Sahabat

Halaman

15 April 2016

Jungle Trekking @ Lata Lembik Recreation Park

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt....



Jungle trekking - aktiviti pertama kami di Lata Lembik Recreation Park. Perjalanan ke Lata Nibong dari camp base memakan masa lebih kurang sejam setengah memandangkan kami berjalan dengan lemah gemalai lagi bersopan santun, malah asyik berhenti rehat jer... Perjalanan bermula jam 4 petang...



Setelah meredah, menyeberangi, dan menyelusuri beberapa anak sungai, mendaki dan menuruni beberapa anak bukit, berjalan dicelah pepohonan dan batu, akhirnya kami sampai juga ke air terjun Lata Nibong lebih kurang jam 5.30pm...



Nampak jer air terjun, rasa kagum sangat. Bukan ajer kagum, aku rasa jakun jugak. Haha! Memang jakun pun... Yerla... cantik wooooo! Teruja!



sebelum memulakan trekking...



Orang lain sibuk dengar taklimat dari renjer, aku dengan Rossa sibuk berselfie...
Rupanya ni la pokok kacip fatimah...
tongkat ali
ranjau dan onak duri sanggup ku redahi...
sungai dan lautan sanggup ku seberangi...

asalkan dapat berposing...


Baru separuh jalan rupanya... aku ingat dah nak sampai... hahahaha!
posing dulu ramai2...







penunggu gua...






Rafflesia... takder jodoh aku nak tengok yang sedang berkembang...
tak tau camana pokok ni boleh tergantung macam ni...
Daun pokok ni kalau dibakar akan menghasilakn bunyi letupan kecil macam bunyi mercun pop tu....
tak habis2... haha!
Sampai kat sini, renjer tu pesan... nak rehat, rehat la dulu sebab lepas ni kita akan naik dan turun bukit, tanpa ada diskaun... haha!
Penurunan bukit terakhir... sebelum sampai ke air terjun...
tuuuu diaaaaa.... disebalik dedaunan hijau...
ketua renjer yang sabar dengan karenah kami...
Subhanallah... Indahnya Ciptaan Allah


tak sabar2... terjun terus dalam air...


sensasi terjunan air terjun...




riang ria kanak2 bila dapat mandi air terjun....
masa untuk balik ke camp base... siap guna tali tu...



Nampak tak anak panah tu??? anak panah tu menunjukkan arah kubur orang asli... tetiba meremang bulu roma, sebab masa tu dah  dekat pukul 7... takut gak kut2 ada yang mengikut balik nanti... huhu!
bagus ketua renjer ni (aku lupa la nama dia... ) semua dia terangkan... tentang khasiat dan kegunaan pokok2 dan buah2an yang terdapat dalam hutan tu.. siap bagi kitorang rasa lagi... sampai rasa kelat lidah aku merasa macam2 jenis tumbuh2an... hahaha!
yeahhhh! keluar dari hutan... selepas ni kami melalui trek biasa...

muka2 gembira...



masa untuk kembali ke pangkal jalan.... hehe!
Lagi sekali aku nak bagitahu, kalau korang nak hiking ker, trekking ker, korang tak payahla pakai kasut mahal2... cukuplah sekadar pakai kasut getah yang mak abah bawak pergi menoreh getah tu... tak sampai RM10 kut.. tapi cengkaman kasut tu, ,memang membuatkan setiap langkah anda sangat meyakinkan! Biasa kasut ni orang panggil "Adidas Kampung"



Sekian cerita untuk aktiviti pertama kami di LLRP... Jungle Trekking...

Ujian Kemahiran Menembak Pistol

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Terjaga jam 2.45am... mata terkebil2 tak boleh tido semula. Ni la padahnya tido awal, bangun pun awal... malam tadi belum pukul 10 aku dah hanyut.... ngeeee!

Alang2 dah tak boleh nak lelap mata ni, aku nak cerita sikit. Pada 12/4/2016 yang lepas telah berlangsungnya Ujian Kemahiran Menembak Pistol, Peringatan Hari Polis Ke 209, IPD Kuala Selangor di Lapang Sasar Jeram. Lama weh tak menembak, menggeletar tangan mak! Aku lebih suka pakai revolver, ringan walaupun agak leceh sikit. Tapi kali ni aku takder pilihan, kena guna Walther P99... ok, senang tapi agak berat sikit dari revolver. Okaylah, walaupun tak dapat tempat 10 teratas, tapi aku puas hati sebab berjaya jatuhkan plate dalam acara falling plate....

Selfie dulu sebelum menembak...
OCPD Subang Jaya, Tuan Azlin dan isteri, Puan Naim.
Walther P99... sebelum bermula acara Centre Fire Individu
Menembak tak seberapa, selfie jer lebih.. haha!

Habis je acara penyampaian hadiah, kitorang terus lari pegi jeti. Perut lapar. Tapi berlagak taknak makan makanan yang diorang sediakan. Nak makan sendiri gak. Yer la kan...alang2 dah sampai Kuala Selangor ni, kita cari seafood la...

Dalia kalau bab makan, memang tak toleh kiri kanan dah!

Status Blog #78

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 0 comments

Alahai... lama tak bersukan... rasa macam takder stamina dah... semalam lepas abis keje konon2 pergi zumba kat Anna Fitness 23, Shah Alam, tapi baru setengah jam berzumba dah pancit. Parah. Hahahahah!


Hoi hoi... berat dah naik 6 kg weh dalam sebulan ni!!! insaf!! insaf!!

08 April 2016

Status Blog #77

By Dalia Hassan at Jumaat, April 08, 2016 0 comments

Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi....

TAWAR

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 08/04/2016 )

By Dalia Hassan at Jumaat, April 08, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sumber Gambar : E-Gallery PDRM

Lama dah rasanya tak diadakan program gaya hidup sihat kat tempat keje aku... biasa seminggu sekali atau seminggu dua kali mesti diorang buat sama ada senamrobik, hiking atau 2.4km... rasanya sebulan lebih juga tak ada tapi semalam telah diadakan senamrobik. Alhamdulillah. Dapat jugak aku menyedarkan lemak2 aku yang semakin leka beranak pinak (eh#) sampai 6kg naik berat badan dalam tempoh sebulan. hebat!

Ok. Jom layan gambar2 yang aku curi dari e-gallery PDRM.. ada la sekeping dua yang memang aku ambik sendiri...



























Status Blog #76

By Dalia Hassan at Jumaat, April 08, 2016 0 comments


Ermmmmm... tak tau nak cakap apa... tapi sebenarnya aku tengah menahan diri dari menangis...

Sepanjang hari ni aku menahan rasa.. buat2 gelak.. tapi kadang2 meleleh gak air mata ni tanpa siapa2 perasan. Nak buat camana... baru aku tahu perasaan Ika bila direct bos dia bertukar. Aku boleh gelakkan dia, dan sekarang aku yang rasa perasaan yang sama.

Di kala ini.. jam 5.41pm... dia ada kat belakang aku sambil siapkan kerja... dan aku.. tak mampu nak bersuara apa2...

Cuma aku berharap, mata aku mampu bertahan dari menitiskan air jernih tu... sekurang2nya sampai dia balik. Ya. Sekurang2nya sampai dia balik.

Chayo chayokkkÄ·kk!

06 April 2016

Status Blog #75

By Dalia Hassan at Rabu, April 06, 2016 0 comments

Ehem ehem...
Ehem ehem ehem...
Ehem ehem ehem ehem...

*aku tampo ko kang!

(takder motif... saja nak update asalkan blog ni tak bersawang)

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review