Sahabat

Halaman

23 Ogos 2019

Program Gaya Hidup Sihat : Larian Dan Senamrobik (23/8/2019)

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 23, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aku harap korang tak muntah tengok aku masukkan banyak gambar gaya hidup sihat ni ye. Aku bukan apa, senang untuk rujukan aku nanti dan juga sebagai kenang-kenangan di masa akan datang walaupun tiap-tiap minggu gambar yang aku masukkan semua lebih kurang jer dengan yang sebelum-sebelum ni. Yela.. setiap kali aktiviti memang kena pakai baju yang sama so memang akan nampak sama setiap kali entry aku.





Untuk minggu ni punya aktiviti, kami diarahkan untuk membuat tiga kumpulan iaitu kumpulan A dimana kumpulan ini dikhususkan untuk mereka-mereka yang akan akan berlari sejauh lebih kurang 2KM. Kumpulan B pula adalaha mereka-mereka yang akan jogging sepanjang 2KM dan Kumpulan C bagi mereka-mereka yang hanya akan berjalan kaki. Dah tentulah aku pilih Kumpulan B sebab bila2 masa sepanjang larian aku boleh berpindah ke Kumpulan C kalau aku pewai.

haha



Kumpulan A ni.. muka pun muka yang lari laju.. perempuan sorang pun takder. haha


Steady diorang ni dari awal sampai akhir lari tak berhenti.


Pakcik Abu Tawi a.k.a Shahir

Nampak tak disitu bukti yang aku berlari. haha

Lepas abis larian

sambung senamrobik pulak

Seronok sebenarnya bila Program Gaya Hidup Sihat di buat sebelah pagi. Segar je rasa mata ni. Badan pun segar. Yang penting kalau buat pagi memang aku akan sentiasa join berbanding buat sebelah petang tatkala matahari di atas kepala. Yang last aku join aritu terus aku sakit kepala pastu weekend tu aku demam. huhu

18 Ogos 2019

Hiking @ Air Terjun Sg. Lepoh, Hulu Langat

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 18, 2019 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Kali ni aktiviti kami meredah hutan untuk sampai ke Air Terjun Sg. Lepoh, Hulu Langat. Dan team yang aku join kali ni adalah dari himpunan geng2 SMULE.. errr.. sebenarnya bespren aku si Sue yang ajak ikut geng ni. Aku memang tak kenal la yang lain-lain tu sebab walaupun aku ada smule tapi aku tak berapa aktif sangat. Grup2 ni pun aku tak pernah ada.

Bila Sue ajak dan kebetulan minggu ni aku tak ada apa aktiviti, so aku on je la. Lagipun lama dah tak masuk hutan. Rindu bau hutan la konon2nya. Haha

Bila cerita kat Kenz, dia pun nak ikut. So ngam la 4 orang satu kereta, termasuk Syifa, sepupu Sue. Kitorang gerak dari rumah mak Sue kat Seksyen 20 Shah Alam lebih kurang pukul 5.30am...













P/s : gamabar tak tersusun. Nantilah bila2 aku edit semula guna pc. Guna henpon ni leceh skit.

Kira okeylah join grup ni. Diorang pun ramai yang peramah. Macam dah lama kenal. Nanti bila ada masa aku sambung lagi cerita... ngantuk sangat ni nak tido jap. 😅

Daaaaaaaaaaaaa!



17 Ogos 2019

Status Blog #119

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 17, 2019 0 comments

I love my family


Status Blog #118

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 17, 2019 0 comments
Kata.

Kau kata,
Kau dan dia tiada apa rasa.

Aku kata,
Kau dan dia saling memendam rasa.


Lepak @ Night Circle Shah Alam

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 17, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Malam tadi kami lepak kat Night Circle Seksyen 11 Shah Alam... biasa kalau kami teringin nak makan bubur nasi, memang sini la port kami. Sambil makan, sambil layan busking. Kebetulan yang busking pun kawan kami jugak.. kiranya sekali la kami datang support diorang main music...



Meriah. Padahal mereka ni ada yang aku baru kenal, tapi dah rapat semacam. Anne ngan Ika tu, ni kali kedua aku jumpa dia. Masa jumpa kali pertama (kat Night Circle jugak) pun dah macam bertahun kenal. Peramah.

Mak, adik, anak sedara, sepupu Sue pun ada sekali ni. Aku dengan family sue ni memang dah biasa. Mak Sue pun dah macam mak aku jugak. Masa aku eksiden dulu mak dia la yang beria teman aku pergi hospital. Aku pulak yang kesian, berjam2 pun dia sanggup tunggu aku.

Ha. Ni sikit yang aku sempat rakam diorang busking semalam. Kedudukan meja tak strategik. So rakam dari tepi pun ok la... janji ada.

Layannnn.









Malam tadi Wawa takder .. kursus katanya... so Husna yang ganti jadi penyanyi. Semoga Pupers Buskers semakin maju dan banyak dapat job. 😎


16 Ogos 2019

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik (16/8/2019 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 16, 2019 2 comments

Assalamualaikum wbt...







15 Ogos 2019

Banjir Kilat Di USJ

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 15, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Petang tadi kecoh sebab banjir kilat kat depan IPD Subang Jaya... semua update kat sosmed video banjir kilat ni, termasuklah aku. Ye lah, banjir kilat ni berlaku betul2 depan opis aku.

Seingat aku sepanjang aku keje kat sini, ni kali kedua berlaku banjir kilat yang agak teruk ni. Mujurlah tak lama, lebih kurang dalam satu jam lepastu air kembali surut... dan aku start motor terus gerak balik, walau hujan masih renyai. Bukan apa, perut aku dah mula menyanyikan lagu-lagu keroncong.

Lapar.








09 Ogos 2019

Program Gaya Hidup Sihat : Larian & Senamrobik ( 09/08/2019 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 09, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sekarang ni kat IPD tempat aku bertugas, selain fitik, setiap minggu akan buat program gaya hidup sihat.. semenjak jadual bertukar ke sebelah petang untuk aktiviti riadah ni, aku jarang la ikut sebab dibuat pada waktu kerja. Aku akan pergi kalau nama aku naik dalam roaster je.. itupun setiap kali nama naik, rasa macam nak menangis je. Haha. Ye la.. nak bersenamrobik pukul 3 petang, agak2 boleh pitam tak sebab kepanasan? Lepas senamrobik sambung larian pulak 2.4km...








Jumaat lepas nama aku naik, aku rasa macam apa ntah. Hahaha.. tapi aku redha je la walaupun ada sedikit rasa nak mencarut. Hahaha... sebenarnya seminggu sebelum tu aku, kak wani ngan seha ada emelkan ke timbalan untuk ubah waktu riadah tu sebelah pagi.




Alhamdulillah. Untuk minggu ni program gaya hidup sihat ditukarkan ke sebelah pagi. Oleh sebab dibuat sebelum waktu bekerja, so aku x ikut nama dalam roaster dah. Walau nama takder, aku tetap join. Pagi kan... segar je rasa...













Yang syoknya mati2 la aku ingatkan ada senamrobik je... rupanya sebelum senamrobik tu kami kena lari dulu keliling IPD lebih kurang dalam 2km... lama dah tak lari, semput giler. Hahaha... tapi seronok pulak sebab dapat berpeluh... lama dah tak rasa macam ni...


21 Julai 2019

Kelas Memasak Kek Dan Roti

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 21, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak aku dah abis belajar ni, terasa kosong hujung minggu aku. Nak selalu balik ke kampung, kos pulak tak berapa nak tahan. So bila aku ternampak satu iklan kat fb tentang kelas demo masakan, terus aku ajak kak wani join... 

Kelas demo masakan ni di buat kat Subang Bestari. Kira cun lah sebab dekat area rumah aku jer... walaupun kelas hands-off, sekurang-kurangnya aku tau la cara yang betul macamana nak buat semua tu. Kalau setakat tengok resepi jer agak susah jugak resepi tu nak menjadi.

Menu yang kami pelajar hari tu ada 4 resepi iaitu 
  • Roti Arang
  • Roti 5 Benua
  • Kek Pecan Butterscotch
  • Bomboloni








Kira okeylah kan. Bukan selalu dapat masuk kelas demo masakan ni. InshaaAllah kalau ada masa nanti aku nak cuba masuk kelas masakan berkonsepkan hands-on supaya aku lebih mahir lagi.

07 Julai 2019

Misi Mencari Durian Dengan Abah

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 07, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Abis je game pingpong aritu, aku terus ambik cuti untuk balik Johor. Lama dah tak balik Segamat. Sebelum balik Segamat, aku balik Kota Tinggi dulu jumpa asben n anak2 aku. Rindu. Tapi nak buat camana, demi kerja aku gagahkan juga. Dekat dua tahun mintak tukar tapi sepi tanpa berita. Sis redha.

Ok berbalik semula pada cerita asal. Biasanya tiap kali musim durian memang kami adik beradik akan bersantai2 duduk kat dusun durian abah. Tapi untuk musim durian tahun ni, abang ijat tak bagi mak ngan abah pergi dusun.

Bukan apa, mak dengan abah dah tua dan dah tak kuat untuk uruskan dusun tu. Anak2 pulak semua jauh2 untuk datang membantu. So satu jalan, minta cina dusun sebelah uruskan dusun abah. Senang cakap, pajak kat dia la. Pajak musim.

So bila kami balik, abah akan bawa untuk beli durian kat tempat lain je. Memang dah ada peruntukan untuk kami anak2. So pagi tu, abah bawak aku pergi pasar tani kat Taman Yayasan untuk cari durian. Alang2 sekali mak nak cari lauk untuk dimasak nanti.


Tak tau durian jenis apa ni. Aku rasa termasuk dalam kategori durian kampung juga. Sekilo RM10. Susah giler nak bukak, aku ingatkan sebab durian muda. Bila dapat bukak, ya Allah sedapnya isi dia. Gas durian pun tak hilang lagi mungkin sebab durian tak pecah.


Yang ni kucing tidur. Durian kampung juga. Masa beli tu sekilo dalam RM5 kalau tak salah aku. Sebenarnya aku lebih suka durian macam ni dari Musang King. Musang King tu aku tak dapat rasa feel durian bila makan. Mungkin sebab isi tebal dan tak lembik kut. Haha

Yang dah dihabiskan...

Ada baki lagi beberapa biji, mak aku suruh aku bawak balik Subang tapi aku taknak. Cukuplah yang aku dah makan tu, lagipun aku duduk rumah sorang je. Yang ni aku suruh kakak aku yang kat Melaka tu ambik bawak balik. Anak2 dia pun hantu durian.

Nanti bila2 ingat nak buat kuah durian. Makan dengan roti / roti jala. Alahai sedapnya. Cuma rajin tak rajin je nak membuatnya. Haha

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review