Sahabat

Halaman

12 September 2015

Tragedi 11 September @ Masjidil Haram

By Dalia Hassan at Sabtu, September 12, 2015

Assalamualaikum wbt...

Malam semalam kita dikejutkan dengan berita runtuhan kren di Masjidil Haram di kawasan Safa-Marwa. Aku pun sebenarnya pagi tadi dalam jam 5 pagi dapat whatsapp daripada kawan baik aku, Faizah. Dia bagitahu aku yang Tabung Haji ada hubungi dia bagitau yang mak dia cedera akibat dari terkena serpihan dari runtuhan kren tu. Allahuakhbar. Patutlah dalam kul 10 lebih malam tadi masa kami kat Majlis Persaraan Timbalan yang dibuat kat Holiday Villa, tiba tiba je dia menangis teringat kat mak dia.. dia kata tak sedap hati... rupanya ni yang berlaku...


Faridah Binti Mansor, mak kepada sahabat aku, Faizah. Diharapkan makcik dan semua jemaah haji yang cedera kembali sihat dan pulih seperti sediakala, serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna.
Dan yang merisaukan dia lagi, makcik dia (Zainun Taha) pula hilang, tak dapat dikesan...




Semoga semua jemaah haji yang terlibat serta ahli keluarga tabah, tenang, sabar dan redha dengan dugaan yang diberikan olehNya. Sesungguhnya mereka amat bertuah kerana terpilih untuk diuji dengan dugaan sebegini di Tanah Suci.





Marilah kita sama2 berdoa agar jemaah haji yang terlibat disembuhkan dengan sebaik baiknya dan dipermudahkan untuk melaksanakan semua rukun dan wajib haji. In Shaa Allah. Amin.


Update 13/9/2015 : Faizah dah dapat bercakap dengan mak dia yang kini dirawat di Hospital An Noor, Makkah. Lega skit hati dia yang terlalu risau akan bonda kesayangan. Bukan kata dia dan family je yang risau, aku dan kawan2 yang lain pun turut sama risau. Cuma sekarang ni makcik dia masih lagi hilang, tak diketahui keadaan macamana. Harap semuanya dalam keadaan sihat dan semoga ditemui dalam keadaan selamat. In Shaa Allah. Amin.

(Berita Terkini : Makcik Faizah, Zainun Taha telah disahkan meninggal dunia. Al Fatihah)


keadaan makcik Faridah yang kelihatan ceria. Syukur Alhamdulillah...

Update 15/9/2015 :



Alhamdulillah. Kesihatan Makcik Faridah yang semakin sihat dan kembali ceria.


Update 17/9/2015 :



Adik lelaki dan adik perempuan Faizah terbang ke Mekah untuk bersama ibunya sekaligus mengerjakan ibadah Haji..


Update 20/9/2015 :

Adik lelaki Faizah bersama ibunya...
Alhamdulillah... semoga mereka dapat mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

Update 29/9/2015 :

Mak Faizah sebelum kejadian. Dalam gambar ini, hanya Makcik Faridah yang terselamat dalam kejadian tersebut. Al Fatihah buat jemaah yang terkorban.

Sebenarnya dah lama juga Faizah tunjuk gambar ni kat aku, cuma masa tu dia tak bagi aku masukkan dulu dalam blog.. tunggu dulu katanya.. dan hari ni baru dia beri keizinan untuk aku masukkan gambar ni.. gambar diperolehi daripada handphone salah seorang jemaah Malaysia yang terkorban, yang juga teman sebilik makcik Faridah..



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review