526877 /0166700264

dan juga

Visit / Follow Instagram



Thanks ya!


Dalia : Tolong promote bisness kawan-kawan. 

Semoga maju jaya team partybuzzbynl !

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review