Sahabat

Halaman

01 Ogos 2020

Ibadah Qurban 1441 Hijrah

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada  Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.  


Gambar kat bawah ni masa qurban dibuat kat rumah mak abah aku kat Segamat.

Qurban, qurban juga. SOP jangan dilupakan. Kena saman boleh dibayar... Kena covid, sendiri mau ingat. 🤣🤣🤣
































Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 214 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 01/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-137

Hari ni kami akan melaksanakan ibadah qurban... Memandangkan kita masih dalam tempoh PKPP dan terikat dengan SOP, maka kami akan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. 


Lembu ni yang bakal di qurbankan hari ni..

Penyembelihan dilakukan di rumah penyembelihan di Kg Pauh, Sepinang... Setelah disembelih baru di bawa ke rumah mak abah aku di Felda Pemanis untuk di bahagikan ke bahagian2 kecil dan diagihkan kepada golongan asnaf.

Qurban selamat mendarat di rumah mak abah aku...

Mee kari yang kami order untuk sarapan petugas yang uruskan daging qurban... Termasuk kami.
Kuih talam berlauk ni aku order kat classmate aku masa sekolah dulu, Suriah. Memang sedap. Sebab tu tiap kali aku balik segamat, kalau sempat memang aku akan order kat dia. Selain talam berlauk ni, nona manis dan kek marble dia pun sedap.


Repeat makan mee kari. Nampak simple tapi kuah dia memang sedap.

Settle qurban, kak long aku masak sup tulang. Peh! Tulang baru, memang manis. Cuma aku tak berani nak makan kuah sup tu. Takut darah tinggi nanti. Haha.. so aku makan macam ni je.. dengan sambal kicap yang kak long aku buat. Memang terbaik.

Dah makan banyak hari ni, petang aku ajak kakak aku, Kak Ani keluar pergi Taman Yayasan untuk beli buah-buahan pulak. Baru balance katanya... 


Untuk gambar-gambar sepanjang qurban hari ni akan aku tuliskan di entry yang berbeza nanti. Sekadar simpanan untuk kenangan di masa hadapan nanti.

InshaaAllah

31 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 213 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 31/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-136

Salam Aidiladha buat semua... Hari ni kami adik beradik cuma mengemas rumah jer.. takder masak2 sebab semua kami dah order... Bukan saja menyenangkan mak kami, malah ia juga menyenangkan kerja kami. Haha...

Juadah untuk diberikan kepada jiran2 juga dah siap diasingkan oleh tukang masak ke dalam mangkuk2 bertutup. Kami tinggal masukkan setiap jenis ke dalam plastik untuk di hantar kepada jiran2. Manisnya duduk di kawasan felda. Betukar2 juadah.. macam2 masakan kita boleh rasa. Semua sedap2... Aku pun tak sempat nak ambil gambar semua. Apa yang sempat je...

Rendang Ayam

Sambal Kacang

Kuah Lodeh

Suasana pagi yang tenang... Sejak awal pagi lagi dah hujan... Sejuk jer.. kalau dapat tidur memang best.

Nyum nyum.. pandai kak long aku cari tukang masak. Sedap...

Kekasih hati aku. Sayang dunia akhirat.

Lepas solat Jumaat kami buat surprise besday untuk abah. Saja sambut awal memandangkan time ni ramai adik beradik ada balik walau tak lengkap. Abg aku yang kerja kat Miri, Sarawak tak dapat balik kali ni.. takperlah..



Suka tengok bila abah ceria...

30 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 212 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 30/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-135

Bersemangat sikit hari ni sebab nak balik Segamat. Risau juga kalau perut buat hal dalam bas. Awal2 lagi aku dah pujuk perut... Minta sangat supaya di behave. Haha


4 balang kuih popia simpul kasih (1kg x 4bekas = 4kg) untuk mak aku. Aduh. Bawak kuih jer dah 4kg.. nak bawak naik bas. Bertabahlah... 😂😂😂

Boolat... Kat depan IPD ni tunggu kawan aku sampai nak hantar ke TBS... 

Tukar tiket dulu

Nasib tak kena tinggal nyah... Aku beli tiket online untuk bas pukul 10pagi... Bila tukar tiket tengok pukul 9.30pagi.. yang aku pulak lepas tukar tiket, terus simpan tiket dalam poket seluar, tak tengok2. Pastu boleh lepak main Candy Crush dulu. Plan dalam 9.45pagi baru nak turun bawah. Sekali dalam pukul 9.35 hati aku tergerak nak tengok tiket. Amik kau terkejut beruk bila tengok tiket pukul 9.30 bukan 10 pagi. Cepat2 aku angkat beg dan turun bawah. Nasib baik masa tu bas tak gerak lagi. Selamat. Haha

Ngam2 3 jam perjalanan dari KL ke Segamat. Syukur tak hujan.

Anak buah aku yang ambil kat stesen Segamat. Tak lama lepas tu dia dapat panggilan dari mak mertua dia bagitau yang abang ipar dia sepatutnya naik bas yang sama dengan aku dari KL, kena tinggal bas. Haha aku dah agak dah sebab aku tak nampak kelibat dia dalam bas tadi sebab aku memang tau dia sepatutnyan naik satu bas dengan aku. Nasib baik dia dapat tukar tiket bas pukul 11pagi.

Sebelum balik rumah mak aku, singgah ambil kek kat Bukit Siput untuk surprise besday abah esok. Saja buat awal heberapa hari...

Sampai rumah, tengok makanan raya dah ada. Rendang ayam, sambal kacang kakak aku orderkan je sebab taknak mak aku masak... Sian mak nak kena masak banyak. Cuma kuah lodeh dan nasi impit jer buat sendiri... Kuah lodeh tu memang terbaik... Air tangan mak tak pernah mengecewakan. Terbaikkkk.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review