Sahabat

Halaman

09 November 2019

Batman Night Run 2019

By Dalia Hassan at Sabtu, November 09, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Berapa minggu jugak tak join mana2 run.. kali ni dapat tiket free untuk join Batman Night Run 2019, memang tak lepaskan peluanglah. Untungnya keje bawah Subang Jaya ni, kalau ada aktiviti macam ni mesti dapat tiket free walau tak banyak. Cuma ko nak atau tak nak je join. Kalau taknak takpe, ramai lagi yang nak tiket free tu. Hehe


Beratur ambik race kit

Dengan Sue Senget.. flawless giler muka amik gambar guna phone dia.
Sue, Azlin, aku ngan As.
Pantang angkat kamera.. semua menepek termasuk aku 

Beratur nak turun escalator ke Surf Beach Sunway Lagoon





Bersedia untuk berlepas... 




Kena lalui lorong ni dulu. Bersesak-sesak. Nak pitam aku rasa. Haha

















Best memang best larian waktu malam ni. Cuma aku rasa tak selesa dengan kesesakan yang berlaku.. ye la.. biasa join run kat kawasan terbuka. Kali ni kat kawasan yang sempit (surf beach.. kiranya sempit la sebab bersesak2 rasanya hampir 7ribu orang jugak)

Tapi takper la. Yang penting tiket free. Dapat medal.. dapat mask. 

Oklah tu kan walau beberapa kali rasa nak pitam.

 Haha




19 Oktober 2019

Pendiri Akala Firdausi : Makan Malam Amal

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 19, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Yang ni tak ada yang nak cerita sangat, cuma nak simpan sedikit gambar dan video kat sini sebagai kenang-kenangan dimasa hadapan.

Majlis Makan Malam Amal : Pendiri Akala Firdausi yang dibuat di Dewan Felda Pemanis. Walau badan agak sedikit letih disebabkan majlis perkahwinan anak saudara di sebelah siang, tapi layan juga ditambahkan lagi dengan lawak jenaka Azlee Senario, hilanglah juga rasa mengantuk.

Pada asalnya ikutkan memang aku malas nak pergi.. dari game badminton kat JB terus ke majlis kahwin.. memang agak letih sebenarnya. Tapi sayang pulak kalau tak pergi.. sebab abg aku dah beli untuk satu meja untuk 10 orang. Ini pun kami berlapan je yang masih larat datang. Anak2 buah aku yang ikut ni pun boleh tertido-tido kat meja. Masing2 kepenatan.

Haha.

Gambar yang sempat diambil...









Layan Video pulak 










Majlis Perkahwinan Anak Saudara : Nana & Ijoy

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 19, 2019 1 comments

Assalamualaikum wbt..

Anak saudara sulung aku dah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya. Alhamdulillah. Yang paling excited mestilah kakak aku dan suami dia sebab terima menantu pertama. Harap2 dalam setahun lagi dapat cucu pulak. Mudah-mudahan hendaknya.. Nanti Aunty Ya naik pangkat ke NannyYa.

Haha macam janggal jer.

Ni gambar2 sekitar majlis pernikahan dan persandingan Ammynurdiana Rohazit dan suaminya.
























PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review