Sahabat

Halaman

14 Mac 2010

FAQ Cloth Diaper

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 14, 2010

1. KENAPA CD NI MAHAL SANGAT?  

   Ya, mungkin kali pertama anda mendengar harganya anda akan katakan mahal, tp anda harus pertimbangkan material yg digunakan utk membuat CD moden ini (PUL, fleece, microfiber utk insert dll) ~ utk menjadikan CD berkuasa menyerap dan lebih praktikal. Pertimbangkan juga penggunaan CD berbanding DD, ia adalah jauh lebih jimat, kerana kos CD adalah one-off expenses, anda hanya perlu mengeluarkan sekali sahaja belanja dgn memperuntukkan kurang dari RM1000 sepanjang anak anda berlampin (berbanding lebih RM3000 utk DD) dan CD boleh disimpan utk anak2 yg seterusnya. Sangat jimat bukan??? Tambahan pula sekarang terdapat banyak jenama CD yg lebih affordable di pasaran, seperti Coolababy dgn harga yg sgt berpatutan..........

 

 2. SUSAH LA NAK BASUH CD.. 

 Anda hanya perlu bilas sedikit saja CD yg telah   digunakan dan boleh basuh dgn mesin basuh 2-3 hari sekali. Ya, 2-3 hari sekali basuh dengan mesin basuh, bukan hari-hari (dgn syarat anda ada 15-20 CDs).. Jadi tak susah bukan? (Lagipun apa sangat la sedikit 'kesukaran' berbanding kebaikan yg tak terkira byknya kpd baby dan alam sekitar!!)

 

 3. CD BOCOR 

Jika dipakai dgn betul CD tidak akan bocor (dari pengalaman saya sendiri dan ramai orang). Tentu ada sebab CD anda bocor.  

 

4. CD BULKY 

 Ya, mungkin CD sedikit bulky tapi takdelah sampai besar dan tebal sgt sampai baby jalan terkangkang. Lampin zaman dulu pun tebal jugak. Juga pertimbangkan bahawa CD tidak mengandungi bahan kimia/ gel penyerap berbahaya seperti lampin pakai buang!!!

 

5. CD BERTAHI LALAT JIKA DIRENDAM LAMA 

 Material CD susah bertahi lalat (CD mmg tak perlu direndam, jadi kenapa nak rendam???) Sekiranya anak on medication, CD akan sedikit kehitaman. Walau bagaimanapun, ia akan hilang selepas beberapa basuhan.  

 

6. CD BERBAU HANCING 

 Oh tidak... CD yg dibasuh adalah tidak berbau apa-apa....Walaupun tidak menggunakan sabun yg banyak utk membasuh CD, namun CD tetap bersih dan tiada bau kencing/ najis selepas basuhan.

 

7. KESAN NAJIS SUKAR NAK HILANG 

 Jangan risau, kesan najis mudah saja hilang. Material fleece pada inner layer mudah saja utk menanggalkan kesan najis. Ataupun anda boleh jemur CD anda di bawah cahaya matahari dan kesan itu pasti akan hilang!!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review