Sahabat

Halaman

04 Ogos 2016

Program Gaya Hidup Sihat ( Trafik )

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Aku rasa macam dah lama dah IPD tak buat Program Gaya Hidup Sihat... Ye la.. kali terakhir dulu sebelum puasa. Ni bila trafik yang buat program gaya hidup sihat, aku tak lepaskan peluang la untuk join. Bagus juga buat aku, selain dapat mengurangkan lemak2 raya, dapat jugak la aku tambah stamina sebab esoknya aku dengan geng2 outdoor nak pergi hiking kat Bukit Tabur. Takder la pancit nanti. haha!

Tarikh : 29/7/2016
Lokasi : Tasik Subang Jaya (Berhampiran Hotel Grand Dorsett Subang)

perkara wajib... beraksi depan kamera... ngeeeeeeee!

jalan2 dulu... panas terik weh. bayangkan la masa tu baru pukul 3.30pm...
lari2 anak...

dah jalan2 n lari2 anak baru warm up.. haha!

aksi.. haha








Kopral Marthia : you all buatlah dulu... I sakit perut lah.
haha!


panas terik weh!




Program Keusahawanan Sosial

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...


Bagi mata pelajaran Keusahawanan Sosial yang aku ambil bagi semester ni, kami dikehendaki membuat satu program bagi membantu masyarakat dalam meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, kami juga perlu membantu mereka untuk menyediakan Rancangan Perniagaan dalam usaha mendapat suntikan modal dari Institusi Kewangan yang dipilih.


Setelah dua tiga kali usul team kami di tolak oleh pensyarah, akhirnya idea saat akhir kami diterima. Program Transformasi Komuniti Keusahawanan Sosial, "Product Value Added To Increase Profit" yang dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita KRT Seri Nilam, Ampang dipilih sebagai projek keusahawanan sosial kami.


Dengan disertai oleh lebih kurang 15 orang penduduk Pangsapuri Seri Nilam, program dimulakan dengan ceramah motivasi yang diberi oleh Azri a.k.a Aerick. Selesai ceramah motivasi, setiap seorang peserta di beri peluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara untuk menambah baik tudung yang kami sediakan bersama aksesori yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Dan sebagai ganjaran, kami hadiahkan tudung tersebut kepada mereka sebagai tanda penghargaan.



Dimulakan dengan ceramah motivasi..

pembentangan menggunakan slide...


Demo dilakukan oleh my adik kepoh @ Ziela..








































Seronok bila tengok diorang happy. Dan, kami terlebih happy sebab dah selesai satu tugasan. Lepas ni focus pada Rancangan Perniagaan pulak.




Good Luck team!

26 Julai 2016

Status Blog #99

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 26, 2016 0 comments


21 Julai 2016

Hiking @ Bukit Tabur Far East

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt..






Macam biasa, lepas raya ni, lemak berkilo2 melekat kat badan. Aiseyman.. stress aku dibuatnya. Apa tak, 6kg berat naik. adeiii.. stress.. stress...




Bila cakap dengan asben, dia gelakkan jer. Eleh. Dia pun sama sebenarnya. Sama2 bina badan. Lagi ada hati nak gelakkan aku. haha!




Setelah berbincang, pada awalnya aku dan asben ingat nak pergi hiking kat Gunung Pulai, Pontian sebelum gerak balik ke Subang. Tapi memandang beberapa hari sebelum tu berlaku kejadian rakyat Singapore yang meninggal akibat tergelincir kat Gunung Pulai, terus kami ubah rancangan. So pada Raya ketujuh, kami terjah Bukit Tabur Far East...




Sebenarnya.. aku naik tak sampai puncak pun... sikit je lagi nak sampai. Tapi aku batalkan niat sebab cuma aku sorang jer yang ada kat atas tu.. buatnya berlaku apa2, tak ke naya.. orang lain memang takder. Asben dan anak aku tunggu kat bawah batu. Memang tak berani nak bawak dia naik ikut tali tu... bahaya... tu yang asben aku tunggu kat bawah tu.. tapi takper.. in Shaa Allah ada rezeki dalam masa terdekat ni aku nak pergi lagi bersama Geng Outdoor Subang Jaya.

























Status Blog #98

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments

Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 21, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...






Hari ni dah raya keenam belas rupanya.. fhewwww... lamanya aku tak update blog ni. rasa macam takder mood pun ya juga. Tak tau la kenapa... mungkin sebab sibuk. Mungkin.






Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kawan kawan aku, teman teman blogger dan juga kepada sesiapa yang mengenali aku secara langsung mahupun secara tidak langsung. Ampun maaf diminta andai kata ada terkasar bahasa atau terguris hati. Yerla.. memang aku sedar yang kadang kadang mulut aku ni memang agak sedikit lancang... ngeeeeee!!!




Oklah. Lagi sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.


















Daaaaaaaaaaaaaa!









PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review