Sahabat

Halaman

28 September 2025

Program @ Nur Laman Bistari Batu Caves

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2025 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Salah satu program JKM yang aku terlibat sebagai urusetia.. seronok juga dapat dekati peserta2 yang bermacam ragam. 


Walau kaki aku masih bengkak, tapi semangat untuk program tetap membara. Haha



































Maaflah aku tak dapat tunjuk muka peserta atas sebab tertentu..,
 

26 September 2025

Latihan Bola Jaring Pertama dan Terakhir Kali : Aku Surrender!!

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2025 0 comments

Assalamualaikum wbt...


Jujur cakap, bola jaring ni bukanlah sukan aku.. mungkin sebab dari sekolah aku dah set kan dalam kepala aku, yang aku takkan main sukan ni. Aku ni cepat stress nyahhh... gerak kaki sikit tak boleh.. kejap wisel preeett kejap preettt.. mak stresss!


Tapi disebabkan kekurangan orang, aku setuju untuk dtg berlatih bagi cukupkan pemain masa sesi latihan. ye la.. 

                                       



Dan esoknya, Teha (Pengurus team bola jaring) datang jumpa aku kat opis. Dia kata dia dah masukkan nama aku sebagai pemain, sebab dia kata dia tengok aku ada potensi.. aku gelak nak menangis je la...

Nak dijadikan cerita, hari pertama aku turun training sebagai salah sorang nama pemain, dalam beberapaminit pertama aku boleh tergolek dog atas court tu.. ampun nyahhhh... mujur kami2 je yang ada dalam tu.. yang aku pulak, dah tau training indoor, aku boleh guna kasut jogging untuk training padahal dalam kereta tu ada je kasut untuk indoor... tapi tu la kan... benda dah nak jadi... tak noleh kata apa...





Maka dalam beberapa minit selepas aku tergolek tu, bengkaklah kaki aku. Dan tarik diri la aku dari team bola jaring ni.. Sekian wasalam... 

25 September 2025

Kursus iAref @ HQ

By Dalia Hassan at Khamis, September 25, 2025 0 comments

 Assalamualaikum wbt..

Simpan sini buat kenangan.. gambar yang tak ada kaitan kursus, saja aku up kat sini juga sebab diorang saja panaskan aku dengan gambar2 kursus diorang kat Pulau Pangkor. Sepatutnya aku pergi team building kat sana, tapi kursus iAref ni lebih penting, so Sue ganti aku pergi sana.. pastu.. boleh berlagak pulak ngan aku.. hareyyyy betul... hahahaha.. tapi yang hareyyyyyy ni la yang boleh ngam dengan aku 🤣 (tolong jangan cakap kat dia)

 




Berdua dengan puan bos hadir kursus ni dari negeri..


Nyampah i..hahahah.. diorang berseronok kat Pangkor, aku bersengkang mata hadir kursus kat hq🤪






Mona Aida dari Melaka.. aku kenal dia masa Team Building kat Taman Negara Pahang tahun 2024.



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review