Sahabat

Halaman

15 Mac 2010

Pengenalan Cloth Diaper

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 15, 2010
CLOTH DIAPERS (CD)

Penggunaan lampin moden CD adalah sama seperti penggunaan lampin pakai buang, cuma bezanya kita tak perlu buang CD selepas digunakan kerana ia boleh dibasuh dan gunakan semula. Ia mampu menyerap beberapa kali basahan.. Boleh di cuci dalam mesin basuh dan boleh disesuaikan mengikut size anak dari 3kg hingga 13kg.. Bahagian dalam CD sangat menyerap dan lembut pada kulit anak.. Lapisan luar CD diperbuat dari PUL yang breathable tapi mampu menghalang dari kebocoran.. Jika terkena najis, lapisan dalam CD juga mudah dicuci dan tidak meninggalkan kesan pada CD.. Dengan langkah jagaan yang betul, CD yang kita beli untuk anak pertama, boleh diwariskan kepada anak ke 2 dan seterusnya.






TAHUKAH ANDA?

Berapakah jumlah wang yang anda habiskan untuk membeli lampin pakai buang untuk SEORANG anak selama tiga tahun?

Katakan harga adalah RM0.60 sehelai lampin pakai buang, penggunaan 5 kali sehari dan digunakan selama tiga tahun:

RM0.60 x 5 keping sehari = RM3.00
RM3.00 X 30 hari = RM90.00
RM90.00 X 12 bulan = RM1080.00
RM1080.00 X 3 tahun = RM 3240.00!!!

Ini pengiraan sekiranya menggunakan 5 helai sehari, kalau lebih?

Katakan pula anda beli 10 helai lampin moden CD;
RM29.00 X 10 = RM290 (perlu di basuh setiap hari)
Jimat RM3240 – RM290 = RM 2950!!!

Atau, Katakan anda beli 20 helai;
RM29.00 X 20 = RM580.00 (boleh dibasuh selang sehari).
Jimat RM3240.00 – RM580.00 = RM 2660!!!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review