Sahabat

Halaman

01 Oktober 2025

Selamat Melapor Diri Ke Jabatan Baru, My Dear Friend....

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2025 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Selamat bertugas di tempat baru, my dear friend, Syuhaila.. walau baru setahun kenal, tapi aku rasa macam dah lama sangat kenal.. baik... sangat baik dan banyak bantu dan ajar aku kat opis. Jujur, memang aku sedih sangat dia nak bertukar... tapi apa daya aku.. haaaa gituuu... ku lepaskan kau dengan bismillah.. anytime je boleh keluar sesama... IDCC dengan IPK tu tak jauh mana pun...



Hari pertama lapor dulu di Bukit Aman.. kebetulan aku pun ada urusan yang tak settle pasal HRMIS dan LNPT aku... so aku join sekali dia pergi lapor diri..

Kat BA, terserempak pulak dengan Insp Liyana ni... geng aku masa terlibat dengan KIK suatu masa tak lama dahulu... 


Balik dari BA, pergi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy...


Eh ada gambar lagi depan kem kom BA... lantakla tak ikut turutan gambar...



Lepas balik dari BA, pergimakan lepas tu balik opis dulu. Terserempak dengan Timbalan Pengarah kami yang sporting ni... banyak dia bagi pesanan kat Sue...





Thumbprint untuk kali terakhir..





28 September 2025

Program @ Nur Laman Bistari Batu Caves

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2025 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Salah satu program JKM yang aku terlibat sebagai urusetia.. seronok juga dapat dekati peserta2 yang bermacam ragam. 


Walau kaki aku masih bengkak, tapi semangat untuk program tetap membara. Haha



































Maaflah aku tak dapat tunjuk muka peserta atas sebab tertentu..,
 

26 September 2025

Latihan Bola Jaring Pertama dan Terakhir Kali : Aku Surrender!!

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2025 0 comments

Assalamualaikum wbt...


Jujur cakap, bola jaring ni bukanlah sukan aku.. mungkin sebab dari sekolah aku dah set kan dalam kepala aku, yang aku takkan main sukan ni. Aku ni cepat stress nyahhh... gerak kaki sikit tak boleh.. kejap wisel preeett kejap preettt.. mak stresss!


Tapi disebabkan kekurangan orang, aku setuju untuk dtg berlatih bagi cukupkan pemain masa sesi latihan. ye la.. 

                                       



Dan esoknya, Teha (Pengurus team bola jaring) datang jumpa aku kat opis. Dia kata dia dah masukkan nama aku sebagai pemain, sebab dia kata dia tengok aku ada potensi.. aku gelak nak menangis je la...

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku turun training sebagai salah sorang nama pemain, dalam beberapaminit pertama aku boleh tergolek dog atas court tu.. ampun nyahhhh... mujur kami2 je yang ada dalam tu.. yang aku pulak, dah tau training indoor, aku boleh guna kasut jogging untuk training padahal dalam kereta tu ada je kasut untuk indoor... tapi tu la kan... benda dah nak jadi... tak noleh kata apa...





Maka dalam beberapa minit selepas aku tergolek tu, bengkaklah kaki aku. Dan tarik diri la aku dari team bola jaring ni.. Sekian wasalam... 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review