Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 12/06/2020 PKP / MCO : Hari Ke-87 Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku di...
-
Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup...
-
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam be...
-
Assalamualaikum wbt.. Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Pa...
-
Apa itu AIO Cloth Diapers ? Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana ia tidak mempunyai poket...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
-
Assalamualaikum wbt... Singgah menulis sebentar di blog kesayangan, sekadar membakar semangat aku untuk menempuhi hari hari mendatang dal...
-
Assalamualaikum wbt Selasa : 25/08/2020 PKP / MCO : Hari Ke-161 Petang ni lepas kerja aku akan balik Johor. Tiket bas tak beli-beli se...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
27 Januari 2016
Langkawi : Dataran Lang
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.
Sumber : Wikipedia
Amaran : Sekali lagi post kat sini mengandungi aksi selfie yang boleh membuatkan anda termuntah. Kalau tetap rasa nak muntah, sila ke tandas yang berhampiran anda. terima kasih.
Categories
cuti-cuti malaysia,
Cuti-Cuti Sedunia
Langkawi : Nasi Dagang Pak Malau
Assalamualaikum wbt...
Ni cerita pasal makan pulak... kalau ke Langkawi tu, jangan lupa singgah bersarapan di Warung Nasi Dagang Pak Malau... selain disajikan dengan menu nasi dagang yang sedap, kita juga disajikan dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas... aku kalau bab sawah ni, memang la aku jakun sikit.. maklumla... kat Johor takder sawah... so bila aku jumpa sawah ni, memang excited kemain!
Sebenarnya kami dah sarapan pun kat hotel. Tapi disebabkan kepopularitian Nasi Dagang Pak Malau, kami tetap nak terjah dan merasai sendiri keenakan masakan pantai timur di utara ni..
Alamat : Hadapan Masjid Bukit Temin, (Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka), Kuah, Langkawi Kedah
![]() |
| Ni la Pak Malau... orangnya sangat peramah... rupanya dia ni lahir dekat KL... kat Kg Pandan kalau tak salah... bekerja pun lama di KL.. kalau tak salah aku Pak Malau ni bekas pekerja MAS. |
![]() |
| saujana mata memandang... |
![]() |
| sawah terbentang luas... |
![]() |
| homestay Pak Malau... |
| nampak kan... mata sembap.. tak cukup tidur.. haha |
| posing la.. apalagi... |
First time Pak Malau tegur aku, soalan pertama yang keluar dari mulut dia
"Kita friend ker kat facebook??"
then aku jawab,
"tak.. tapi saya add Pak Malau sekarang jugak!"
terus aku ambik henpon, add Nasi Dagang Pak Malau as friend.
Sebelum kami balik, Pak Malau tanya bila kami balik Shah Alam? Aku pun jawab hari ni.. pastu dia kata, tak payahlah balik dulu... lagipun dia memang tahu yang kitorang tak beli tiket lagi. Dia offer duduk homestay dia satu malam. Free of charge. Dia suruh kami balik esoknya. Tapi apakan daya, memang kami kena balik hari tu juga.... tak merasa la nak duduk homestay Pak Malau... dapat bergambar pun jadi la... hehe!
Sapa-sapa nak add facebook Pak Malau, boleh add friend dengan beliau kat sini :
Orang Langkawi ni peramah dan baik baik belaka!
Categories
Cuti-Cuti Sedunia
Langkawi : Parasailing
Assalamualaikum wbt...
Nak cerita sikit tentang pengalaman aku ber parasailing di Langkawi tempohari. Sebenarnya dah lama aku nak cuba, tapi tak berkesempatan. Memandangkan kali ni aku ada kerja sikit dan terpaksa ke Langkawi, so aku gunakan kesempatan yang ada ni untuk ber parasailing. Lagipun sekarang ni tengah cuti semester, so gunakan masa yang ada dengan cuti cuti Malaysia. Yeahhhh!
Sebelum ke sana, banyak juga aku minta bantuan dari pakcik google tentang aktiviti ni. Dan rata2 mencadangkan untuk mencari harga yang terbaik memandangkan harga berbeza antara agen agen yang ada.
Kebetulan, aku terjumpa satu pakej yang boleh dikira amat murah. RM50 seorang. Tapi masa yang diperuntukkan hanya 5 minit jer. jadilah kan? sekadar percubaan kali pertama. kalau ambil lama lama takut pengsan pulak kat atas tu. tak ke naya??? haha!
Memandangkan aku takder GoPro mahupun Yicam untuk ambil gambar pemandangan dari atas, so aku bawak la kamera buruk aku si pinky canon tu untuk membantu aku di atas sana... kenapa aku pilih si pinky canon? sebabnya in case kalau terjadi apa2 kat kamera tu takder la aku ralat sangat... kut2 terjatuh dalam laut ke... apa ker... kalau aku bawak henpon atau canon aku yang lagi satu tu, apa2 terjadi confirm aku menangis. Dan percaturan aku tepat. Sah2 aku landing dalam air. Habis basah si pinky canon aku tu... cepat2 aku keluarkan memory card, takut rosak... dan si pinky canon aku merajuk sampai ke hari ni... tak nak hidup.. huhu!
Lepas makan ni la, Ujang offer kitorang untuk ikut dia pergi round pulau (Island Hopping)... dia kata ikut jer, buat meramaikan orang dalam bot... tapi apakan daya, kami tak dapat nak join sebab ada program lain pulak lepas ni... so terlepas juga la peluang untuk round pulau dengan kadar bayaran percuma... kekekeke!
Nak cerita sikit tentang pengalaman aku ber parasailing di Langkawi tempohari. Sebenarnya dah lama aku nak cuba, tapi tak berkesempatan. Memandangkan kali ni aku ada kerja sikit dan terpaksa ke Langkawi, so aku gunakan kesempatan yang ada ni untuk ber parasailing. Lagipun sekarang ni tengah cuti semester, so gunakan masa yang ada dengan cuti cuti Malaysia. Yeahhhh!
Sebelum ke sana, banyak juga aku minta bantuan dari pakcik google tentang aktiviti ni. Dan rata2 mencadangkan untuk mencari harga yang terbaik memandangkan harga berbeza antara agen agen yang ada.
Kebetulan, aku terjumpa satu pakej yang boleh dikira amat murah. RM50 seorang. Tapi masa yang diperuntukkan hanya 5 minit jer. jadilah kan? sekadar percubaan kali pertama. kalau ambil lama lama takut pengsan pulak kat atas tu. tak ke naya??? haha!
Memandangkan aku takder GoPro mahupun Yicam untuk ambil gambar pemandangan dari atas, so aku bawak la kamera buruk aku si pinky canon tu untuk membantu aku di atas sana... kenapa aku pilih si pinky canon? sebabnya in case kalau terjadi apa2 kat kamera tu takder la aku ralat sangat... kut2 terjatuh dalam laut ke... apa ker... kalau aku bawak henpon atau canon aku yang lagi satu tu, apa2 terjadi confirm aku menangis. Dan percaturan aku tepat. Sah2 aku landing dalam air. Habis basah si pinky canon aku tu... cepat2 aku keluarkan memory card, takut rosak... dan si pinky canon aku merajuk sampai ke hari ni... tak nak hidup.. huhu!
![]() |
| Sempat posing sebelum naik bot ke Monkey Beach. |
![]() |
| Sue Senget! |
![]() |
| Anne Thelma Watrin dan Fan Ny |
![]() |
| Aku bagi chance kat Sue dulu untuk terbang... :P |
![]() |
| wow! excited!!! aku yang kat bawah ni yang teruja lebih... thanks pada Anne Watrin yang sudi jadi cameraman untuk Sue ni memandangkan aku tengah bersiap sedia nak ambil giliran terbang... |
![]() |
| masa untuk sue mendarat... |
![]() |
| Are you readyyyyyyy??? |
![]() |
| Makkkkkkk!!! Akak gayattttttt! |
![]() |
| bertenang.... bertenang,,,, kita selfie kat atas... hahahah! |
![]() |
| pemandangan dari atas... |
![]() |
| muka cuak! hahahah |
![]() |
| masa untuk mendarat.... |
![]() |
| fhewwwwww! |
![]() |
| i believeeee i can flyyyyyy!!! |
![]() |
| i believe i can touch the sky!!!!!! |
![]() |
| wohoooooooo!!! alamak!!!!! |
![]() |
| setelah tercelup dalam air... masa untuk mencover kan diri.. semuanya okay... no problem... huhu! |
![]() |
| Alhamdulillah... aku selamat... hahahaha! |
![]() |
| sahabat dari France : Anne Thelma Watrin dan Fan Ny... diorang ni sekarang buat internship engineering dekat Penang... so diorang gunakan masa terluang untuk bercuti sementara masih ada kat Malaysia. |
![]() |
| Abang Ujang yang sentiasa menyibuk didepan kamera... hahaha! |
Categories
Cuti-Cuti Sedunia
Langgan:
Catatan (Atom)




















































