Sahabat

Halaman

17 Ogos 2025

Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan JKM 2025 : Sukan

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 17, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Berakhir sudah Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan JKM 2025 : Sukan, yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 15 hingga 17 Ogos 2025.

Inilah kali pertama aku sertai program ini memandangkan aku pun belum setahun dalam JKM ni... Pengalaman Baru, suasana baru dan semestinya kawan-kawan sekerja yang baru. Alhamdulillah, aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru ni walaupun pada awalnya, aku sendiri pun ragu-ragu dengan diri aku. Hahaha

OK. Berbalik pada cerita sukan di USM ni, aku mewakili JKM Selangor dalam acara pingpong. Sebenarnya aku ni takderla pandai main, tapi aku minat dan adalah juga sebelum ni aku masuk sukan bawah PDRM beberapa kali. So untuk kali ni, aku beranikan diri untuk sertai pemilihan pemain yang dibuat di PLPP Bangi pada Mei haritu.    

Setelah beberapa kali latihan dibuat, Alhamdulillah aku terpilih untuk bertanding di Penang. Sebenarnya, ada suatu ketika, aku pernah nak tarik diri sebab aku rasa tak layak (dan faktor lain yang aku tak boleh jelaskan kat sini) Tapi ada beberapa orang kawan ofis aku yang bagi semangat dan nasihat untuk aku teruskan latihan, jangan berputus asa. Alhamdulillah. Aku teruskan juga perjuangan aku. 

Malam Khamis, kami bertolak ke Penang

Puan Wan sebelum menentang perseorangan wanita dari Sarawak.. Masa ni, kami kat luar rasa berdebar sangat, sebab puan dah ketinggalan 0-2 dengan pemain Sarawak ni.. tapi dia bangkit dan berjaya ikat kedudukan 2-2 dan akhirnya menang pada set penentuan.. 

Puan Wan berjaya sampai ke suku akhir, tewas dengan pemain dari Kedah..

Double lelaki Selangor.. Masa gambar ni aku ambil, aku tak ingat diorang lawan mana.. tapi masa game ni pun, diorang dah tertinggal 0-2 tapi bangkit dan menang 3-2.. jadi Johan kumpulan...

Di peringkat suku akhir, mereka tewas ditangan Sabah.  Tewas tipis dan jadi sejarah yang mungkin diorang takkan lupa. Dan kami juga... walau macamanapun, aku tetap respect dan bangga dengan Ijoy dan Fendi ni... walau dah jauh ketinggalan, diorang tak cepat mengalah dah berjuang hingga berjaya untuk ikat kedudukan.. tapi akhirnya terpaksa akur yang rezeki tidak berpihak kepada mereka.. 


Ni masa Puan Wan lawan Negeri Sembilan

Sempat selfie dengan Che Murad Sayang...

Puan Wan masa tengah lawan pemain kedah di suku akhir.. 

Gambar kenang-kenangan dengan pemain Kelantan...

Double wanita kami...

Masa ni sebenarnya baru warmup nak lawan kedah.. Alhamdulillah kami memang 3-0

Final perseorangan lelaki... Selangor vs Johor. Alhamdulillah Selangor pingat emas.. tahniah en Zulkaria...

Dua orang kawan ofis aku ni.. Alhamdulillah team diorang (Damak @ Dart) dapat pingat perak.. serius tak sangka.. Alhamdulillah.. kalau dah rezeki memang tak kemana... walau kekadang ada juga aku usik dia berdua, tapi sebenarnya aku bangga dengan pencapaian diorang.. hari2 training waktu rehat.. waktu petang... dan Alhamdulillah.. aku tumpang bangga walau kat mulut aku selalu je usik yang game dia main ni tak mencabar... peluh tak keluar (padahal kalau aku yang main dart ni, mau entah kemana-mana mata dart tu aku campak) hahaha...

Malam kami menapak ke dewan untuk tengok perlawanan akhir bola tampar lelaki.. Sabah vs Melaka..

Posing depan pintu masuk USM


Pagi esoknya kami berjalan ramai2 untuk perbarisan penutup kejohanan..

Pingat perak yang geng dart dapat... merasalah jugak aku pegang, dalam hati tumpang bangga.. tapi ayat kat mulut aku yang keluar, bunyinya macam ni... "eleh.. macam ni je ke medalnya.. kalau medal macam ni, kat rumah aku pun banyak, medal dapat masa join run.." haha

Ni pun aku cakap macam tu sebab masa aku tunjuk pocket seluar aku ada simpan sebotol air mineral, en wandi dengan selamba cakap, "dalam pocket aku ada medal...." dengan nada berlagak.. hahahah


Geng IT bila jumpa geng kewangan kalau kat opis asyik nak cari gaduh je.. tapi bila kat sini, eh cari gaduh jugak.. depan camera je tak berapa nak gaduh. Hahahha


Team Kelantan

Kakak kepada ofismate lama aku.. dia main bola tampar.. dapat tempat keempat.. 

On the way balik Selangor, sambung borak dengan pengurus kat RNR.. kami balik naik bas lain lain... Masa ni dia bagi kelas tambahan sikit.. aku senang je dengar.. sebab apa yang dia cakap, semua benda yang positif...

Penolong pengurus,  Iman... partner asal aku sebelum bertukar ke Jimi bagi beregu campuran...

_________________________________________________________________________

Cerita disebalik pertandingan...


Sebenarnya aku ada rasa kesal sikit masa kat peringkat kumpulan (Kami kumpulan C.. Selangor satu group dengan Kelantan, Perak dan Kedah).. masa kami lawan dengan kelantan.. sepatutnya boleh menang.. memang sikit lagi nak menang.. tapi sebab kesilapan yg tak sepatutnya.. kelantan potong tang corner kat hujung-hujung set penentuan.. terpaksa akur naib johan kumpulan.. terpaksa jumpa johan kumpulan lain - Sabah di peringkat suku akhir...

Final sabah lawan kelantan.. nak nangis rasa padahal kelantan tu kalau ikutkan kami bleh makan.. pasni nak kena latih emosi supaya mampu hadap tekanan

Double lelaki kami kat suku akhir gak sangkut ngan sabah. Yang ni memang game paling menyayat hati dan kami panggil dia kisah fishball.. Selangor dah tertinggal 0-2,  pastu berjaya ikat 2-2… kat set penentuan, kita dah lead 10-6.. tinggal satu mata je lagi nak menang… tp Sabah punya semangat taknak mengalah tu, dia kejar balik terus 11-13..

Cerita double lelaki ni tak jauh beza dengan cerita kami (mix) lawan kelantan, tapi kami pasrah je la.. dah memang bukan rezeki kami...

Set pertama kami menang..
Set kedua kami kalah tipis sgt..
Set ketiga dia menang..
Set keempat kami menang..
Set penentuan, kelantan menang tipis akibat kesilapan yang kami buat.. frust giler rasa.. 

Lawan sabah pulak kat suku akhir, mental dah totally out.. meja sebelah separuh akhir perseorang lelaki (Zulkaria vs Rahmat) Rahmat tu pemegang pingat emas sebelum ni. Memang sengit la.. so penyokong Selangor semua tertumpu kat meja sebelah.. kami lawan Sabah, memang hadap penyokong Sabah je.. penyokong selangor takder.. set pertama dengan kedua kalah. Set ketiga macam dapat rentak balik, jauh tinggalkan point diorg dan kami menang.. tapi bila diorg tgk kami dah naik balik, untuk set keempat tu memang penyokong saiko kami abis2.. aku ni, pukul bola pun entah apa2.. kelakar pulak rasa.. ilmu yang belajar sebelum ni abis hilang semua.. hahaha

Beregu campuran pingpong (Jimi dan Dalia)

1) sel vs perak - menang 3-1
2) sel vs kelantan - kalah 2-3
3) sel vs kedah - menang 3-0

Suku akhir
Sel vs sabah - kalah 1-3

Final
Sabah vs kelantan : Sabah johan


Ni game single lelaki masa separuh akhir.. Selangor lawan Pahang.. kat table nun disebelah sana,  aku dengan Jimi tengah lawan dengan pemain Sabah peringkat suku akhir.


Aku rasa bersalah sangat dengan Jimi sebab gagal ke separuh akhir.. Dua tahun lepas, dia dengan partner lama dia berjaya sampai ke separuh akhir.. dan dia cakap kat aku, yang kali ni dia nak tebus kekalahan dia yang dulu. Entahlah.. sedih pulak rasa dah hampakan dia.. Sebenarnya, aku rasa satu bebanan, dan tekanan bila dia cakap macam tu.. Aku cuba untuk bermain seolah-olah aku sedang training, supaya aku tak ada rasa gugup tu.. tapi.. bila dalam game pun, dia masih sebut yang mesti menang untuk ke separuh akhir, aku tak boleh rilek mat.. aku risau kalau aku gagal. Dan disinilah kelemahan aku. Aku emosi.. semua yang aku belajar, hilang. Aku jadi macam budak baru nak belajar main pingpong.. ditambah pula dengan penyokong lawan yang seolah membuli aku (perasaan aku je sebenarnya - sebab masa tu yang ada cuma penyokong diorang je, penyokong kami semua tengah focus pada game meja sebelah, perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki yang melibatkan pemain Selangor) set ketiga walau kami menang, masuk set keempat penyokong diorg bertambah saiko kami. Aku kecundang melawan emosi sendiri... Serius, aku perlukan khidmat kaunseling untuk atasi masalah emosi...


Sebenarnya, sebelum ni pair aku adalah Iman... so bila training, memang aku banyak training dengan Iman.. masa friendly dengan Majlis Daerah Hulu Selangor pun, aku pair dengan Iman. Yup memang kami kalah.. game pertama tu, set pertama kami menang.. set kedua kami kalah.. set ketiga pun kami kalah tapi kalah yang sangat tipis.. main sampai ke deuce.. untuk game ni memang ditetapkan untuk main hanya tiga set sahaja.. Mungkin masa kat sini, diorang tengok aku dengan Iman tak serasi.. tak ada komunikasi.. tapi bagi aku, aku ok je dengan dia.. 

Pernah masa training, aku mix dengan Iman dan lawan double lelaki, Hazril dengan Jamza, kami yang mix ni menang walau lawan kami tu dua2 lelaki..

Masa friendly dengan JKM KL pun, aku pair dengan Iman.. menang 3-0.. tapi masa ni aku masih tak tau yang sebenarnya aku dah ditukarkan, bukan lagi dengan Iman tapi dengan Jimi...

Tapi aku akur je dengan keputusan pengurusan pingpong. Iman pun kata, tak apalah.. dia datang sebagai pemerhati dan penolong pengurus masa kat Penang.

Cuma aku, tak sempat nak training sama dengan Jimi... ada tak ada, sekali tu Iman tak dapat datang training, so aku pair dengan Jimi.. kami lawan dengan pengurus yang pair dengan kak ani (masa ni partner kak ani pun tak datang training kerana bertugas diluar kawasan) 6-7 set kami lawan, satu set je diorang menang, masa set pertama.. yang lain aku ngan Jimi menang.. mungkin masa ni dia nampak aku dengan Jimi, lebih serasi..

Masa friendly dengan MPKj, tu adalah kali kedua aku pair dengan Jimi. Kami kalah...

Kali ketiga, masa hari game kat Penang... 

Jimi bagus.. dia guide aku.. sentiasa guide aku dan beri tunjuk ajar.. yang tak bagusnya, aku... aku ni slow sikit kalau nak terima ilmu on the spot macam tu.. perkara mungkin jadi ok kalau aku ada lebih masa untuk sama-sama training dengan dia.. untuk bagi serasi.. Serius aku rasa bersalah sangat dengan dia.. dan ini jugalah salah satu sebab kenapa aku lebih suka untuk main kategori perseorangan wanita.. kerana single itu lebih baik.. tak susahkan sesesiapa. Kalau kalah, aku tanggung sendiri.. kalau menang, pun manisnya berganda buat aku...

Tapi bila fikir fikir balik, semua ada hikmah yang berlaku. Aku ingat pesan Zul, jangan sesekali kita menyesali apa yang sudah berlaku. Jangan fikir, "KALAULAH TADI AKU BUAT MACAM NI.. MESTI AKU..." dia pesan lagi, bila dah tau kita buat silap, kita betulkan semula untuk selepas tu. Jangan menyesal.. sebab bukan mudah nak berjaya.. dari kesilapan la kita dapat belajar sesuatu...

Terima kasih atas peringatan. Aku akan cuba perbaiki diri, dan yang paling penting, akan aku cuba atasi musuh utama aku, iaitu emosi aku sendiri agar aku lebih berupaya untuk mengawalnya....

AWAS KAMU!




Final Pingpong Perseorangan Lelaki : Selangor vs Johor

12 Mei 2025

Kata Hati Dia

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 12, 2025 0 comments


Katanya dia dulu seorang staff yang terpaling dengki dan busuk hati kepada teman sekerja yang tersakiti. Dengki dan busuk hati hanya kerana dia mula berani bersuara setelah berbelas tahun dia menjeruk rasa dan menahan sabar demi sebuah keharmonian yang sebenarnya takkan pernah terjadi.

Meninggalkan organisasi lama yang tak pernah menghargai, dan kini bahagia bersama organisasi baru yang lebih telus dan disekelilingi oleh teman sekerja yang sangat positif. Dan yang paling penting, diketuai oleh seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan dihormati juga disayangi oleh setiap bawahannya.

Alhamdulillah.
Sembilan bulan di sini,
Kesihatan mentalnya kembali pulih.
Dan dia gembira dan sentiasa bersemangat untuk belajar tugas2 yang sebenarnya baru baginya..

Dia itu adalah aku. Dan aku, aku tetap aku.

Updated 12/5/2025 @ 8:02am

Bos update macam ni dalam group whatsapp tak sampai setengah jam aku post entry ni.. camana dia tau eh ada anak buah dia yang tengah bersedih??? Huwaaaa sis terharuuuu 😭



01 Mei 2025

Selamat Hari Pekerja Tahun 2025

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 01, 2025 0 comments

Dear korang,

Kalau aku ada buat perangai pelik-pelik masa kerja, maafkanlah ya.. aku bukan apa, kadang emosi tu tak update dengan version terkini. Perangai kadang2 mcm budak2, kadang2 mcm remaja tak sedar diri, kadang2 sensitif tak tentu pasal yang buatkan orang menyampah dgn aku 😂.. 


Entahlah.. Kadang kucing aku pun tak paham aku, apatahlagi aku nak paham kucing aku asyik mintak wetpud je hari2. 


Tapi sebenarnya klu dlm keadaan / situasi tertentu, yang tau je tau aku yang sebenar mcm mana. 


Ajomlah rehat sekejap hari ni dan Selamat Hari Pekerja!

 


28 April 2025

Bila Kesabaran Telah Hilang

By Dalia Hassan at Isnin, April 28, 2025 0 comments

 Orang tak pernah nampak berapa lama kita pernah bersabar. Pendam dan telan semuanya walau pahit demi menjaga silaturrahmi.


Tapi bila tahap kesabaran dah sampai kemuncaknya, gunung berapi meledak mengeluarkan lava dari lohongnya… waktu tu kita lah yang tampak syaitonn terpaling jahat dan busuk hati di mata mereka.


Sheriusss shakappp.. bila dah sampai tahap ni, aku dah tak kisah dah. Eh pedulik apa aku 😂🤣


Kesian. Terima kasut. 





21 April 2025

Status Blog #133

By Dalia Hassan at Isnin, April 21, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku kembali menulis di blog.


Aku bukan apa, aku dah buat status wasap tu kadang2 sama macam tulis blog. Panjang.. haha!

Daaaaaaa!

12 Februari 2025

Jabatan Baru, Kawan Baru, Tugas Baru tapi….

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 12, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt..


Lama tak menulis, tapi malam ni aku terpanggil untuk tulis sesuatu..


Aku dah tinggalkan jabatan lama dan bertugas ke jabatan baru bermula pada 2/9/2024.. Bermakna dah hampir 6 bulan aku kat sini.. Aku gembira kat tempat baru.. bos dan kawan2 yang baru, yang aku rasa bersemangat untuk bekerja dan belajar banyak benda yang baru. Bukan bermakna jabatan lama aku tak best, cuma aku dah terlalu lama kat sana hinggakan tahap motivasi aku yang dulunya tinggi, semakin hari semakin berkurang dalam diri.


Bukan aku tak pernah minta tukar.. memandangkan perjawatan aku yang sangat terhad menyukarkan untuk aku berjaya dalam permohonan pertukaran. Semenjak 2017 aku dah cuba minta tukar untuk bertugas di Johor disebabkan aku PJJ dengan suami dan anak-anak aku.. cumanya rezeki untuk ke Johor tidak memihak pada aku lagi. 


Penghujung Ogos 2024 aku dapat arahan pertukaran ke jabatan lain tetapi masih dalam Selangor lagi. Walau bukan ke Johor aku tetap gembira, sekurang-kurangnya aku dapat keluar dan belajar benda yang baru. Bayangkanlah sebelum ni 14 tahun aku hadap kerja yang sama setiap hari.. Bikin stress hoiiii! Bosan..


Bila aku kat tempat baru, aku dapat kembalikan motivasi dan sentiasa bersemangat untuk datang kerja. Dapat pulak bos yang baik, seorang wanita yang menurut pandangan aku dia sebagai seorang ketua yang akan sama2 tarik tangan aku dan membimbing aku untuk menyiapkan satu2 tugas sehinggalah aku mampu untuk berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan dia. 


Cuma.. hari ni mood aku agak terganggu sedikit apabila partner sebelah aku seolah2 memberi hint yang dia akan menjalani pertukaran dalam masa terdekat. Selama hampir 6 bulan aku bertugas kat sini, dia antara orang yang aku rapat dan aku selesa bila dengan dia. Walaupun beza umur aku dengan dia 7 tahun (dia lebih muda), tapi aku nampak keikhlasan dia dalam berkawan.. dan aku, bila orang ikhlas berkawan dengan aku, aku akan pastikan yang aku akan memberikan yang terbaik demi persahabatan ini. Maklumlah, aku ni tak berapa ramai kawan. Dan aku hargai setiap yang hadir dengan ikhlas.




Walau apa pun, walau ke mana pun Sue bertukar, aku sentiasa doakan yang terbaik buat Sue. Aku sebenarnya tak pandai nak cakap depan-depan, tapi aku abadikan kat sini sebagai tanda ingatan dan kenangan persahabatan yang tak seberapa lama ini..



19 Julai 2024

Kejohanan Pingpong Piala Ketua Polis Selangor 2024

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 19, 2024 0 comments


Assalamualaikum wbt

Simpan sini kenangan terakhir bersama team pingpong IPD Subang Jaya.. team pingpong terakhir Aku bersama PDRM sebab lepas ni inshaaAllah aku akan keluar jabatan. Tak banyak yang aku nak cerita, cukuplah gambar yang berbicara.

I'm gonna miss you all!!
17-19 Julai 2024




























 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review