Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label hiking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiking. Papar semua catatan

31 Januari 2018

Hiking @ Denai Puteri 4.0

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 31, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Kali keempat aku hiking kat sini.. makin lama makin pewai aku nak sampai puncak. Faktor utama, kenaikan berat badan. hahaha!

Kali ni aku pergi bertiga, dengan Yatz dan Safa... pastu kat puncak terserempak pulak dengan geng2 yang aku kenal masa hiking kat Gunung Yong Belar dulu.. rindu.. hehe













20 Januari 2018

Hiking @ Bukit Senaling, Negeri Sembilan.

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 20, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Bukit Senaling. Lama betul kami rancang nak pergi sini, tapi asyik tak menjadi jer. Macam-macam dugaan. Tapi kali ni, aku dengan Yatz ambik keputusan untuk pilih satu tarikh, dan kami akan pergi siapa yang ada jer. Maksudnya siapa yang ada hal lain, hye hye bye bye la jawabnya... tak boleh nak cukupkan ahli, sebab setiap minggu masing2 ada plan tersendiri.

Sampai hari kejadian, yang confirm nak pegi cuma aku, yatz, ila dan cik nizam. So aku dengan yatz dari Subang gerak dalam kul 5am, dan berhenti untuk ambik Ila kat Gateway Seremban dalam kul 5.30am. Malangnya Ila tak dapat dikesan. Tunggu punya tunggu dia tak sampai, kami ambil keputusan lepas subuh terus gerak ke kaki bukit. Dalam kul 7 baru Ila call, dia minta maaf sebab dia terlajak tidur disebabkan kesan ubat yang dia ambil sebelum tidur sebab dia tak berapa sihat. Takperlah.. nak buat camana.. takder rezeki dia nak join sekali..

Sampai kat kaki Bukit Senaling dalam kul 7.15am.. terlambat skit sebab kami tersesat. Cik Nizam yang dah sampai awal mintak bantuan guider bantu kami cari jalan. Hahaha adoi. So guider tu jemput kami kat Petronas. Alhamdulillah...


Rezeki kami, kali pertama naik Bukit Senaling, terus dapat view awan karpet yang awesome ni.. menurut cakap encik guider, dah 10 hari awan karpet tak keluar, dan hari ni masuk hari kesebelas, baru awan karpet menampakkan diri. Syukur ya Allah. Tak payah nak repeat Bukit Senaling lagi lepas ni... ngeeeee!











tak sempat sampai puncak lagi dah tak sabar nak amik gambar... lawo hoi!




Bukan nak cakap apa la... tapi tetiba je aku rindu kat Senaling ni... macma kena repat gak ni... hahaha

01 Disember 2017

Hiking @ Denai Tiga Puteri 3.0

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 01, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt

Kali ni kami ke Denai Tiga Puteri berdua jer dengan Yatz.. cukuplah untuk menghilangkan rasa gian. Tapi sebenarnya masa ni aku tak berapa sihat tapi aku gagahkan jugak biar berpeluh sikit badan ni. Barulah sihat.

Pagi-pagi lagi sebelum gerak aku tapau dulu KFC breakfast siap-siap. Aku ni sejenis yang tak boleh lambat makan skit, nanti mula la perut buat hal. Gastrik. Mengada-ngada sungguh. Tapi takper la, kita sayangkan perut kita.... hehe


Belum sampai puncak lagi dah keluarkan bekalan. Ni gara2 perut dah mula menunjukkan tanda-tanda nak mogok la.

Abaikan jer la mata sis yang sembap tu.

Bila nak ambik gambar berdua, time ni la kami bersikap peramah... sebab nak mintak tolong orang ambikkan gambar kami.


Ko dah kenapa Yatz tido kat situ?


Kat puncak kita sambung makan lagi...


Oklah. Tu jer nak cerita. yang penting kenangan tu ada diabadikan kat blog aku ni untuk kenangan dimasa tua. ecewahhhh!

29 Oktober 2017

Hiking @ Bukit Botak , Puncak Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 29, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku baru tau akan kewujudan bukit ni... Bukit Botak / Bukit Cherakah di Puncak Alam... Bila dok borak dengan geng2 GOSJ ni, so diorang pun macam berminat juga nak pergi sana.. plan punya plan, kitorang decide untuk sana pada 29/10/2017...

Anak aku si Arissa pun ikut sama.. dia memang minat hiking ni, cuma kalau dia penat, memang dia buat perangai la... nanti mama / papa dia la yang kena dukung... hahaha layankan jer la... 




Sebelum kejadian Yatz ngan anak aku tergelincir gedebuk gelongsor kebawah sebab tanah kat situ berpasir....





kat tempat ni memang wajib kena amik gambar...

Puncak Bukit Cherakah..


Bila Ieca Sara mula penat.. 

Suka gambar kat sini...

Come to mama...




Tak sangka Lopa ada kem kat sini..


Muka pewai...



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review