Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan

21 Oktober 2015

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 2 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015 1 comments
Assalamualaikum wbt...


Hari kedua di Krabi... Hari ni dipenuhi dengan aktiviti di laut jer... snorkeling.. cuci mata kat pulau... dan macam macam lagi la..  sangat enjoy.. best!
haha!

Ni aktiviti hari pertama kami kat sana... boleh klik sini untuk baca..


Pagi pagi sarapan nasi beriyani... tapi nasi beriyani dia berbeza skit dengan nasi beriyani kita... makan banyak dengan harapan nanti kat tengah tengah lautan tak payah guna pelampung.. hahaha!

Tapai pulut hitam kut... aku ingatkan tapai biasa, tu yang amik tu..

Azra dan noni... belakang tu yang berdua tour guide kami yang best dan sporting!

Teropong dari kejauhan...


Penerangan dari Paksu sebelum menaiki bot

Kumbang diantara kami berlima... Najib..

Geng adik adik satu van dengan kami...

Posing dulu atas bot...

Speed boat...


Skodeng bot sebelah... ni bot yang sama2 dengan kami juga ni.. under one roof.. haha!

Posing yer adik2...

nak turun pun seram jer... gayat.. hahahah

Indahnya alam... tiada bunyi bising, tiada jerebu...

Azra dan Noni

Tunjuk langit bebeh!



Lagiiiii...

Penyambut kami di pulau tersebut.. (lupa pulak apa nama pulau ni...)

Sue Senget.. kat belakang tu Cik Ra Ra Ra...

Sesi perkenalan antara Amy dengan Cik Ra..

Diskusi antara Najib dengan Cik Ra..

Cantik... air laut yang menghijau... (sorry Sue, bukan u...) haha!


Lalalalala!

Terbaik!!! Saya mesti pilihhhhhh!

Tangkap jangan tak tangkap...

mandi bersama Cik Ikan...

Sesi menggelapkan kulit masih berterusan...

Standby untuk snorkeling!!
Lihatlah Oh Dunia... Inilah gaya seorang juara Kejohanan Renang Merentasi Lautan Andaman. Haha!







Lepas snorkeling... nasib baik ada bawak key lebih.. bolehla ikat kat kepala... yang pakai sebelum ni abis basah...
kat belakang tu salah sorang dari tour guide kami... muka ada iras2 nabil, kelakar pun dah macam nabil.. best! haha
gadis pulau beraksi.. hahahah!

 

  

Riang Ria Kanak Kanak Istimewa

Singgah pulau ni pulak... sorry la tak ingat apa nama pulau.. kat pulau ni la kami disajikan dengan makanan tengahari.... 

Lepas makan tengahari, beli pancake nutella kat bot ni... hahaha! tak kenyang kenyang kan...

Balik dari Island hopping, masing masing kepenatan. Tapi kami ada satu jam untuk berehat dan bersiap untuk aktiviti seterusnya...

(akan update kemudian)

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 1 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...


Bercerita pasal percutian kami ke Krabi, Thailand bersama teman teman backpack aku Syuhadaa, Najib, Azra dan Noni. Sebenarnya percutian ni kami rancang last minute, tak seperti percutian kali pertama aku dulu ke Krabi yang dirancang setahun lebi awal. Al kisah dua minggu lepas aku berborak dengan Sue, aku kata lama betul dah tak pergi bercuti, kalau dapat pergi Krabi pun okay.. Sue pun terus bagi respon baik, sebab dia pun sama macam aku, dah lama tak pergi bercuti. Tak silap aku kali terakhir aku pergi bercuti dengan dia masa pergi Bandung dulu. Lama giler. hehe!

Pada asalnya kami rancang nak pergi berdua jer. Yer la, tanya kawan kawan yang lain diorang taknak join, ada hal lain katanya. Okla.. tak kisah pun. Berjalan punya pasal, kami berdua pun jadi jugak. Pastu dia cakap ngan aku, adik dia, Azra nak join sekali. Alhamdulillah lah.. ramai skit geng. Aku pun baik juga dengan Azra ni sebab masa bercuti ke Bandung dulu dia join sama. Aku cakap dengan Sue, kan bagus kalau ada lelaki sorang yang ikut. Aku ajak asben aku, dia tak nak ikut (bagus jugak, kalau tak siapa nak jaga anak2 kat rumah).. then Sue kata nak ajak Najib, asben dia. Aku ok jer, asalkan ada lelaki sorang.

Beberapa hari sebelum ke Krabi, Sue kata sepupu dia. Noni nak join sekali. Aku okay jer. Lagi ramai lagi meriah. hehe!

Mula- mula kami ingat nak gamble je ke sana, tak nak ambik mana mana pakej. Tapi bila difikirkan semula, percutian kami ni sangat singkat. 3 hari 2 malam jer. Sempat ke nak plan itu ini bila dah sampai kat sana nanti. Dengan bantuan pakcik google dan laman muka buku, kami terjumpa satu pakej percutian yang sangat murah dan berbaloi. Hanya RM349 sahaja untuk 3 hari 2 malam. Cuma pakej ni bermula dari Bukit Kayu Hitam. So kami terpaksa naik bas Inter Top dari Shah Alam ke Bukit Kayu Hitam. Tapi tak kisahlah... janji enjoyyy!!!

Di Imigresen Malaysia...

Pemegang passport Malaysia hanya perlu melalui Auto Gate ni.. lebih cepat dari biasa...
Dalam usaha berjalan kaki ke Zon D

Beratur panjang kat imigresen Thailand.. awal2 lagi kami dah diingatkan supaya selitkan RM2 dalam passport tu.. ermmmm... (takperlah... ni kira aku sedekah kat pegawai imigresen Thai tu.. hehe)
Van Yang kami naiki..
dalam van ni siap ada karaoke dan wifi lagi.. tapi wifi terhad pada 8 orang jer.. kalau tak signal tak kuat... tu yang kami berebut2 nak naik van.. sapa cepat dia dapat.. hahaha! (padahal wifi tu dari henpon encik drebar je) aku time makan saja je duduk dekat2 dengan abg Awae tu sebab signal kuat. haha

dari Sadao ke Hatyai, singgah sebentar mengisi perut.. hehe! nampak tak?? nampak tak??? nasi tu... punah sudah dietku...

Sampai Ao Nang je Abg Awae (encik driver) turunkan kami sekejap kat tepi pantai...

tengoklah kami2 ni.. muka tak mandi dari malam semalamnya.. ditambah pulak keletihan sebab tempuh perjalanan yang jauh.. tapi takper, memang inilah yang kami inginkan... jauh perjalanan luas pemandangan... hahaha!

Sememeh pun sememehlah janji ada gambar kat sini...

Penerangan ringkas dari Paksu...

Tempat penginapan kami.. Cozy Place Hotel.. ko cuma bayar RM349 untuk pakej ni ko jangan berangan sangat nak duduk hotel 5 bintang yer... hotel ni terlebih baik kalau nak dibandingkan dengan harga yang ko bayar...

inilah keadaan bilik yang kami duduk... selesa dan besar kan? Bilik air siap ada bath tub lagi... sebenarnya lupa nak ambik gambar awal2.. dah landing atas katil baru teringat nak amik gambar.. tu yang jadi rupa ni nih!

Pemandangan dari bilik kami...
Check in jer hotel, kami diberi masa lebih kurang sejam untuk bersiap sebelum dibawa ke Seven Heaven. kalau tak salah aku harga tiket adalah 100 Bhat untuk masuk ke Seven Heaven ni...

bersiap... segar skit muka dapat mandi....





kami hanya mampu pandang dari bawah jer la.. tak larat kami nak memanjat naik atas sana... penat masih belum hilang lagi...



Posing...











Terima kasih la pada Najib sebab sudi jadi cameraman kami kat sana.. tanpa beliau, tak dapatlah kami berposing sakan bersama2... hahaha








Perut mula lapar... balik dari Seven Heaven Tour Guide kami bawa kami makan di Restoren Rohanee ni... tak jauh dari Pantai Ao Nang...




Tom Yam Yang Menjadi Idaman...

Cuci mata sat...


Dah penat jalan2 seharian, inilah masanya untuk memanjakan diri dengan membuat  Traditional Thai Massage.. 20 Baht untuk sejam... Berbaloi baloi... 
Sebelum balik bilik dan menamatkan aktiviti hari ni, haruslah pergi cari pancake dulu... pastikan yang jual ni adalah orang Islam yer.. halal.. kalau bukan islam takut diorang guna minyak babi ke apa ker.. kita tak tahu.. so better kita elakkan...
Pancake Nutella yang sangat sedappppp...
Oleh sebab ini adalah pengalaman dan catatan kedua aku di Pulau Krabi, so aku namakan Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ....  2.0 bermaksud kali kedua...

Next : Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 2)

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review