Sahabat

Halaman

15 April 2011

Menangis Melegakan Diri

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2011
Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi Jumaat buat semua... memandangkan pagi ni aku punya kesempatan untuk meng'update' blog aku ni, aku ingin berkongsi satu artikel mengenai menangis. Artikel ni aku dapat daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Subang Jaya, dan dikongsikan untuk pengetahuan kita bersama.



"Menangis adalah sesuatu yang normal dikalangan manusia. Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai perasaan dan ada ketikanya akan menitiskan airmata. Menangis tidak terbatas pada perasaan sedih malah berkait rapat denan kebahagiaan dan kegembiraan. Ada tangisan tanda merayu, ada tanda insaf terutamanya apabila menghadap Allah S.W.T.


Ada bermacam-macam jenis menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis. Tangisan memberi kesan yang baik pada emosi seseorang seperti juga ketawa. Terdapat pelbagai cara lain untuk melegakan perasaan selain menangis seperti menjerit, menjalankan aktiviti riadah, berbual dan sebagainya. Semua ini bergantung kepada pilihan individu bagi mengawal tekanan yang dihadapi agar tidak memudaratkan.


Menurut kajian oleh Persatuan Oftamologi Jerman, secara purata seorang wanita menangis sekitar antara 30 hingga 64 kali setahun namun lelaki pula menangis sekitar 6 hingga 17 kali dalam tempoh yang sama. Namun tempoh masa tangisan lelaki adalah diantara dua hingga empat minit dan wanita pula mengambil masa kira2 enam minit bagi setiap tangisan.


Kajian tersebut juga mengatakan, MENANGIS DAPAT MEMANJANGKAN USIA KAUM HAWA kerana air mata mengandungi racun yang dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan Keadaan ini menjadikan tubuh bebas daripada racun dan dapat membasuh mata serta mengosongkan mata daripada kandungan racun yg muncul akibat daripada ketegangan urat saraf.


Manakala dari segi perubatan pula, menangis dalam masa singkat merupakan cara terbaik untuk melepaskan perasaan dan berkesan untuk kesihatan psikologi. Ini kerana perasaan terharu, air mata akan menghasilkan protein yang tinggi dan dapat mengurangkan serta menghilangkan perasaan terpendam.


Wanita memiliki hormon yang dipanggil oksinosin dan saintis menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai factor penting di sebalik fenomena kaum hawa berbual dengan teman atau keluarga untuk menghilangkan tekanan.


Satu kajian oleh seorang ahli biokimia, Dr. William Frey dari St. Paul Ramsey Medical Centre, Minnesota, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa menangis amat berguna untuk kesihatan jiwa dan emosi seseorang. Dr. Frey turut menjelaskan bahawa air mata amat berkesan untuk membersihkan mata dan berperanan untuk mengubati tekanan jiwa yang disebabkan oleh masalah kesihatan fizikal seperti gastric, ulser, hipertensi, dan colitis ulseratif. Beliau juga mengaitkan ketegangan jiwa dan menangis melalui kajiannya terhadap beribu-ribu titisan air mata. Beliau mendapati air mata yang disebabkan oleh ketegangan jiwa mengandungi pelbagai hormon dan cas tidak stabil yang dihasilkan oleh badan ketika itu.


Menurut beliau lagi, menangis dapat membuat seseorang berasa lebih baik kerana air mata yang keluar berfungsi menghapus ketegangan saraf pada tubuh, yang mana merupakan salah satu punca stress. Kajian mendapati 85 peratus wanita dan 73 peratus lelaki berasa lega setelah menangis. Maka ini membuktikan air mata dapat membebaskan tubuh daripada bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa."


FAEDAH-FAEDAH DARIPADA TANGISAN


1- Membantu Penglihatan

- cairan yang keluar dari mata dapat mencegah penyahidratan pada membrane mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2- Membunuh Bacteria

- di dalam air mata terkandung cairan yang di sebut dengan lisozom yang dapat membunuh kira-kira 90-95 peratus bakteria2 yang terdapat dalam tempoh 5 minit.


3- Mengurangkan Stress

- Air mata ternyata boleh mengeluarkan hormone stress yang terdapat dalam

tubuh. Selain menurunkan tahap stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


4- Melegakan Perasaan

- sama ada anda sedih, stress atau fikiran terganggu, setelah anda menangis anda akan berasa lega dan tidak kusut lagi.


5- Meningkatkan Mood

- Setelah menangis, seseorang itu akan dapat menurunkan tahap stress, sekaligus akan berasa lega. Air mata yang dihasilkan daripada menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk system metabolisme tubuh.





Alia : Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa.. ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata... Ada masa juga kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian.. dan ada masa kita akan merasa kesunyian membuatkan kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman.. 
Menangislah sepuas hatimu.....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review